CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fasa Pertama Kxp Tumpu Perkhidmatan Kargo

1-4-2015 11:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3141| Komen: 3

Description: "Trafik Antarabangsa Kargo Daripada Lapangan Terbang Pulau Pinang Atau Ke Pulau Pinang Telah Pun Menurun, Jadi Apabila Kita Temu Bual Banyak Pelabur Mereka Menyatakan Menghantar Kargo Menggunakan Ja ...
Fasa Pertama Kxp Tumpu Perkhidmatan Kargo

        
Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir


KULIM - Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), sekiranya mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat, akan dimulakan dengan perkhidmatan kargo bagi fasa pertama.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata hasil pungutan data daripada pelabur dan syarikat di Kedah dan di luar, termasuk Pulau Pinang, mendapati mereka memerlukan perkhimatan kargo untuk urusan perniagaan.

Beliau berkata dengan pembinaan KXP yang lebih berfokus kepada perkhidmatan kargo, ia tidak akan menggangu operasi Lapangan Terbang Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

"Ia akan bermula sebagai lapangan terbang kargo. Kita merancang KXP untuk perkhidmatan kargo untuk menampung kekurangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

"Setakat ini, respons yang diterima daripada kilang dan syarikat sekitarnya sangat positif dengan rancangan tersebut. Kita tidak akan ganggu lapangan terbang di Pulau Pinang yang fokus kepada penumpang," katanya pada sidang media di Kawasan Perusahaan Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di sini, hari ini.

Mukhriz sebelum itu mengiring Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed melawat KHTP.

Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kata Mukhriz, boleh meneruskan pencapaian dalam pengendalian penumpang, manakala KXP menumpukan perhatian kepada operasi kargo udara.

Beliau berkata trafik bagi perkhidmatan kargo semakin menurun iaitu sebanyak 10 peratus dari Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada setiap tahun.

"Trafik antarabangsa kargo daripada lapangan terbang Pulau Pinang atau ke Pulau Pinang telah pun menurun, jadi apabila kita temu bual banyak pelabur mereka menyatakan menghantar kargo menggunakan jalan ke KLIA dan ini memerlukan kos yang banyak," katanya.
         
Penurunan itu berpunca daripada landasan yang terhad dan keutamaan yang diberikan kepada perkhidmatan penumpang, katanya. - Bernama


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primemova 1-4-2015 08:07 AM
Buat je la... Nak pedulik pasal pulau pinang buat apa
Quote d'zeck 1-4-2015 08:11 AM
pelan cadangan yang sangat
meyakinkan dari MB kedah

pasti bakal direalisasikan
Quote GhostWalking 1-4-2015 08:19 AM
Yup moga sukses

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.145210 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top