View: 13899|Reply: 121
|
[Tempatan]
Fikir dulu sebelum keluarkan dividen, bonus ASB hujung tahun
[Copy link]
|
|
Menjelang hujung tahun ini ramai ibu bapa gusar. Masakan tidak, sesi persekolahan hampir tiba. Mana hendak beli buku, pakaian, kelengkapan dan pelbagai yuran. Ini belum masuk lagi bayaran tambang sekolah agama, tuisyen dan bas sekolah.
Dalam keadaan mendesak seperti ini, gaji atau bonus yang tidak seberapa memang tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan, apatah lagi kalau memiliki anak ramai. Masa inilah segala buku akaun yang ada menjadi penyelamat.
Bagi kebanyakan pencarum Amanah Saham Bumiputera (ASB), bulan Disember memang dinanti-nantikan kerana pengumuman dividen dan bonus bakal diumumkan.
Berdasarkan kalender tahun-tahun lalu, besar kemungkinan pengumuman agihan itu akan diumumkan pada minggu depan. Berbalik kepada permasalahan perbelanjaan tadi, pada kebiasaannya kaunter Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) atau institusi perbankan yang menjadi agen penuh ASNB penuh pada awal Januari.
Para pencarum bukan sekadar mengemas kini buku ASB masing-masing, sebaliknya ramai juga mengeluarkan pelaburan masing-masing selepas mendapat dividen dan bonus.
Dividen dan bonus itulah yang akan digunakan bagi menampung lebihan kos keperluan awal tahun.
Sebenarnya amalan mengeluarkan wang pelaburan setiap kali mendapat dividen setiap tahun adalah salah kerana secara prinsipnya pelaburan adalah untuk jangka panjang.
Strategi pelaburan jangka panjang amat penting kerana kiraan dividen berdasarkan jumlah baki terendah, justeru sekiranya wang tidak dikeluarkan, pelabur berpeluang memperoleh pulangan lebih tinggi daripada pelaburan mereka.
Pelaburan ASB berbeza berbanding deposit tetap atau akaun simpanan bank, meskipun boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun jumlah pulangan yang diberikan adalah jauh lebih rendah iaitu antara 1.0 peratus hingga 2.0 peratus sahaja.
Deposit tetap merupakan instrumen pelaburan yang biasanya ditawarkan oleh bank bagi membolehkan pelabur menyimpan wang dalam tempoh tertentu bagi mendapatkan pulangan.
Deposit tetap ketika ini memberi pulangan tahunan antara tiga hingga empat peratus untuk tempoh simpanan pilihan, antaranya tiga atau enam bulan dan setahun. Bagi kebanyakan produk, pelabur perlu membuat deposit minimum kira-kira RM1,000.
Namun risikonya lebih besar kerana pelabur kemungkinan kehilangan semua atau separuh daripada pulangan yang dijanjikan sekiranya mengeluarkan simpanan sebelum tempoh matang.
Oleh sebab itu, ASNB, pengurus dana ASB menggalakkan para pencarum mengekalkan pelaburan yang ada dan melaburkan semula dividen yang diterima kerana pulangan jangka panjang lebih baik.
Sebagai contoh, katakan pada awal tahun 2013, anda melabur sebanyak RM1,000 dan menerima dividen dan bonus sebanyak 7.1 sen dan 1 sen. Pada akhir tahun kewangan ASB pada tahun itu jumlah pelaburan sudah berjumlah RM71.
Dengan dividen dan bonus yang bakal diperoleh bagi tahun kewangan 2014, jumlah pelaburan sedia ada bertambah lagi.
Itu baru contoh pelaburan sebanyak RM1,000. Bayangkan kalau ada pelabur yang melabur lebih daripada itu dan tidak pernah langsung mengambil agihan dividen dan bonus sepanjang pelaburan mereka. Sudah tentu hasil pelaburan lebih lumayan.
Jadi, pelabur Bumiputera perlu berusaha untuk cuba kekalkan pelaburan sedia ada untuk tempoh 10 tahun atau 20 tahun, setidak-tidaknya sehingga persaraan.
Setakat ini agihan dividen ASB melebihi kadar inflasi - sudah tentu jumlah pelaburan yang tersimpan sangat lumayan yang pastinya boleh digunakan sepanjang meniti usia persaraan.
