CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Pejuang Isele Sejati Hanya Kerana Berzumba!

16-12-2014 10:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4890| Komen: 16

KJ Gagal Jadi Pejuang Islam Sejati Kerana Zumba – MUAFAKAT






Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) hari ini mengeluarkan kenyataan mendakwa Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin gagal menjadi pejuang Islam sejati kerana tarian Zumba. Presidennya Ismail Mina Ahmad berkata promosi melampau terhadap sukan bercorak tarian itu disifatkan sebenarnya mendukacitakan banyak organisasi Islam di dalam negara.



“KJ (Khairy) tidak boleh menjadi pejuang Islam kerana menjahanamkan belia dengan Zumba. “Tidak ada faedahnya membuat sesuatu yang bertentangan dengan Islam…kalau hendak bersenam, banyak lagi perkara yang boleh dibuat untuk mengeluarkan peluh.

“Tidak payahlah hendak Zumba Zumba ini, baca sejarahnya dan fahami misinya yang mahu menggugat kekuatan Islam di dunia sebelum mempraktikkannya,” katanya seperti dipetik Astro Awani. Ismail membuat kenyataan itu menyokong ucapan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang menempelak empat pemimpin UMNO yang disifatkan tidak berani membela orang Melayu.

Empat pemimpin tersebut adalah Ketua Pemuda UMNO, Khairy, Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Muhamad, bekas anggota majlis tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.



Zumba merupakan tarian yang dicipta penari dari Colombia dan koreografer Alberto Beto Perez pada awal 90-an. Ia merupakan tarian yang merangkumi elemen hip-hop, soca, samba, salsa, merenque dan mambo. Sehingga kini, lebih 14 juta penduduk dunia mengikuti kelas mingguan Zumba yang diadakan di lebih 185 negara.


Selingan:

Abang KJ berzumba




4

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 16-12-2014 09:25 AM
Buat lah zumba utk perempuan zumba utk lelaki. Asing asing. Kalau dah bercampur campur nanti banyak yang tak baik dari yang baik.

Quote munkyG 16-12-2014 09:29 AM
ni baru islamik...

[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=KXo6Ci4GZZI[/youtube]
Quote PEPPERMAN 16-12-2014 09:33 AM
aku tak rasa KJ pertimbang faktor Islamik ka tak,
dia hanya consider samada ada tarikan atau tak kepada belia
atas kapasiti belaiu sebagai menteri berkaitan


kenapa, ada masalah?
Quote Caranthir 16-12-2014 09:45 AM
Zumba tu tarian ke?

Quote Mary_jane 16-12-2014 09:49 AM
Kemain kj gelek. Kalah bang alberto
Quote magnus 16-12-2014 09:53 AM
Mcm best je zumba
Quote mohdcrow 16-12-2014 09:57 AM
dia mmg camni...orang bodo jer pikir dia baik
Quote mdhelmi 16-12-2014 10:23 AM
sejak bila KJ jadi pejuang Islam sejati?
pejuang islam x duduk dlm UMNO
Quote ajunara 16-12-2014 10:24 AM
munkyG posted on 16-12-2014 09:29 AM
ni baru islamik...

xdapat bukak la...cer bg link
Quote ajunara 16-12-2014 10:27 AM
orang tu cakap ape tujuan tarian zumba tu dibuat...ape kesan nye kat islam...dulu pun kecoh cakap tarian poco poco 2 tak ley wat coz menari ikut symbol salib
Quote raxief 16-12-2014 10:27 AM
bila plak kj ni pejuang islam.. dia kan menteri sukan2 je
Quote tagas 16-12-2014 11:24 AM
Cuba try bijan&mummy mah wat zumba..
Quote dodolgemok 16-12-2014 11:49 AM
purkasa buat tarian punggung buleh pulak?
Quote white_musk 16-12-2014 11:49 AM
masuk tereris isis = pejuang isle masuk sorga
tak masuk tereris isis = ahli nerake
Quote Maideen. 16-12-2014 11:57 AM
Maideen rasa boleh berzumba ni tapi kenalah memasukan unsur unsur Isle seperti Irama Padang Pasir dsbnya.....

Wallahualam.

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...
Quote Defcon2 16-12-2014 12:05 PM
Eh..geng2 umno ni layak ke bercakap pasal Islam dan mengaku memperjuangkan Islam. Padahal kita tahu umno langsung takde niat nak laksanakan hudud (rujuk ucapan Najib: No hudud in Malaysia).Dah la tak nak laksanakan hudud. Pastu memperlekehkan Kelantan yang nak melaksanakannya.

Umno juga sanggup menjual agama demi politik. Contoh jelas bila kabinet najib luluskan penyelesaian 10 perkara dan benarkan import bible (termasuk yang ada kalimah Allah) semata-mata nak beli hati pengundi sabah & sarawak masa PRU ke 13.

Isu penyelesaian 10 perkara membuktikan 3 perkara:

i. umno lah dalang sebenar isu kalimah Allah;
ii. umno membelakangkan institusi Raja dalam hal ehwal melibatkan agama Islam;
iii. umno sanggup menjual agama demi politik.

Jadi kepada para macai umno sekelian, kajilah balik sokongan sama ada sokongan anda pada umno itu betul demi Islam, atau hanya sekadar

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.144578 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top