CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gelora Muda ‘Atuk Miang’

8-12-2014 11:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6557| Komen: 30

Gelora Muda ‘Atuk Miang’


Betong: Kubur kata mari rumah kata nanti, namun jiwa muda segelintir lelaki tua rakyat Malaysia yang purata umur menjangkau 70-an menyebabkan ‘kelab tarian bogel’ di pekan Betong, Thailand di sini, tidak pernah sunyi daripada dikunjungi golongan ini.

Lebih memalukan, kewujudan Masjid Jamek Al Mahadi yang terletak kurang 200 meter dari pusat maksiat ini tidak sedikitpun mencetuskan rasa malu dalam kalangan pengunjung beragama Islam ini.

Kumpulan lelaki warga emas yang datang berlibur ini didapati kerap memenuhi pusat hiburan sekitar Jalan Chayachawalit, Jalan Mongkolprachak dan Jalan Grandvilla 2 di sini, yang menawarkan tarian bogel serta joget tiang kepada pengunjung.

Pusat hiburan mendapat jolokan ‘kelab atuk nakal’ ini berbeza dari pusat tarian bogel di Hatyai atau Bangkok, Thailand, berikutan ia membenarkan pelanggan menyaksikan tarian bogel pada jarak dekat dengan pentas atau tiang persembahan.

Suasana ini, sekali gus dianggap istimewa berikutan pengunjung lelaki boleh menyentuh penari atau melihat persembahan maksiat daripada dekat.

Ini menyebabkan lokasi pusat hiburan pernah dijadikan sasaran bom jangka puak pemisah Islam di Selatan Thailand pada 25 Julai lalu terus dikunjungi lelaki warga Malaysia tanpa rasa gusar.

Tinjauan wartawan Metro Ahad selama tiga hari mendapati rata-rata pusat hiburan maksiat ini dipenuhi lelaki Malaysia seawal jam 3 petang saban hari.

Antara pusat maksiat popular dalam kalangan pengunjung warga Malaysia di sini adalah Jockey Club, Gala, Sexy Dance dan Disko 008.

Kebanyakan kelab tarian berahi ini didapati menyediakan sehingga 30 penari bogel pada satu-satu masa.

Wanita terbabit akan menari secara bergilir-gilir di atas pentas sambil diiringi muzik rancak manakala sebahagian lagi rakan mereka melayan pelanggan yang mengerumuni pusat hiburan itu.

Seorang lelaki warga emas yang ditemui wartawan berkata, dia sering datang ke Betong bersama tiga rakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

“Kami bukan buat dosa teguk arak macam orang lain. Datang cuci mata tengok perempuan seksi di sini...cuma dosa ringan.

“Tak mahal pun, tiada caj masuk kelab, cuma bayar air Coke segelas dengan harga Baht 100 (RM10) kemudian boleh duduk tengok show sampai puas,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 71.

Peraih getah berasal dari Gerik, Perak itu berkata, pertunjukan tarian tiang atau ‘tiger show’ itu bermula seawal jam 3 petang hingga 11 malam.

“Jadi kami tak perlu tidur di Betong. Masuk sekejap untuk tengok show dan balik ke Malaysia sebelum pintu Kompleks Imigresen Bukit Berapit di Pengkalan Hulu ditutup,” katanya.

Seorang lagi warga emas yang hanya mahu dikenali sebagai Halim, 65, berkata, lokasi pusat hiburan di Betong kini kian meriah berbanding lima tahun lalu.

“Dulu (pusat hiburan) di Betong lengang dan terkawal, namun sekarang terlalu ramai pengunjung dari Kedah dan Kuala Lumpur terutama ketika hujung minggu.

“Terasa rimas sebab semua pusat hiburan dan tarian bogel berasak-asak dengan pelanggan lain,” katanya yang bekerja sebagai pemandu teksi.

2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PenjualAPAD 7-12-2014 11:40 AM
siap bgtau nama kelab, pasni makin ramai la sebab dapat publisiti, adoii kalau yang kes2 lain tau plak censor nama bia pembaca tertanya2, tang yang nie hamek kauu, sib baik xbagi tag lokasi terus mmwahahha
Quote mattzzx 7-12-2014 11:56 AM
Promosi percuma tu....
Quote lavabaik 7-12-2014 12:02 PM
PenjualAPAD posted on 7-12-2014 11:40 AM
siap bgtau nama kelab, pasni makin ramai la sebab dapat publisiti, adoii kalau yang kes2 lain tau pl ...

lokasi 200 meter dari Masjid Jamek Al Mahadi betong...

lain kali baca biar faham baru komen...



Quote PenjualAPAD 7-12-2014 12:05 PM
lavabaik posted on 7-12-2014 12:02 PM
lokasi 200 meter dari Masjid Jamek Al Mahadi betong...

lain kali baca biar faham ba ...

baca tajuk terus komen baru bleh jadi kebod warriaaarrrrrrr
Quote Decaffeinated 7-12-2014 12:13 PM
PenjualAPAD posted on 7-12-2014 11:40 AM
siap bgtau nama kelab, pasni makin ramai la sebab dapat publisiti, adoii kalau yang kes2 lain tau pl ...

makes no diff sebenarnya sebut nama ka x.

it's not like it is an underground thing or pekan Betong itu sebesar alam

Quote nurul_akmar 7-12-2014 12:17 PM
kalau kena bom lg, alangkah malunya family2 mereka
Quote chinta89 7-12-2014 01:24 PM
woww... atuk2 tak ingat mati!
Quote setokinpurple 7-12-2014 01:28 PM
Mohon mati terus kat sana.. Dah tua2 buat amal ibadat bkn buat maksiat
Quote eizzlin 7-12-2014 01:42 PM
Kat kmpg suami kan kat grik, dlm kmpg tu da bbrp org tua umur dlm 50an kena aids...kesian kan..kejernyer ulang alik betong je..takkan tgk je..mesti teringin jgk kn..balasan Allah byr cash di dunia..
Quote Modngengade 7-12-2014 01:43 PM
Atok2 kesepian
Quote MissNigga 7-12-2014 02:23 PM
dosa ringan jer ..........
Quote mattzzx 7-12-2014 05:40 PM
Atuk2 kegersangan....
Quote Mary_jane 7-12-2014 05:56 PM
Tiger show
Quote bungarose 7-12-2014 06:01 PM
bapaknya da berperangai sebegitu jahat......bayangkanlah anaknya pulak.
tak mustahil majoriti melayu adalah anak2 tak sah taraf 10 -20 thn lg.
Quote ladyxez 7-12-2014 06:09 PM
Dosa ringan je
Hampeh ko tok
Quote Knowlee 8-12-2014 01:10 PM
"...cuma dosa ringan..."

senangnya dia cakap. dibuatnya Malaikat Maut tarik nyawa dlm tempat tu....
Quote izabellemylia 8-12-2014 01:38 PM
atuk2 kehausssann...
Quote bangcak 8-12-2014 01:52 PM
kalu warga pencen (contohnya pencen tm) bleh join da club tak??
Quote qronaldo7 8-12-2014 01:56 PM
Mary_jane posted on 7-12-2014 05:56 PM
Tiger show

teringin gk nk tgk live.. bese dlm video jek

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052205 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top