Andai tidak mampu membuat simpanan pada jumlah yang besar, buatlah simpanan setiap bulan, walaupun pulangannya mungkin kecil untuk tahun pertama, tetapi ia berpotensi untuk memberi pulangan lebih tinggi berbanding deposit tetap atau simpanan biasa.
Kepada para pencarum yang masih berkira-kira untuk mengeluarkan wang pelaburan ASB yang ada fikir-fikirkanlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru terpikir nak beli gold... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg muda2 elok lah simpan dividen ASB tu..biar dia beranak pinak utk bekal tua..mcm saya dah tua..nak pakai amik je. |
|
|
|
|
|
|
|
ASB adalah pelaburan yg paling selamat |
|
|
|
|
|
|
|
melabur tak merasa untung atau dividen, last-2 mati tak sempat mengecapi nikmat dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade posted on 15-12-2014 12:09 AM
ASB adalah pelaburan yg paling selamat
Main bursa saham le hakak baru thrilll! |
|
|
|
|
|
|
|
Prinsip2 jugak... Dah kalau penyimpan dh sengkek .. Jangka panjang ke jangka pendek tolak tepi.. At least x makan ibu |
|
|
|
|
|
|
|
CrowneGlory posted on 15-12-2014 01:43 AM
Prinsip2 jugak... Dah kalau penyimpan dh sengkek .. Jangka panjang ke jangka pendek tolak tepi.. At ...
Kan. Pandai dia la.dia simpan utk guna kmdn hari.kmdn hari dia, ujung tahun ni, so dia guna la.derr |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 14-12-2014 11:52 PM
Yg muda2 elok lah simpan dividen ASB tu..biar dia beranak pinak utk bekal tua..mcm saya dah tua..nak ...
nanti tak sempat joli dah mampus
|
|
|
|
|
|
|
|
CrowneGlory posted on 15-12-2014 01:43 AM
Prinsip2 jugak... Dah kalau penyimpan dh sengkek .. Jangka panjang ke jangka pendek tolak tepi.. At ...
tulah, kdg2 ada yg sampai rasa malu nk kuarkn duit asb kat bank, walhal duit sendiri. abis kalo dah terdesak nk wat cemana kan.
percayalah bila ade org kata dia xde duit nk wat itu ini maknanya, bkn takat cash kat tangan atau baki kat bank je tade malah trmasuk lah juga asb pun tade. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan la ikat perut demi nak menyimpan. ... |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi posted on 15-12-2014 05:37 AM
tulah, kdg2 ada yg sampai rasa malu nk kuarkn duit asb kat bank, walhal duit sendiri. abis kalo da ...
aku antara yg rase malu nk kuar duit asb..kadang2 baru masuk je duit tp sminggu dua lepas tu da berbaris nk g kuar duit..
kdang2 smpai ckp ngan kerani pos tu malu ler asyik kuar duit..
tp akak tu kata duit sndiri..ape salahnye...
haha..sedap skit hati dgr |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit sikit lama lama jadi bukit. Kalu nak cepat kaya masuk skim pyramid atau MLM |
|
|
|
|
|
|
|
Orange1 posted on 15-12-2014 01:18 AM
Main bursa saham le hakak baru thrilll!
ramai yg bangkrup main saham....org tak nak cabaran org nak jalan selamat...
|
|
|
|
|
|
|
|
I asyik masuk..keluar masuk...
i punya cita2 simpan sampai maximum...
Bila dah tua ambil bulan2 cukup untuk makan jer...
tak yah susahkan anak2... |
|
|
|
|
|
|
|
Nk tnya, depa kira divid. Tu masa bila..ritu dah amik byk gak nk buat deposit beli umah..tp sampai la ni blum sampai nk guna lg..ruginyaa p wifdraw awai2 |
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina posted on 15-12-2014 07:33 AM
Nk tnya, depa kira divid. Tu masa bila..ritu dah amik byk gak nk buat deposit beli umah..tp sampai l ...
Time dia announce akaun dibekukan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku x mampu nak simpan bebanyak 100 MYR sebulan mesti tolak masuk ASB nii... |
|
|
|
|
|
|
|
tu la disiplin penting dlm mneyimpan ni
biar sikit tapi konsisten
simpan banyak tapi asik kluo masuk...
rugi sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|