Jumlah Ibu Tunggal Meningkat Ke 210,671 Orang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, bantuan itu termasuk pemberian khidmat kaunseling, guaman, kewangan, pembelajaran anak-anak dan bantuan mencari pekerjaan. Beliau berkata, kementerian juga telah memperkenalkan beberapa program yang mampu meningkatkan sumber pendapatan ibu tunggal seperti program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal, MamaCare dan Geran Pelancaran untuk mereka memulakan perniagaan. Rohani berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Roslin Abdul Rahman yang ingin tahu program dan bantuan kepada golongan ibu tunggal bagi menjamin masa depan anak-anak mereka. "Untuk tahun 2015, antara program yang telah dirancang termasuk kolaborasi dengan GiatMara bagi membolehkan golongan sasar diberi latihan lanjutan dan modal RM10,000 tanpa faedah untuk menjalankan perniagaan," katanya. Selain itu, kementerian juga akan bekerjasama dengan Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil, di sini bagi membantu mengembangkan perniagaan golongan ibu tunggal ke peringkat lebih tinggi, katanya.
|
7
Bagus |
6
Marah |
14
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
TuntungReturn posted on 15-12-2014 11:04 PM
xde ke uztad nk meminang depa?
spiderman80 posted on 15-12-2014 11:22 PM
Puan @BotakChinPeng dah bercerai dengan saya. Patut beliau berhak mendapatkan bantuan dari kerajaan ...
mak_wa95 posted on 15-12-2014 11:31 PM
adehhhh nak gelak sat...
hilang banyak hari..muncul je dah buat saya geli hati...{:1_ ...
ADVERTISEMENT