Gambaran Artis Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim SHAH ALAM: Cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dilihat bakal mengubah landskap ekonomi negeri Kedah, daripada negeri yang berorientasikan pertanian kepada sebuah negeri industri. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata kerajaan negeri juga merancang membangunkan beberapa kawasan di negeri itu sebagai taman teknologi dan perindustrian. "Antara kawasan yang dikenal pasti ialah Bandar Baharu untuk dibangunkan sebagai 'Kedah Medical City' bagi menempatkan pelbagai industri berkaitan perubatan di satu kawasan. "Selain itu, kawasan berhampiran cadangan tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim pula akan dibangunkan dengan industri 'aerocity' bagi menghimpunkan semua industri berkaitan penerbangan," katanya. Beliau berkata demikian pada sesi perjumpaan santai bersama kira-kira 300pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berasal dari Kedah, di sini, malam tadi. Justeru, beliau menasihati para pelajar, terutama yang berasal dari Kedah, supaya bersedia dengan ilmu dan kemahiran yang secukupnya untuk memanfaatkan peluang pekerjaan yang tersedia kelak. Kerajaan Kedah bercadang membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di kawasan seluas kira-kira 6,000 hektar di Kulim, membabitkan perbelanjaan kira-kira RM1.6 bilion. Kementerian Pengangkutan masih mengkaji cadangan pembinaan lapangan terbang berkenaan.
|
Bagus |
5
Marah |
12
Terkejut |
3
Sedih |
2
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Modngengade posted on 15-12-2014 12:01 AM
Cenonit nyer airport
scorpionkiki posted on 15-12-2014 12:15 AM
Takpa la....asalkan boleh free dr segala yg berkaitan dgn kebangga. Theme park pun akan dibuat kat ...
Modngengade posted on 15-12-2014 12:26 AM
Dah alang2 buat besar sikit agar airport kebangga tk diperlukan lagi
scorpionkiki posted on 15-12-2014 12:30 AM
Tak dpt nak imagine kemeroyanan dia nanti....
Modngengade posted on 15-12-2014 12:31 AM
Belum masuk lagi tu...tgklah kalau dia masuk tered nanti...bising bunyi dia menyalak
Changa posted on 15-12-2014 12:48 AM
airport langkawi dan alor setar pun bagaikan hidup segan mati tak mahu.
mahu lagi buat airport send ...
Changa posted on 15-12-2014 12:48 AM
airport langkawi dan alor setar pun bagaikan hidup segan mati tak mahu.
mahu lagi buat airport send ...
ADVERTISEMENT