CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kuala Lumpur Milik Siapa?

22-12-2014 06:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7464| Komen: 52

Kuala Lumpur milik siapa?

Perkara atau polemik pemilikan ini sudah  disuarakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan, NGO yang melihat wujudnya  ketidaksamarataan dalam isu itu.


KUALA LUMPUR: Komposisi antara kaum di  Kuala Lumpur mencatatkan kesenjangan tinggi bila hanya 21.9 peratus tanah  komersial dan kediaman di ibu negara dimiliki bumiputera.

Ia dipercayai  antara lain berpunca daripada perancangan pembangunan yang tidak mengendahkan  kepentingan hak bumiputera seperti yang terkandung dalam perlembagaan  negara.

Perkara atau polemik pemilikan ini sudah disuarakan beberapa  pertubuhan bukan kerajaan, NGO yang melihat wujudnya ketidaksamarataan dalam isu  itu.

Menyedari perkara ini, Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan  Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (PEMIKIR) menggesa agar kerajaan  menukar status kesemua tanah milik kerajaan di Kuala Lumpur seperti kuarters  kerajaan yang belum dibangunkan kepada status tanah rizab Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi PEMIKIR, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman memohon  pihak berwajib agar dapat melihat kembali perihal yang terkandung Perlembagaan  Persekutuan Perkara 89 tanah rizab orang Melayu.

Hal itu dirujuk beliau  bila kesenjangan ekonomi bumiputera khususnya Melayu berada pada tahap yang  begitu rendah dan tidak mampu bersaing dalam corak pembangunan ketika ini.

Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr Hasan Mad pula berkata tanah rizab Melayu  ataupun tanah yang digazetkan sebagai tanah rizab Melayu adalah perlu selari  dengan perkara perlembagaan terbabit.

Bagaimanapun, beliau melihat ia  seakan tidak dilaksanakan.

Dalam sidang media yang diadakan, kedua-dua  NGO terbabit memaklumkan bahawa polemik ini sudah berlarutan sekian lama,  menyulitkan lagi untuk orang Melayu bersaing di ibu negara, dan nasib mereka  semakin tidak terbela.

Merujuk kepada peratusan terkini pemilikan  komersial dan pemilikan persendirian, daripada 21.9 peratus pemilikan, hanya 1  peratus pemilikan persendirian.

Ikuti wawancara penuh bersama Abdul  Aziz dalam membicarakan lebih lanjut berhubung kemerosotan peratusan pemilikan  Bumiputera terhadap tanah komersial dan kediaman di kawasan bandar.


4

Bagus
1

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanacinta 22-12-2014 10:52 AM
kuala lumpur milik orang yang rajin berusaha...tengok pendatang2 aceh, minang dan kemboja cukup la...
Quote spiderman80 22-12-2014 10:56 AM
Spidey tahu bekas isteri akan masuk meroyan kejap lagi. Tunggu je lah kemunculan beliau nanti.
Quote mak_wa95 22-12-2014 10:58 AM
spiderman80 posted on 22-12-2014 10:56 AM
Spidey tahu bekas isteri akan masuk meroyan kejap lagi. Tunggu je lah kemunculan beliau nanti. ...

masih rindu lagi ke kat dia...asyik dok sebut pasal ex je..


Quote Simunggu 22-12-2014 11:01 AM
dunia ini milik yg rajin berusaha...teori darwin...survival for the fittest..

tu sbb org dah tak kesah salah..betul...haram..halal...janji result baik...kamu mati kamu punya hal...
Quote BotakChinPeng 22-12-2014 11:09 AM
21.9 peratus dikira banyak jugak la memandangkan  majoriti  tanah  di kl ini milik agensi kerajaan.

