Liza Lou menghasilkan satu lagi karya menakjubkan dengan menggunakan manik jenis kaca kecil. Liza yang sememangnya merupakan artis visual terkenal yang menghasilkan karya menggunakan manik kaca yang kecil. Liza menghasilkan ukiran manik yang memenuhi keseluruhan dapur dengan hiasan daripada manik. Satu demi satu, yang dihasilkan oleh Liza, bermula dengan kabinet dapur, Liza menampal manik kecil menggunakan penyepit dengan berhati-hati. Akhirnya beliau meneruskan dengan menampak manik di tingkap, lantai, kerusi, meja, pembakar roti dan juga sinki dapur. Untuk menghasilkan ruangan manik ini, beliau mengambil masa 5 tahun dengan menggunakan lebih dari 30 juta manik kaca.
Sememangnya seorang yg sangat sabar membuat benda2 ni semua... |
ADVERTISEMENT