Lambakan Pendatang Benua Afrika Timbulkan Kebimbangan WARGA Afrika melepak bersama rakan di sekitar Taman Connaught, Cheras Kuala Lumpur: Kehadiran pendatang dari benua Afrika di beberapa kawasan tumpuan warga kota menggusarkan rakyat negara ini yang mendakwa pelancong kulit hitam itu sering menyebabkan gangguan ketenteraman awam. Malah dakwa mereka, kumpulan itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan peniaga tempatan dengan gelagat mereka yang kasar dan berperangai liar. Tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan seperti Bandar Sunway, Bukit Bintang dan Taman Suria KLCC mendapati, tidak sukar untuk melihat kelibat awang hitam yang bebas bergerak dalam kumpulan seolah-olah berada di negara mereka. Seorang peniaga restoran di Bukit Bintang yang mahu dikenali sebagai Wong, 41, berkata, bilangan pelancong kulit hitam akan bertambah menjelang larut malam. “Mereka membuat bising sesama sendiri menyebabkan pelanggan saya tidak selesa dan takut untuk berada lama di kedai. “Mabuk dan bergaduh sudah menjadi kebiasaan bagi mereka dan ia akan berlarutan setiap hari menjadikan keadaan di sini tidak tenteram,” katanya. Sementara itu, seorang penduduk di Bandar Sunway Hassan Hamid, 38, berkata kemasukan golongan itu sebagai pelajar dianggap pencetus masalah kepada penduduk tempatan. “Saya khuatir mereka datang ke negara ini dengan niat tidak baik seperti terbabit dengan sindiket dadah, penipuan Internet melalui laman sosial dan merekrut gadis tempatan untuk menjadi keldai dadah termasuk memperdaya golongan wanita menggunakan wang untuk kepentingan sendiri,” katanya. Pandangan sama dikongsi pekerja swasta, Zulkarnain Ishuddin, 27, yang berkata, dia berasa takut untuk berjalan sendirian di kawasan yang lazimnya dipenuhi pendatang dari benua Afrika itu. “Saya pernah datang ke taman rekreasi KLCC pada waktu cuti umum dan terkejut seolah-olah bukan di negara sendiri apabila melihat ia dimonopoli pekerja asing termasuk awang hitam,” katanya. Bagi Zulaiha Md Zain, 26, yang berasal dari Kedah dan kerap datang ke Kuala Lumpur berkata, dia juga takut berdepan dengan kerenah awang hitam setiap kali tiba ke ibu negara. “Saiz badan mereka yang lebih besar daripada lelaki Asia dan suka bercakap kuat menakutkan saya setiap kali berselisih dengan mereka. “Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan berkesan bagi menangani masalah kebanjiran warga kulit hitam itu,” katanya.
|
6
Bagus |
14
Marah |
10
Terkejut |
10
Sedih |
8
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cmf_herrhughie posted on 8-12-2014 03:03 PM
Welcome to malaysia. Remember the secrete: shout ketuanan melayu+islam, and then go register as mela ...
dodolgemok posted on 8-12-2014 04:54 PM
harituh ankel AN kata,kalau majikan(kolej swasta) perlukan 12000 pekerja asing(student asing), keraj ...
cHimo posted on 8-12-2014 05:05 PM
Tak lama lagi ada byk kacukan afrika kat Malaysia .. Dan tak perlu lagi import mat afrika utk jadi p ...
spiderman80 posted on 8-12-2014 05:08 PM
Ok apa? Lain kali Malaysia tidak akan ketandusan pingat emas Olimpik sebab kita ramai wakil pelumb ...
ADVERTISEMENT