Negara 'Akan' Bebas PATI Menjelang 2020 - Imigresen
Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan) Datuk Sakib Kusmi berkata pihaknya juga meletakkan matlamat mencapai tahap sifar PATI dengan memperkemaskan penguatkuasaan di semua pintu sempadan tanah air. Justeru, katanya bagi mencapai sasaran itu, perancangan enam tahun akan datang akan turut melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi bersepadu banteras PATI. "Selain itu, imigresen juga akan menimbang semula pelaksanaan program pengusiran seperti 3+1 yang didapati berkesan. "Apa yang penting sekarang ialah menghalang kemasukan PATI daripada memasuki negara ini secara tidak sah," katanya kepada Bernama dalam temuramah baru-baru ini. Program 3+1 merujuk kepada program serah diri sukarela yang melibatkan sama ada majikan sendiri menyerahkan PATI atau PATI menyerah diri kepada pihak berkuasa. Menurut Sakib, komitmen dan integriti semua agensi penguat kuasa yang mengawal kawasan sempadan darat dan laut juga perlu dipertingkatkan bagi memastikan negara ini bebas sepenuhnya daripada PATI. Bagi laluan udara, beliau berkata usaha memperketat dan mengukuhkan sistem pengurusan kemasukan dibuat melalui pintu masuk setiap lapangan terbang seluruh negara. "Pendekatan yang lembut ialah menempatkan pegawai-pegawai imigresen yang berintegriti tinggi di kawasan yang dikesan 'hotspot', juga pertukaran pegawai akan dilakukan dengan lebih rapi serta mengikut jadual yang ditetapkan," katanya. Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai penghantaran PATI ke negara asal mereka, Sakib berkata pihaknya akan membuat penghantaran secara berperingkat dan ia mengambil masa. "Ini kerana tempoh penghantaran PATI sukar untuk ditetapkan atas beberapa faktor, antaranya adalah menentukan status kewarganegaraan mereka dengan kedutaan negara masing-masing dan kos penghantaran pulang," katanya. Menurut Sakib, PATI akan dihantar pulang setelah urusan pendokumentasian selesai manakala bagi PATI yang menyerah diri secara sukarela urusan pengusiran adalah lebih mudah dan cepat. "Imigresen kini sedang berusaha untuk memastikan PATI dapat diusir secepat mungkin dan akan mengenakan tindakan tegas kepada PATI serta majikan yang masih melindungi PATI selepas tamat tempoh program 3+1 pada 31 Dis ini," katanya. Menurut Sakib, jumlah PATI yang menetap secara haram dalam negara ini, dianggarkan mencecah hampir 2.5 juta di seluruh negara berdasarkan analisis yang dibuat imigresen
|
2
Bagus |
7
Marah |
2
Terkejut |
6
Sedih |
28
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zeed posted on 4-12-2014 04:32 PM
sri muda tu hot spot PATI.. kebanyakan takde permit pastu keje pakai ic palsu.. cip tu potong dari s ...
dino posted on 4-12-2014 04:39 PM
tu la mslnya pati tu sendiri dilindungi puak ni.... lg ade hati mau sembang
zeed posted on 4-12-2014 04:45 PM
hahah memang.. imigresen pon satu.. bulan 4 hari tu ada minah PATI balik pastu kena penjara se ...
harimau76 posted on 4-12-2014 04:55 PM
jgn la setakat ckp besaq jah.. org dah tak percaya dah.. amik tindakan dolu baru cerita... andaikata ...
ADVERTISEMENT