Warga Itali Dibelasah Sampai Pengsan
Gambar hiasan Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia 20-an terbabit dikatakan dibelasah pengunjung di hadapan pusat hiburan berkenaan sebelum dia yang tidak sedarkan diri ditinggalkan di kawasan itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis yang menerima maklumat kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mangsa yang tidak sedarkan diri. “Mangsa yang mengalami luka di dahi dan lebam mata kiri itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil. “Susulan itu polis menahan dua lelaki warga Perancis dan tiga lelaki warga Indonesia berusia antara 17 dan 21 tahun bagi membantu siasatan,” katanya. Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati semua mereka adalah pelajar di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini dan mereka mengaku ke pusat hiburan berkenaan untuk berhibur. “Siasatan lanjut mendapati semua mereka tidak mengenali mangsa dan memberitahu ternampak dia terbaring di tepi jalan dan beberapa suspek yang ditahan mengaku turut dipukul beberapa lelaki di luar pusat hiburan berkenaan. “Punca kejadian masih lagi disiasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dan sekiranya disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. Mior Faridalathrash berkata, polis ingin meminta kerjasama orang yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran.
|
11
Bagus |
15
Marah |
10
Terkejut |
17
Sedih |
13
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
aiwa posted on 16-12-2014 09:10 AM
cuba tanya forumer herrhugie mungkin dia tau
ADVERTISEMENT