Kaum bukan melayu punya tanah berapa pulak ? Kenapa tak berani sebut ? Takut semua orang tau lebih sedikit dari melayu punya ka
Quote Munnalicious 22-12-2014 11:25 AM
Kuala Lumpur king punya.
Quote spiderman80 22-12-2014 11:34 AM
mak_wa95 posted on 22-12-2014 10:58 AM
masih rindu lagi ke kat dia...asyik dok sebut pasal ex je..

Rindu tu dah pasti sebab kami dah lama bersama.
Quote spiderman80 22-12-2014 11:35 AM
BotakChinPeng posted on 22-12-2014 11:09 AM
21.9 peratus dikira banyak jugak la memandangkan  majoriti  tanah  di kl ini milik agensi kerajaan.
...

Hi, apa khabar? Dah makan lunch ke belum?
Quote the_killer 22-12-2014 11:37 AM
Munnalicious posted on 22-12-2014 11:25 AM
Kuala Lumpur king punya.

Kuala Lumpur asal dibuka oleh Orang Asli lepas tu Orang Minangkabau dari Sumatera dan Kerinchi dari Sumatera...so milik indon la
Quote BotakChinPeng 22-12-2014 11:37 AM
spiderman80 posted on 22-12-2014 11:35 AM
Hi, apa khabar? Dah makan lunch ke belum?

12.30 nanti baru aku makan.

Engko dan suami jerman ko apa khabar
Quote cik_kembong 22-12-2014 11:37 AM
nanacinta posted on 22-12-2014 10:52 AM
kuala lumpur milik orang yang rajin berusaha...tengok pendatang2 aceh, minang dan kemboja cukup la.. ...

I couldn't agree more....
Quote AbukRokok 22-12-2014 11:40 AM
KL ni kawe lejend
Quote taikor 22-12-2014 11:40 AM
semua nak 'book' dulu, ini macam tak boleh berkembang lah Malaysia. Cara orang mundur uruskan negara
Quote Munnalicious 22-12-2014 11:41 AM
the_killer posted on 22-12-2014 11:37 AM
Kuala Lumpur asal dibuka oleh Orang Asli lepas tu Orang Minangkabau dari Sumatera dan Kerinchi dar ...

Bkn milik shark ke?
Quote the_killer 22-12-2014 11:42 AM
taikor posted on 22-12-2014 11:40 AM
semua nak 'book' dulu, ini macam tak boleh berkembang lah Malaysia. Cara orang mundur uruskan negara

maksud nak book mcm mana?
Quote Modngengade 22-12-2014 11:42 AM
spiderman80 posted on 22-12-2014 10:56 AM
Spidey tahu bekas isteri akan masuk meroyan kejap lagi. Tunggu je lah kemunculan beliau nanti. ...

abang gila talak ker?

Quote Modngengade 22-12-2014 11:43 AM
tk lama lagi kl bakal dimiliki oleh bangla, nepal dan myanmar....

pergi kat area jln silang tu....
Quote mak_wa95 22-12-2014 11:43 AM
spiderman80 posted on 22-12-2014 11:34 AM
Rindu tu dah pasti sebab kami dah lama bersama.

makan dua pinggan tidur pun masing2 bantal,,mesti rindu, kan..

yang xleh blah tu..belum kawin cerdik...dah kawin jadi bodoh.., awak buat apa kat dia sampai jadi bodo..



Quote BotakChinPeng 22-12-2014 11:48 AM
the_killer posted on 22-12-2014 11:37 AM
Kuala Lumpur asal dibuka oleh Orang Asli lepas tu Orang Minangkabau dari Sumatera dan Kerinchi dar ...

melayu kl memang keturunan indon. Mereka tak semaju melayu yg berhijrah dari negeri melayu jati macam kedah, johor, melaka, perak, penang,,sarawak....

Bangunan paling tinggi milik individu di kl dibina oleh Daim Zainuddin.
Sorang lagi melayu kedah, Syed Mokhtar akan bina bangunan lebih tinggi dari menara berkembar petronas Last edited by BotakChinPeng on 22-12-2014 11:49 AM

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.060320 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top