Dalam melayari kehidupan seharian seorang wanita,adakalanya berlaku pendarahan dari faraj secara tiba-tiba dan merupakan sesuatu yang belum pernah dialami sebelum ini.Apa yang merisaukan mereka adalah keganjilan pendarahan tersebut tidak mengikut aturan biasa sewaktu haid atau nifas. Perkara sebegini selalunya menjadi tanda tanya buat diri mereka.Bukan sahaja gadis remaja malahan seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga tidak terkecuali dari pendarahan yang tidak mengikut kadar waktu yang tetap serta dianggap ganjil.Pendarahan sememangnya membimbangkan setiap wanita tidak kira usia,status atau bangsa. Pendarahan dikatakan ganjil dan paling kerap dialami oleh wanita lazimnya berwarna coklat terang atau gelap.Bagi membantu wanita memahami keadaan ini ,berikut adalah beberapa punca yang boleh menjadi penyebab keluarnya keputihan berwarna coklat. Antara punca-punca keputihan warna coklat
Turun naik hormon
Hormon adalah antara salah satu punca keluarnya keputihan warna coklat apabila seseorang wanita berhenti dari pengambilan pil pencegahan kehamilan.Lazimnya,ini disebabkan oleh perubahan hormon didalam tubuh. Walau bagaimanapun, jika keputihan warna coklat ini berlaku dengan kerap dan ketika itu masih lagi mengamalkan pengambilan pil tersebut, ia boleh menandakan terdapat masalah lain yang mungkin serius.Kelewatan haid
Selalunya, kelewatan haid juga boleh menyebabkan keluarnya keputihan warna coklat selepas kitaran haid tersebut.Ini adalah disebabkan oleh saki baki lapisan tisu endometrium yang tertinggal dan proses pembersihan darah lama serta tisu daripada rahim. Dalam kebanyakan keadaan, ianya tidak perlu dibimbangkan kecuali jika ianya tidak berhenti dan aliran keluar bertambah banyak,maka langkah paling bijak adalah melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital.Pendarahan Implantasi
Jika keputihan warna coklat di kesan 3 hingga 4 minggu selepas kitaran haid terakhir , terutamanya jika baru-baru ini telah terlibat dalam hubungan kelamin tanpa perlindungan atau berhenti mengambil pil pencegahan kehamilan, ianya boleh menandakan pendarahan implantasi atau tanda awal kehamilan. Jangkitan kulat yang berulang
Bagi mereka yang menganggap jangkitan kulat adalah jangkitan biasa dan tidak memudaratkan,ubahlah persepsi tersebut disebabkan antara keputihan warna coklat juga berpunca dari jangkitan kulat yang berulang-ulang apabila tiada keseimbangan bakteria di dalam tubuh.Lazimnya keputihan warna coklat ini disertai dengan rasa sakit, rasa terbakar,sakit ari-ari dan bau yang tidak menyenangkan.Jangkitan ini boleh dirawat dengan anti fungal atau rawatan alternatif herba yang berkesan dan seimbang.Penyakit Radang Pelvik (PID)
Keputihan warna coklat disertai bau yang busuk,sakit abdomen dan sakit ketika hubungan kelamin adalah antara gejala penyakit radang pelvik atau PID yang melibatkan rahim, ovari atau tiub fallopio. Ramai wanita muda mengalami PID disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit kelamin (STD) seperti gonorrhea, ketuat faraj, chlamydia dan sebagainya.Vaginosis bakteria
Jangkitan vaginosis bakteria boleh dirawat dengan bantuan antibiotik atau rawatan alternatif herba.Pesakit biasanya bertindak balas dalam masa hanya beberapa hari rawatan. Jangkitan ini bukan berpunca dari hubungan kelamin tetapi disebabkan oleh sistem imun yang lemah.Pengunaan produk penjagaan dan pH faraj yang tidak sesuai juga boleh menjadi punca ketidakseimbangan bakteria.Kanser serviks
Pendarahan selepas haid yang berlangsung selama lebih tiga kitaran, boleh menjadi sesuatu yang lebih serius daripada keputihan warna coklat yang biasa.Jika mengalami pendarahan atau keputihan warna coklat selepas hubungan kelamin,adalah lebih baik jika dilakukan pemeriksaan di klinik/hospital. |
jihah_kudat posted on 8-12-2014 12:38 PM
hhaa...sebaik gigirl ..ak belom jumpe lagi yg berlumut
belom bertakdir nak terjumpe kot...: ...
jihah_kudat posted on 8-12-2014 12:56 PM
..amek air garam..first time dengar..info yg bernas..
kene basuh sekali berapa kali..time bile ...
bellaa posted on 8-12-2014 12:49 PM
haha.. takot ea..
standed lah pmpn ada keputihan.
manganini posted on 10-12-2014 01:18 AM
Logik kan.. garam kan boleh bunuh bacteria.. pandai org tua zaman dulu..
Kira lebih kurang mcm ...
bellaa posted on 8-12-2014 01:04 PM
selain garam boleh amek daun sireh.
tapi stay bandar nak cari celah mana kan daun sireh?
ADVERTISEMENT