Pasport ditarik: Alvin, Ali kini berstatus PATI PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen hari ini menyenarai hitam serta-merta pasport milik blogger kontroversi, Alvin Tan, 25 dan aktivis politik, Ali Abdul Jalil. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, penyenaraian itu menyebabkan pasport yang dipegang oleh individu tersebut terbatal secara automatik. "Imigresen akan menghantar surat rasmi ke alamat terakhir mereka selewat-lewatnya esok," katanya pada sidang media khas di sini, hari ini. Menurutnya, Alvin dan Ali adalah pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara persembunyian mereka iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Sweden. "Sekiranya ingin pulang ke tanah air, mereka perlu memohon Sijil Perakuan Cemas di kedutaan Malaysia di negara persembunyian mereka," katanya lagi.
|
11
Bagus |
7
Marah |
3
Terkejut |
8
Sedih |
2
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
muo1202 posted on 9-12-2014 05:17 PM
ali dah ada suaka la... sweden bg... kira pati gak ke...
ADVERTISEMENT