CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tabah Jaga Isteri Hidap Barah

22-12-2014 12:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5461| Komen: 35

Lelaki Tabah Jaga Isteri Hidap Barah

Gambar hiasan




BALING 20 Dis. – Seorang wanita di Kampung Sira Ulu dekat sini hanya mampu terlantar akibat penyakit kanser otak sejak dua tahun lalu.

Lebih menyedihkan penyakit tersebut kini mengakibatkan Norazilawati Abdullah, 32, semakin menderita setelah kehilangan penglihatannya kerana kanser itu.

Suaminya, Abdullah Hussin, 31, berkata, dia terpaksa menjaga isterinya itu sepenuh masa bagi memastikan segala urusan makan minumnya terjaga dengan baik.

“Saya laluinya selama dua tahun dia terlantar sakit malah menjaganya dengan baik termasuk dua anak kami,” kata Abdullah ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.

Katanya, pada awal kejadian, isterinya hanya mengadu rasa pening dan muntah lalu membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Hospital Baling.

“Kemudian itu sakitnya berulang-ulang menyebabkan dia dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan doktor mengesahkan dia menghidap barah otak.

“Ketika itu dia perlu menjalani pembedahan sebanyak dua kali di kepala, namum begitu keadaannya bertambah teruk apabila penyakit itu merebak di bahagian mata,” katanya.

Menurut Abdullah, dia berusaha merawat isterinya itu di serata tempat termasuk perubatan tradisional dan moden namun keadaannya tidak berubah malah lebih teruk.

“Selagi ada daya usaha, saya tetap menjaganya dan berharap penyakitnya akan pulih dan mampu memberi kasih sayang kepada dua anak kami iaitu Nor Qistina Afieka, 6, dan Nor Badrisya, 3, yang sentiasa mengharapkan ibu mereka segera sembuh,” katanya.

Abdullah yang bekerja kampung juga bergantung kepada bantuan bulanan daripada pejabat Ahli Parlimen Baling melalui Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Abdullah juga mengucapkan terima kasih Bahagian Hal Ehwal Wanita Parlimen Baling yang mengadakan majlis bacaan Yasin di rumahnya semalam untuk mendokan kesejahteraan isterinya itu.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh menghubungi Abdullah Hussin menerusi 019-4333904.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Esmiria 21-12-2014 08:58 AM
cinta sejati. @spiderman80
Quote PEPPERMAN 21-12-2014 09:05 AM
Azeez jangan lah lupa datang ziarah selalu
Quote jazaa 21-12-2014 09:25 AM
Kesiannya.....

Byk duit yg nk guna bila jaga org sakit ni....


Quote Modngengade 21-12-2014 09:26 AM
Bertuah kalau dpt laki mcm tu
Quote spiderman80 21-12-2014 11:29 AM
Esmiria posted on 21-12-2014 08:58 AM
cinta sejati. @spiderman80

Spidey kagum dengan suami beliau.
Quote nh83 21-12-2014 11:34 AM
Moga si suami terus kuat tuk anak2x & isterinya..besar pahala si suami jaga isteri yg sakit..huhuhu pagi ni byk citer sedih plak kt board nih..semendung cuaca d luar
Quote tomatome 21-12-2014 11:35 AM
ermmm.. jgn tgu masa je.. bila bini xde kubur merah lg da mula cari pganti
Quote mak_wa95 21-12-2014 11:38 AM
harap2 suami ni teruskan komitment berubat dgn hospital...

kalau orang kmpng ni mereka lebih banyak pergi tradisional....banyak sangat 'penasihat' suruh p tradisional...

keluarga kami dah lalui,kalau tanya kabar tu mesti selit pertanyaan,dah pergi ke berubat kat sini,kat sana...

Quote stinger_attack 21-12-2014 02:39 PM
Modngengade posted on 21-12-2014 09:26 AM
Bertuah kalau dpt laki mcm tu

Setakat tempang sebelah kaki  .......takkan suami nak kena ngadap 24 jam?.........wajarlah dia kawen lagi satu....kalau nak gi jogging ada jugak yang temankan dia...? Dah kira bagus suami ijinkan isteri yang tempang...masuk forum...bukak berkoyan koyan tred baru tiap hari...kan?




Quote stinger_attack 21-12-2014 02:44 PM
mak_wa95 posted on 21-12-2014 11:38 AM
harap2 suami ni teruskan komitment berubat dgn hospital...

kalau orang kmpng ni mereka lebih bany ...

Usaha itu JIHAD........nothing is definite...except death.......



Quote kenarihitam 21-12-2014 03:00 PM
mak_wa95 posted on 21-12-2014 11:38 AM
harap2 suami ni teruskan komitment berubat dgn hospital...

kalau orang kmpng ni mereka lebih bany ...

Btul tu mak wa..hrp2 suami dia truskan komitmen berubat ngn hosp..bagus si asben ni..bini tlantar mcm ni pun dia msh setia..Allah je la yg bls kbaikan dia pd bini dia..patutnya tt thread closed kne bc thread ni..blaja dr abdullah ni cmne jaga bini sakit..
Quote pooh~key 21-12-2014 03:07 PM
yang ini baharulah betul kalau nak kaitkan dengan tanggungjawab. @prettyuglybabe
Quote prettyuglybabe 21-12-2014 03:11 PM
pooh~key posted on 21-12-2014 03:07 PM
yang ini baharulah betul kalau nak kaitkan dengan tanggungjawab. @prettyuglybabe

kalu sendiri tak paham apa orang cakap, tak payah nak PA sana sini
Quote sekel 21-12-2014 03:13 PM
paper ari nie punya citer........sebak baca kisah nie
Quote pooh~key 21-12-2014 03:13 PM
prettyuglybabe posted on 21-12-2014 03:11 PM
kalu sendiri tak paham apa orang cakap, tak payah nak PA sana sini

sendiri salah bikin ayat, sendiri mintak orang lain buat2 paham.
Quote prettyuglybabe 21-12-2014 03:15 PM
pooh~key posted on 21-12-2014 03:13 PM
sendiri salah bikin ayat, sendiri mintak orang lain buat2 paham.

sendiri tak mampu paham, lagi nak salahkan orang
Quote pooh~key 21-12-2014 03:19 PM
prettyuglybabe posted on 21-12-2014 03:15 PM
sendiri tak mampu paham, lagi nak salahkan orang

kalau aku cakap aku sebenarnya paham, tapi sengaja nak cari bahan untuk cerca struktur ayat kau, apa macam? boleh terima hakikat dak? ke masih in denial?
Quote prettyuglybabe 21-12-2014 03:21 PM
pooh~key posted on 21-12-2014 03:19 PM
kalau aku cakap aku sebenarnya paham, tapi sengaja nak cari bahan untuk cerca struktur ayat kau, a ...

sila refer siggy...




Quote iman_kasih 21-12-2014 03:22 PM
mak_wa95 posted on 21-12-2014 11:38 AM
harap2 suami ni teruskan komitment berubat dgn hospital...

kalau orang kmpng ni mereka lebih bany ...

betul tu mak_wa...harap si suami diberi kekuatan n ketabahan untk menjaga isteri yg sakit n anak2..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061839 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top