Akibat Panas Berkuap Penumpang Ini Buka Pintu Kecemasan Pesawat! Tindakan lelaki itu memeranjatkan petugas Xiamen Airlines dan juga penumpang lain yang dalam penerbangan dari Hangzhou ke Chengdu kerana mereka belum pernah melihat keadaan itu berlaku. Ditanya mengenai tindakannya itu oleh kakitangan pesawat, lelaki itu berkata, dia berasa panas dan rimas sementara menunggu pesawat itu berlepas. Akhbar South China Morning Post berkata, petugas kemudian memindahkan lelaki itu ke tempat duduk lain, jauh dari pintu itu. Kejadian berlaku selepas satu kejadian lain menyaksikan seorang penumpang membuka pintu kecemasan sebaik pesawat yang dinaiknya mendarat kerana hendak cepat keluar. Ia menyebabkan syarikat penerbangan itu menanggung kerugian sebanyak 100,000 yuan (RM56,000). LELAKI berkenaan membuka pintu kecemasan kerana tak tahan panas.
|
magnus posted on 19-12-2014 03:49 PM
Senang sgt pulak bukak pintu kecemasan tu ya...ingatkan susah...
harimau76 posted on 19-12-2014 04:23 PM
hari ni ada kes lg kan kat China jugak gaduh dlm flight nak gi HK.. siap angkat pompuan tu drp tempa ...
harimau76 posted on 19-12-2014 04:32 PM
yup. yang tu ler..
ADVERTISEMENT