Tunku Abdul Jalil Selamat Jalani Rawatan Beliau berkata, Sultan Ibrahim melahirkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, rakyat negeri ini serta pelbagai pihak yang telah mendoakan kesihatan anakanda baginda. "Baginda sangat terharu atas taat setia dan doa khasnya daripada rakyat Johor supaya rawatan itu berjalan sempurna. "Buat masa kini Tunku Abdul Jalil sedang berehat di hospital berkenaan dan insya-Allah apabila keadaan membenarkan, beliau akan dibawa pulang ke tanah air untuk rawatan selanjutnya," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini hari ini. Tambah Abdul Rahim, Sultan Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan doktor dan pakar yang merawat anakanda baginda itu. Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan berkata, baginda turut menyampaikan salam kepada seluruh rakyat negeri ini dan akan pulang ke Johor tidak lama lagi. Justeru, sebagai Menteri Besar, saya meminta kepada semua rakyat Johor agar terus mendoakan supaya Tunku Abdul Jalil kembali sihat seperti biasa. Semoga Allah akan memakbulkan doa kita semua, insya-Allah," katanya.
![]() |
Modngengade posted on 15-12-2014 02:07 PM
penyakit misteri......
.
scorpionkiki posted on 15-12-2014 03:12 PM
Brp lama agaknya isteri kesayangan tok jib ni berrsiap ya kak...rambut saja sejam tak siap lagi... ...
scorpionkiki posted on 15-12-2014 03:12 PM
Brp lama agaknya isteri kesayangan tok jib ni berrsiap ya kak...rambut saja sejam tak siap lagi... ...
flying_cow posted on 15-12-2014 03:33 PM
Gosip kata dia sakit kanser stage 4 dik. Ntah la tak tau kebenarannya, beliau pun berdiam diri sah ...
sepitsiput posted on 15-12-2014 03:38 PM
dia kurus sgt.... sakit apa lah agaknya..
nampak dia baik dgn farid kamil
ADVERTISEMENT