CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Power Bank: Pesaing Xiaomi Ialah Pineng

8-12-2014 11:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5197| Komen: 16

Power Bank: Pesaing Xiaomi Ialah Pineng



Nipis dan mungkin ternipis dalam kelasnya, Xiaomi baru-baru ini telah memperkenalkan siri power bank terbaharu milik mereka yang fokus kepada ketebalan produk berkenaan. Lain daripada konsep biasa yang ada pada kebanyakan power bank dalam pasaran pada hari ini, power bank terbaharu ini hadir dengan rekaaan yang sangat nipis.

Dengan ketebalan sekitar 9.9 milimeter, pengguna boleh memasukkannya ke dalam poket dengan mudah. Selain nipis, power bank dengan kapasiti 5,000 mAh ini juga lebih selamat dengan penggunaan bateri Lithium-ion polymer iaitu salah satu bahan yang dikatakan telah dibuat oleh salah satu pembekal barangan Apple.

Apa yang pasti, dengan kenipisan yang ada padanya, power bank kali ini tampak lebih elegan dan lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana. Selain reka bentuk nipis yang menjadi kelebihan utama, satu lagi kelebihan yang mendapat perhatian adalah harga jualan yang diperkenalkan Xiaomi untuk model baharu kali ini.

Pengguna boleh mendapatkan power bank ini pada harga yang amat rendah iaitu sekitar RM26. Pesaing terdekat untuk model ini ialah model terbaharu Pineng iaitu Pineng 983 yang mempunyai ketebalan sekitar 15 milimeter, namun dilengkapi dengan kuasa lebih besar iaitu 10,000 mAh. Pineng 983 telah pun mula dijual di Malaysia pada harga serendah RM50.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nalis 7-12-2014 08:05 AM
Sib baik pineng... Klu penang, ada kebangga meroyan:lol
Quote Esmiria 7-12-2014 08:11 AM
nalis posted on 7-12-2014 12:05 AM
Sib baik pineng... Klu penang, ada kebangga meroyan:lol

hahaa..betul
Quote mak_wa95 7-12-2014 08:26 AM
nalis posted on 7-12-2014 08:05 AM
Sib baik pineng... Klu penang, ada kebangga meroyan:lol

tulisan boleh nmpk perbezaann antara kedua2nya tapi kalau sebutan,macamana nak sebut
Quote nalis 7-12-2014 08:34 AM
mak_wa95 posted on 7-12-2014 08:26 AM
tulisan boleh nmpk perbezaann antara kedua2nya tapi kalau sebutan,macamana nak sebut

Tak pasti camne sebytan yg betul utk pineng. Adakah neng mcm nang as in penang atau neng as teng in tengkuk
Quote mak_wa95 7-12-2014 08:39 AM
nalis posted on 7-12-2014 08:34 AM
Tak pasti camne sebytan yg betul utk pineng. Adakah neng mcm nang as in penang atau neng as teng i ...

penang,kita xsebut nang,kita sebut neng..kecuali kita sebut pulau pinang adala nang di situ..keliru..satu lagi buah pinang..xpe lah buah pinang tu jarang d guna..
Quote mattzzx 7-12-2014 11:27 AM
Power bank dah semakin murah....
Quote ejans 7-12-2014 11:33 AM
Aku de 3 power bank. Tiga2 x guna. Mls nak ngecas .charger de 1. Aku nl cas henpon ppn xde masa. Alangkan nk cas powrr bank
Quote pooh~key 7-12-2014 11:55 AM
ejans posted on 7-12-2014 11:33 AM
Aku de 3 power bank. Tiga2 x guna. Mls nak ngecas .charger de 1. Aku nl cas henpon ppn xde masa. Ala ...

apa kata kau sedekahkan je powerbank yang kau tak guna tu.
Quote mattzzx 7-12-2014 11:58 AM
Kenapa kat website pineng malaysia harganya RM95?
Quote airfilterkotor 7-12-2014 07:57 PM
Pulau Pinang dalam englishnyer di sebut Pineng Island kannn...?

Kebangga aku kejap.
Quote boria 11-12-2014 11:55 PM
tenggah godek website ni jual murah tapi ok ker?http://www.wintel2u.com/collections/power-banknew-arrival
Quote Mary_jane 12-12-2014 12:11 AM
Pineng nye powerbank besar/berat mgalahkan wallet. Nsb lah pakai fon yg telan bateri tiap saat
Quote myvios 12-12-2014 12:13 AM
5000 mah je, patut la nipis...
Quote dani-rox 12-12-2014 12:15 AM
konfius jap psl sebutan pineng nih... e taling atau e pepet
Quote raxief 12-12-2014 12:29 AM
5000 mAh nipis x heran la, ingatkan 20000 mAh
Quote miss_bear 12-12-2014 01:21 AM
tunjuk sket gambar 5000mah yang nipis tu..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.043014 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top