View: 5783|Reply: 68
|
[Tempatan]
Negara 'akan' bebas PATI menjelang 2020 - Imigresen
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menyasarkan Malaysia bebas daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) menjelang tahun 2020.
Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan) Datuk Sakib Kusmi berkata pihaknya juga meletakkan matlamat mencapai tahap sifar PATI dengan memperkemaskan penguatkuasaan di semua pintu sempadan tanah air.
Justeru, katanya bagi mencapai sasaran itu, perancangan enam tahun akan datang akan turut melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi bersepadu banteras PATI.
"Selain itu, imigresen juga akan menimbang semula pelaksanaan program pengusiran seperti 3+1 yang didapati berkesan.
"Apa yang penting sekarang ialah menghalang kemasukan PATI daripada memasuki negara ini secara tidak sah," katanya kepada Bernama dalam temuramah baru-baru ini.
Program 3+1 merujuk kepada program serah diri sukarela yang melibatkan sama ada majikan sendiri menyerahkan PATI atau PATI menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Menurut Sakib, komitmen dan integriti semua agensi penguat kuasa yang mengawal kawasan sempadan darat dan laut juga perlu dipertingkatkan bagi memastikan negara ini bebas sepenuhnya daripada PATI.
Bagi laluan udara, beliau berkata usaha memperketat dan mengukuhkan sistem pengurusan kemasukan dibuat melalui pintu masuk setiap lapangan terbang seluruh negara.
"Pendekatan yang lembut ialah menempatkan pegawai-pegawai imigresen yang berintegriti tinggi di kawasan yang dikesan 'hotspot', juga pertukaran pegawai akan dilakukan dengan lebih rapi serta mengikut jadual yang ditetapkan," katanya.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai penghantaran PATI ke negara asal mereka, Sakib berkata pihaknya akan membuat penghantaran secara berperingkat dan ia mengambil masa.
"Ini kerana tempoh penghantaran PATI sukar untuk ditetapkan atas beberapa faktor, antaranya adalah menentukan status kewarganegaraan mereka dengan kedutaan negara masing-masing dan kos penghantaran pulang," katanya.
Menurut Sakib, PATI akan dihantar pulang setelah urusan pendokumentasian selesai manakala bagi PATI yang menyerah diri secara sukarela urusan pengusiran adalah lebih mudah dan cepat.
"Imigresen kini sedang berusaha untuk memastikan PATI dapat diusir secepat mungkin dan akan mengenakan tindakan tegas kepada PATI serta majikan yang masih melindungi PATI selepas tamat tempoh program 3+1 pada 31 Dis ini," katanya.
Menurut Sakib, jumlah PATI yang menetap secara haram dalam negara ini, dianggarkan mencecah hampir 2.5 juta di seluruh negara berdasarkan analisis yang dibuat imigresen
|
|
|
|
|
|
|
|
mana taknya...PATI skg dah jadi warganegara...org tampatan...betulkah OMjualgas?? |
|
|
|
|
|
|
|
Yes! Melayu semakin bertambah |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh...usirlah bnyk mana pun.
Pastu korang jugak yg bawak masuk balik. Kalau PATI yg terlepas masuk sempadan sbb perairan x dijaga bolehlah disalahkan apmm sume tu.
Abis, pelancong yg x de kualiti & berpotensi jadi PATI tu apasal dibenarkan masuk
VOA utk Indonesia. Dah sah2 80% akan jadi PATI, takkan tak perasan kot. Takde mekanisma tapisan ke?
Kalau negara2 lain yg perlu visa mcm India, Bangla, Pakistan,China,Vietnam...mcmmana kriteria meluluskan visa?
Senang2 jer bagi lulus stlh mengetahui kebarangkalian tinggi akan jadi PATI?
|
|
|
|
|
|
|
|
4 tahun aje lagi, yakin benor malaysia boleh bebas PATI |
|
|
|
|
|
|
|
Wow hebat. Amerika pun tak mampu buat negara mereka bebas PATI. |
|
|
|
|
|
|
|
PATI semua akan bertukar jadi warganegara |
|
|
|
|
|
|
|
sri muda tu hot spot PATI.. kebanyakan takde permit pastu keje pakai ic palsu.. cip tu potong dari simkad je.. PATI sendiri cite kat aku.. hahahha...polis pon tau mana PATI mana tak.. agak2 sesak sebelum gaji.. tahan la PATI.. masuk lokap.. pastu majikan mintak lepas bayar la duit.. lepas la diorg.. kisah benar lagi membenarkan.. aku memang benci PATI.. sebab tak ikut undang-unadng Negara orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
baca boleh percaya jangan |
|
|
|
|
|
|
|
zeed posted on 4-12-2014 04:32 PM
sri muda tu hot spot PATI.. kebanyakan takde permit pastu keje pakai ic palsu.. cip tu potong dari s ...
tu la mslnya pati tu sendiri dilindungi puak ni.... lg ade hati mau sembang
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah mila dah kanji manismu...kalau ikut taqliq dah lama cerai...dgn kanji badan kerajaan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 4-12-2014 04:39 PM
tu la mslnya pati tu sendiri dilindungi puak ni.... lg ade hati mau sembang
hahah memang.. imigresen pon satu.. bulan 4 hari tu ada minah PATI balik pastu kena penjara sebab permit mati.. bulan 7 cuba masuk ikut port klang.. port klang reject.. bulan 10 masuk ikut johor dari lepas pulak.. dah bayar sama imigresen johor.. kisah benar lagi membenarkan jugak.. bulan buat cerita.. port PATI yang aku konfem.. klang, sri muda, nilai, sungai buloh.. memang berjuta-juta diorg kat malaysia ni..dah la tak bayar cukai.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang la...sebab semua pati dah upgrade jadi warga negara... |
|
|
|
|
|
|
|
zeed posted on 4-12-2014 04:45 PM
hahah memang.. imigresen pon satu.. bulan 4 hari tu ada minah PATI balik pastu kena penjara se ...
Bab cukai tuh la plg sakit hati. Sedap2 jer guna segala mala kemudahan kat negara ni. Kita nih mcm nak mati kena bayar cukai. Brim mmg jauh la nk dpt.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pati dh upgrade jadik warganegara, haruslah bebas pati. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn la setakat ckp besaq jah.. org dah tak percaya dah.. amik tindakan dolu baru cerita... andaikata target nak hapuskan PATI 2020, skrg dah nak kena mula.. bukan tunggu Disember 2020 baru nak mula... |
|
|
|
|
|
|
|
harimau76 posted on 4-12-2014 04:55 PM
jgn la setakat ckp besaq jah.. org dah tak percaya dah.. amik tindakan dolu baru cerita... andaikata ...
Sembang kedai kopi . ckp dentam dentum.action xde |
|
|
|
|
|
|
|
Yeah, moga2 semua pati dah jadi melayu bumuputera,Alhamdullilah |
|
|
|
|
|
|
|
apa korang merepek imigresen.pati dkt jln dusun n belimbing di meru belambakkkk |
|
|
|
|
|
|
| |
|