Fikir Dulu Sebelum Keluarkan Dividen, Bonus Asb Hujung Tahun
Dalam keadaan mendesak seperti ini, gaji atau bonus yang tidak seberapa memang tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan, apatah lagi kalau memiliki anak ramai. Masa inilah segala buku akaun yang ada menjadi penyelamat. Bagi kebanyakan pencarum Amanah Saham Bumiputera (ASB), bulan Disember memang dinanti-nantikan kerana pengumuman dividen dan bonus bakal diumumkan. Berdasarkan kalender tahun-tahun lalu, besar kemungkinan pengumuman agihan itu akan diumumkan pada minggu depan. Berbalik kepada permasalahan perbelanjaan tadi, pada kebiasaannya kaunter Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) atau institusi perbankan yang menjadi agen penuh ASNB penuh pada awal Januari. Para pencarum bukan sekadar mengemas kini buku ASB masing-masing, sebaliknya ramai juga mengeluarkan pelaburan masing-masing selepas mendapat dividen dan bonus. Dividen dan bonus itulah yang akan digunakan bagi menampung lebihan kos keperluan awal tahun. Sebenarnya amalan mengeluarkan wang pelaburan setiap kali mendapat dividen setiap tahun adalah salah kerana secara prinsipnya pelaburan adalah untuk jangka panjang. Strategi pelaburan jangka panjang amat penting kerana kiraan dividen berdasarkan jumlah baki terendah, justeru sekiranya wang tidak dikeluarkan, pelabur berpeluang memperoleh pulangan lebih tinggi daripada pelaburan mereka. Pelaburan ASB berbeza berbanding deposit tetap atau akaun simpanan bank, meskipun boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun jumlah pulangan yang diberikan adalah jauh lebih rendah iaitu antara 1.0 peratus hingga 2.0 peratus sahaja. Deposit tetap merupakan instrumen pelaburan yang biasanya ditawarkan oleh bank bagi membolehkan pelabur menyimpan wang dalam tempoh tertentu bagi mendapatkan pulangan. Deposit tetap ketika ini memberi pulangan tahunan antara tiga hingga empat peratus untuk tempoh simpanan pilihan, antaranya tiga atau enam bulan dan setahun. Bagi kebanyakan produk, pelabur perlu membuat deposit minimum kira-kira RM1,000. Namun risikonya lebih besar kerana pelabur kemungkinan kehilangan semua atau separuh daripada pulangan yang dijanjikan sekiranya mengeluarkan simpanan sebelum tempoh matang. Oleh sebab itu, ASNB, pengurus dana ASB menggalakkan para pencarum mengekalkan pelaburan yang ada dan melaburkan semula dividen yang diterima kerana pulangan jangka panjang lebih baik. Sebagai contoh, katakan pada awal tahun 2013, anda melabur sebanyak RM1,000 dan menerima dividen dan bonus sebanyak 7.1 sen dan 1 sen. Pada akhir tahun kewangan ASB pada tahun itu jumlah pelaburan sudah berjumlah RM71. Dengan dividen dan bonus yang bakal diperoleh bagi tahun kewangan 2014, jumlah pelaburan sedia ada bertambah lagi. Itu baru contoh pelaburan sebanyak RM1,000. Bayangkan kalau ada pelabur yang melabur lebih daripada itu dan tidak pernah langsung mengambil agihan dividen dan bonus sepanjang pelaburan mereka. Sudah tentu hasil pelaburan lebih lumayan. Jadi, pelabur Bumiputera perlu berusaha untuk cuba kekalkan pelaburan sedia ada untuk tempoh 10 tahun atau 20 tahun, setidak-tidaknya sehingga persaraan. Setakat ini agihan dividen ASB melebihi kadar inflasi - sudah tentu jumlah pelaburan yang tersimpan sangat lumayan yang pastinya boleh digunakan sepanjang meniti usia persaraan. Andai tidak mampu membuat simpanan pada jumlah yang besar, buatlah simpanan setiap bulan, walaupun pulangannya mungkin kecil untuk tahun pertama, tetapi ia berpotensi untuk memberi pulangan lebih tinggi berbanding deposit tetap atau simpanan biasa. Kepada para pencarum yang masih berkira-kira untuk mengeluarkan wang pelaburan ASB yang ada fikir-fikirkanlah.
|
10
Bagus |
1
Marah |
2
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CrowneGlory posted on 15-12-2014 01:43 AM
Prinsip2 jugak... Dah kalau penyimpan dh sengkek .. Jangka panjang ke jangka pendek tolak tepi.. At ...
Anak_Nogori posted on 14-12-2014 11:52 PM
Yg muda2 elok lah simpan dividen ASB tu..biar dia beranak pinak utk bekal tua..mcm saya dah tua..nak ...
CrowneGlory posted on 15-12-2014 01:43 AM
Prinsip2 jugak... Dah kalau penyimpan dh sengkek .. Jangka panjang ke jangka pendek tolak tepi.. At ...
Suchi posted on 15-12-2014 05:37 AM
tulah, kdg2 ada yg sampai rasa malu nk kuarkn duit asb kat bank, walhal duit sendiri. abis kalo da ...
alieyrina posted on 15-12-2014 07:33 AM
Nk tnya, depa kira divid. Tu masa bila..ritu dah amik byk gak nk buat deposit beli umah..tp sampai l ...
ADVERTISEMENT