CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Benua Tersembunyi' Di Bawah Lautan Pasifik Ditemui Saintis

20-2-2017 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4179| Komen: 17

Description: Baru-baru ini, menurut laporan jurnal Persatuan Geologi Amerika Syarikat, bahawa sekumpulan saintis telah berjaya menemui sebuah benua yang berukuran dua pertiga saiz Australia di bawah permukaan bara ...
Percayakah terdapat benua yang dikatakan tersembunyi tanpa disedari sebelum ini, kini telah ditemui sekumpulan saintis? 

Baru-baru ini, menurut laporan jurnal Persatuan Geologi Amerika Syarikat, bahawa sekumpulan saintis telah berjaya menemui sebuah benua yang berukuran dua pertiga saiz Australia di bawah permukaan barat daya Lautan Pasifik.


Memetik laporan Reuters, benua terbabit mempunyai jisim tanah berkeluasan 4.5 juta kilometer persegi, dengan hanya bahagian tertinggi, New Zealand serta New Caldeonia muncul di permukaannya, manakala 94 peratus keluasannya itu berada di bawah air. 

Menurut ahli geologi di GNS Science di Dunedin, New Zeland, Nick Mortimer,

"Jika kita menarik 'palamnya', ia jelas menunjukkan kewujudan rantaian gunung dan benua berdiri tinggi di atas kerak lautan." 

Jelasnya, granit dari kepulauan sub-antartik berhampiran New Zealand turut ditemui penyelidik pada abad sebelum itu.- CARI


sumber foto: Sinar Harian

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 20-2-2017 11:07 AM
Pelantar Sunda versi NZ.
Quote tripleid 20-2-2017 11:10 AM
bertambah meriahlah bumi.skrg dah ada benua ke8
Quote Simunggu 20-2-2017 11:13 AM
nak claim tanah lah tu...ada minyak kot...
Quote airfilterkotor 20-2-2017 11:15 AM
Pelantar or Pentas Sunda?
Quote TuntungReturn 20-2-2017 11:28 AM
atlantis?
Quote spiderman80 20-2-2017 11:35 AM
Adakah logo rasmi sukan Olimpik akan ditukar nanti?
Quote cmf_conan 20-2-2017 12:18 PM
teringat cerita Waterworld.
Manusia zaman ratusan tahun akan dtang..
hidupnya di lautan, mmg susah nak jumpa darat..
dorang jumpa bandar bawah lautan yg sudah mereput..
Quote Loxlaxman 20-2-2017 12:22 PM
Apakah terdapat ikan Sepat Benua di sana? Dan mungkinkah drama bersiri Cinta Antara Benua akan disambung  pengambaran selepas penemuan terbaru ini..???
Quote bulan_gerhana 20-2-2017 12:53 PM
adakah sebab ini ke new zealand kerap dilanda gempa bumi... rasanya sejak 3 thn kebelakangan ni memang kerap dgr negara kiwi tu kene earthquake.. pergerakan plat bumi ke punca wujudnya benua tersembunyi ni... hurm meriah le sikit
Quote sofiazara 20-2-2017 01:04 PM
pelajaran sains memang sering berevolusi
Quote alinone78 20-2-2017 02:02 PM
ada penghuni tak dalam benua baru ni?
Quote alinone78 20-2-2017 02:02 PM
di mana mermaids berkumpul
syiok la spongebob
Quote epis 20-2-2017 11:31 PM
Apa ciri-ciri utk mengklasifikasikan sesebuah benua itu adalah benua??
Quote mbhcsf 21-2-2017 01:07 AM
wow...interesting discovery. so bila 'benua ' ni tenggelam
sejak bila wujud dan tenggelamnya?
Quote hzln 21-2-2017 05:48 AM
bulan_gerhana replied at 20-2-2017 12:53 PM
adakah sebab ini ke new zealand kerap dilanda gempa bumi... rasanya sejak 3 thn kebelakangan ni mema ...

benua itu mmg sudah sekian lama wujud, spt benua2 lain juga
cuma ditenggelami lautan, yg nampak cuma puncak tertinggi benua itu iaitu new zealand dan new caledonia
walo pun duk bawah laut, ia masih juga di istilahkan sebagai benua sbb struktur geologinya berbeza dgn struktur geologi dasar lautan
Quote amon_79 21-2-2017 08:05 AM
so nk kena tukar ke semua buku teks dn buku rujukan  SPM subjek geografi   nnt dgn penemuan dan info terbaru ni.. ?
Quote rospinki 10-3-2017 12:58 PM
normal la process terciptanya benua baru akibat dari gempa bumi berjuta2 tahun lalu jugak terhasilnya benua besar seperti..dan benua asia.

kalau bckp ngan anak aku sorg tu lagi pandai dia explain dari aku yg kurang membaca ni..dia ckp dulu..sebesar2 dinasour tu berlari tk begoncang pun dunia..apa dia ckp pun aku tk fhm

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.053054 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top