KJ Gagal Jadi Pejuang Islam Sejati Kerana Zumba – MUAFAKAT
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) hari ini mengeluarkan kenyataan mendakwa Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin gagal menjadi pejuang Islam sejati kerana tarian Zumba. Presidennya Ismail Mina Ahmad berkata promosi melampau terhadap sukan bercorak tarian itu disifatkan sebenarnya mendukacitakan banyak organisasi Islam di dalam negara.
“KJ (Khairy) tidak boleh menjadi pejuang Islam kerana menjahanamkan belia dengan Zumba. “Tidak ada faedahnya membuat sesuatu yang bertentangan dengan Islam…kalau hendak bersenam, banyak lagi perkara yang boleh dibuat untuk mengeluarkan peluh.
“Tidak payahlah hendak Zumba Zumba ini, baca sejarahnya dan fahami misinya yang mahu menggugat kekuatan Islam di dunia sebelum mempraktikkannya,” katanya seperti dipetik Astro Awani. Ismail membuat kenyataan itu menyokong ucapan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang menempelak empat pemimpin UMNO yang disifatkan tidak berani membela orang Melayu.
Empat pemimpin tersebut adalah Ketua Pemuda UMNO, Khairy, Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Muhamad, bekas anggota majlis tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.
Zumba merupakan tarian yang dicipta penari dari Colombia dan koreografer Alberto Beto Perez pada awal 90-an. Ia merupakan tarian yang merangkumi elemen hip-hop, soca, samba, salsa, merenque dan mambo. Sehingga kini, lebih 14 juta penduduk dunia mengikuti kelas mingguan Zumba yang diadakan di lebih 185 negara.
aku tak rasa KJ pertimbang faktor Islamik ka tak,
dia hanya consider samada ada tarikan atau tak kepada belia
atas kapasiti belaiu sebagai menteri berkaitan
orang tu cakap ape tujuan tarian zumba tu dibuat...ape kesan nye kat islam...dulu pun kecoh cakap tarian poco poco 2 tak ley wat coz menari ikut symbol salib
Eh..geng2 umno ni layak ke bercakap pasal Islam dan mengaku memperjuangkan Islam. Padahal kita tahu umno langsung takde niat nak laksanakan hudud (rujuk ucapan Najib: No hudud in Malaysia).Dah la tak nak laksanakan hudud. Pastu memperlekehkan Kelantan yang nak melaksanakannya.
Umno juga sanggup menjual agama demi politik. Contoh jelas bila kabinet najib luluskan penyelesaian 10 perkara dan benarkan import bible (termasuk yang ada kalimah Allah) semata-mata nak beli hati pengundi sabah & sarawak masa PRU ke 13.
i. umno lah dalang sebenar isu kalimah Allah;
ii. umno membelakangkan institusi Raja dalam hal ehwal melibatkan agama Islam;
iii. umno sanggup menjual agama demi politik.
Jadi kepada para macai umno sekelian, kajilah balik sokongan sama ada sokongan anda pada umno itu betul demi Islam, atau hanya sekadar