Buat renungan, mengapa masih ada pemikiran begini di Malaysia?
Isu ini bukan isu baru, walaupun agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia, namun rata-rata penguatkuasaan undang-undang islam untuk orang islam masih dilihat keterbelakang. Terbaharu, kes anak pelakon lelaki terkenal Rosyam Nor, turut mengalami nasib yang serupa. Berbekal hanya sekadar ingin mengisi masa lapang sempena cuti sekolah, pelajar lepas SPM itu di arah untuk membuka tudung jika mahu bekerja di salah satu gedung jenama terkenal dunia.
Entah dimana silapnya, mungkin isu ini mendapat perhatian khusus hanya kerana adik tersebut anak pelakon terkenal, jika perempuan itu anak pemandu bas? Bagaimana? LadyLista faham, nasib manusia tidak sama namun perkara sebegini yang mungkin akan mengubah identiti setiap wanita di masa akan datang. Mungkin yang mencari kerja itu terdesak ingin meringakan beban keluarga, ditambah pula dengan kesukaran mencari kerja zaman sekarang, jangan lah ada pihak yang mengambil kesempatan. Jika kita lihat, di negara maju di luar sana, mereka lebih menghormati agama orang lain. Mungkin ramai juga yang tidak mempercayai agama di negara Barat namun dengan slogan 'free country' atau 'free to wear anything', mereka lebih terbuka menerima gadis bertudung kerana percaya setiap manusia bebas memilih pakaian yang ingin mereka pakai. |
hawk77 posted on 9-12-2014 04:15 PM
Sebenarnya Mira Kamil tu nak bagitau dia duk obersea 4 taun, uolsss.....
TulenBang posted on 9-12-2014 04:30 PM
aku pun penah cari keje part time dulu kat klcc... tanya kedai sushi king pun derang beramai2 jawab. ...
ADVERTISEMENT