Nelayan rogol anak sendiri dihukum KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan yang bertindak di luar kewarasan dengan merogol anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan dua anak, akhirnya menerima balasan setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan dikenakan 36 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, semalam. Lelaki itu menerima hukuman berkenaan selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merogol mangsa, yang merupakan anak kedua daripada sembilan beradik. Bagi pertuduhan pertama, dia yang tinggal di Marang mengaku salah merogol darah dagingnya sendiri yang ketika itu baru berusia 14 tahun dan sebulan, di dalam semak di belakang sebuah sekolah di Marang, antara jam 1 petang dan 6 petang, pada September 2009. Selain itu, tanpa riak menyesal dia turut mengaku salah mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa di lokasi dan waktu yang sama, pada Disember 2013 yang mana ketika itu mangsa berusia 18 tahun. Dengan itu, dia mengaku salah melakukan perbuatan yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud @ Mamat di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
|
FOTHER-MUCKER posted on 9-12-2014 12:24 PM
Aku tak faham lah bahasa Arab. Afdhol tu apa kebendanya? Bunyi macam panadol je.
lavascience posted on 9-12-2014 12:27 PM
orang tak faham benda2 kecik ni menunjukkan otak dia yg sama kecik.
FOTHER-MUCKER posted on 9-12-2014 12:31 PM
Patutlah lu asik kena buli je kat dalam forum ni. Tak lah cara berforum lebih friendly.
lavascience posted on 9-12-2014 04:46 AM
Congratulations, your article ikang haruang makang anak sendiri has been pushed to portal, rewarde ...
lavascience posted on 9-12-2014 12:27 PM
orang tak faham benda2 kecik ni menunjukkan otak dia yg sama kecik.
ADVERTISEMENT