CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kediaman Baru Akan Ada Unifi 5mbps Percuma

5-12-2014 05:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5364| Komen: 36

Kediaman Baru Akan Ada Unifi 5mbps Percuma


SEREMBAN 25 Nov. – Kira-kira 1,579 unit kediaman sekitar Putra Nilai, dekat sini bakal menikmati perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) secara percuma selama dua tahun menerusi kerjasama antara Telokom Malaysia Berhad (TM) bersama syarikat pemaju hartanah, Putra Nilai Development Sdn Bhd, di sini hari ini.

Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Ramlan Omar berkata, inisiatif itu dijalankan menerusi pemeteraian tiga Perjanjian Perkhidmatan antara TM dan syarikat pemaju hartanah ber-kenaan.

“Kerjasama ini bakal menyaksikan TM menyediakan infrastruktur rangkaian HSBB kepada kediaman yang dimajukan oleh Putra Nilai Development meliputi projek perumahan Alpinia, Amallis dan Damai Florestar.

“Kemudahan yang disediakan oleh TM ini membolehkan semua pemilik rumah baharu mendapat sambungan segera apabila berpindah masuk ke rumah mereka,” katanya pada majlis pemeteraian perjanjian tersebut di Nilai Spring Golf Resort, di Nilai, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif Putra Nilai Development, Tan Sri Dr. Gan Kong Seng; Pengarah Kumpulan Urusan Kumpulan Nilai Resources Sdn. Bhd, Datuk Gan Eng Hong dan Presiden Jualan, Pelanggan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana TM, Khaidir Elias.

Ramlan berkata, pembeli rumah fasa pembangunan baharu Putra Nilai akan menikmati perkhidmatan UniFi TM berkelajuan 5 Megabait sesaat (Mbps) secara percuma sehingga dua tahun.

“Kami memahami keperluan untuk memiliki infrastruktur te-lekomunikasi yang terkini serta perkhidmatan internet berkelajuan tinggi kepada setiap pemilik rumah masa kini.

“Maka, penduduk dan pemilik premis di kawasan berkenaan berupaya memanfaatkan aplikasi digital menggunakan HSSB TM sekali gus meningkatkan pengalaman internet mereka dengan konsep Rumah Pintar,” katanya.

Sementara itu, Eng Hong memberitahu, pihaknya komited dalam menyediakan pembangunan rumah pintar berkualiti tinggi.

“Kami bukan hanya menawarkan rumah berkualiti tinggi malah gaya hidup bernilai tambah kepada pembeli kami.

“Kerjasama yang terjalin hari ini akan membuka ruang untuk meningkatkan tahap penembusan internet di kawasan bandar di ne-geri ini,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote psychobubble 4-12-2014 03:36 PM
waaaa bestnye 5mb tuh
Telokom Malaysia Berhad tu kampeni br ke
Quote flying_cow 4-12-2014 03:40 PM
Eleh bukannya free, tapi kosnya dah dimasukkan ke dalam harga jualan hartanah.
Quote MengkuduMasam 4-12-2014 03:42 PM
under Smartparnership program nih...

ex-boss aku...
Quote saladin780 4-12-2014 03:43 PM
flying_cow posted on 4-12-2014 03:40 PM
Eleh bukannya free, tapi kosnya dah dimasukkan ke dalam harga jualan hartanah.

Kann..baru nak cakap..harusla dimasukkan skali dlm harga rumah..xde nya tm nk kasik free2
Quote slyfynx 4-12-2014 03:43 PM
SEREMBAN 25 Nov. – Kira-kira 1,579 unit kediaman sekitar Putra Nilai, dekat sini bakal menikmati perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) secara percuma selama dua tahun menerusi kerjasama antara Telokom Malaysia Berhad (TM) bersama syarikat pemaju hartanah, Putra Nilai Development Sdn Bhd, di sini hari ini.


Elok la TELO kom
Quote AbukRokok 4-12-2014 04:28 PM
harap dengan adanya Telo kom....persaingan semakin sengit untuk kebaikan konsumer
Quote izabellemylia 4-12-2014 04:32 PM
TELOKOM.....
Quote kentel 4-12-2014 05:01 PM
hahaha...but*h!!! gombak pun x habis masuk lagi...sibuk nak pegi sana2..hahaha
Quote mrseller 4-12-2014 05:03 PM
Weh kencin pun bayaq hampa mau free. Puii
Quote kejoraria 4-12-2014 05:17 PM
saladin780 posted on 4-12-2014 03:43 PM
Kann..baru nak cakap..harusla dimasukkan skali dlm harga rumah..xde nya tm nk kasik free2

susah nk jumpa benda free kat Msia skrg ni
Quote saladin780 4-12-2014 06:41 PM
kejoraria posted on 4-12-2014 05:17 PM
susah nk jumpa benda free kat Msia skrg ni

Kan..tgk 2 tahun 'free' tu nampak sangat ikut kontrak tm..muahaha
Quote Muntz 4-12-2014 06:44 PM
Skarang pakai Celcom 4G LTE lagi berdesup laju. Sayang pakai kuota jah.
Quote Mary_jane 4-12-2014 07:00 PM
Typo ke tu? Tele jadik telo
Quote boyagombak 4-12-2014 07:05 PM
Mari kita pakat2 berkuntum dekat Putra Nilai uk menekmati wifi percuma hadiah dari TELO KOM.
So nanti kalau dapat password tu, silalah share sama2 ya
Quote yellowfin 4-12-2014 07:44 PM
AbukRokok posted on 4-12-2014 04:28 PM
harap dengan adanya Telo kom....persaingan semakin sengit untuk kebaikan konsumer

kalo btul2 la free aku rasa TELOKOM ni bole jadi TELOKOP la lepas 2 tahun..
Quote dauswq 4-12-2014 07:48 PM
Muntz posted on 4-12-2014 06:44 PM
Skarang pakai Celcom 4G LTE lagi berdesup laju. Sayang pakai kuota jah.

serious laju?
maxis sgt lembap :nanges:
Quote Acong 4-12-2014 08:07 PM
saladin780 posted on 4-12-2014 03:43 PM
Kann..baru nak cakap..harusla dimasukkan skali dlm harga rumah..xde nya tm nk kasik free2

tau takpe..............
Quote Modngengade 4-12-2014 08:43 PM
Memang dh termasuk dlm harga rumah...penipuan semua tu
Quote tungkai 4-12-2014 09:47 PM
TELOKOM tu company cap apa..?? wahahahaha...

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.041726 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top