CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemohon Br1m Serbu Pejabat Lhdn !

2-12-2014 05:38 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9537| Komen: 57

Pemohon Br1m Serbu Pejabat Lhdn !

Berduyun-duyun orang berdiri dalam barisan di luar pejabat LHDN di Beach Street, George Town.



PETALING JAYA: Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara penuh sesak dengan orang ramai yang tidak sabar untuk membuat permohonan bagi mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebaik sahaja borang bantuan tunai itu mula diagihkan.

Pegawai Perhubungan Awam LHDN Masrun Maslin berkata pejabat LHDN seluruh negara telah membuka kaunter khas untuk memberi perkhidmatan kepada pemohon BR1M.

"Ia merupakan perkara biasa apabila pejabat kami sesak seperti ini pada hari pertama setiap bulan dan kami bersedia untuk melayan mereka. Namun, kami menggalakkan pemohon BR1M menggunakan sistem permohonan secara dalam talian, " katanya.

Di Taiping, Perak, orang ramai beratur seawal jam 7.30 pagi, menyaksikan barisan di sepanjang jalan di luar dan sekitar bangunan pejabat LHDN, manakala di Kota Baru, kaunter khas telah dibuka di hadapan bangunan pejabat.

Barisan panjang juga dilihat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Perlis dan Kedah.

Mengenai jumlah kaunter khas untuk BR1M, Masrun berkata terdapat kira-kira 10 hingga 20 kaunter khas di setiap cawangan, bergantung kepada bilangan pemohon yang dijangka.

Permohonan untuk BR1M akan dibuka sehingga 31 Disember dan borang-borang boleh dikembalikan ke cawangan LHDN, pusat khidmat hasil, UTC atau pejabat-pejabat daerah.

Bagaimanpun, Masrun, amat mengesyorkan agar pemohon masuk ke portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri di https/: ebr1m.hasil.gov.my untuk proses permohonan yang lebih mudah.

BR1M akan dibayar tiga kali setahun bagi penerima isi rumah, dan hanya sekali untuk penerima individu. Bagi individu yang mempunyai pendapatan di bawah RM2000, RM350 akan dibayar bermula 28 Januari 2015.

Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke bawah, bayaran pertama sebanyak RM300 akan diberikan pada 28 Januari, RM300 pada 28 Mei dan RM350 pada 28 September.

Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,001 ke RM4,000, pembayaran pertama sebanyak RM200 akan dibuat pada pada 28 Januari, RM200 pada 28 Mei dan RM350 pada 28 September.

Di George Town, orang ramai tiba beramai-ramai untuk menyerahkan borang BR1M mereka di pejabat LHDN di Dewan Perniagaan Melayu.

Barisan sepanjang 100m panjang menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana di situ terdapat kenderaan  yang menurunkan dan mengambil penumpang di Beach Street.

Beberapa pegawai LHDN berada di sekitar kawasan, mengedarkan borang dan melayan pertanyaan.

Pemohon kali pertama Chong Kooi Gek, 82, yang datang dengan rakannya Goh Siew Khim, 60, berkata: "Oleh kerana anak perempuan saya sedang bercuti, saya datang dengan segera untuk menyelesaikan dokumen. Lebih awal adalah lebih baik.

"Kawan saya datang bersama-sama kerana ini adalah kali pertama dia memohon dan dia tidak pasti bagaimana untuk melakukannya."

17

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 2-12-2014 03:28 PM
saya pun mau apply....pok kerajan silap .....
Quote sepiITUindah 2-12-2014 03:29 PM
cam tak ade hari lain
cam ler terus dapat cash
Quote shernazz 2-12-2014 03:30 PM
Kayo pakcik..kayoooo:lol
Quote zach2008 2-12-2014 03:31 PM
Broooooommmm... Briiimmmm.
BN menang lagi kot.
Quote jejaka00 2-12-2014 03:31 PM
Untung la dpt BR1M        
Quote dubuk 2-12-2014 03:31 PM
ringgit sudah jatuh

BR1M naik tak
Quote gekkou 2-12-2014 03:32 PM
aku try usha ke portal BR1M  https/: ebr1m.hasil.gov.my

ini yg aku dapat
The service is unavailable.

kena 100 kali refresh dpt la buka page ko nak tu
tp bila nk ke next page keluar lagi
The service is unavailable.

so kn refresh 100 kali lagi

Quote GhostWalking 2-12-2014 03:34 PM
bukan main ramai lagi beratur
Quote namirulmukminin 2-12-2014 03:34 PM


Apasal muka2 KIASU je yang hadap duit BRIM ni??
Quote Modngengade 2-12-2014 03:46 PM
bukan boleh apply online ker?
Quote Artemesiaa 2-12-2014 03:50 PM
Macam semut menghurung gula
Quote Muntz 2-12-2014 03:57 PM
Siapa taknak duit kan. Sepatutnya bagi jah kepada semua rakyat Malaysia, tak perlu kira gaji maksimum bagai sangat.
Quote lindarafee 2-12-2014 04:00 PM
cuba lagi tengah bulan ni ye. masa tu x de org dah
Quote sepiITUindah 2-12-2014 04:00 PM
Artemesiaa posted on 2-12-2014 03:50 PM
Macam semut menghurung gula

macam ayam ditabur padi

Quote magnus 2-12-2014 04:01 PM
Byk tu 950 and 750
Quote atira 2-12-2014 04:02 PM
yg mintak ni mmg declare pendapatan depa kat lhdn lah kan...
aku jumpa ramai peniaga2 tepi jalan tak nak mintak pon brim.. sbb tak nak gi lhdn declare income depa
Quote rospinki 2-12-2014 04:03 PM
aku ni ketegori miskin..tpi nape tak dapt brim
Quote buzzin_urban 2-12-2014 04:03 PM
namirulmukminin posted on 2-12-2014 03:34 PM
Apasal muka2 KIASU je yang hadap duit BRIM ni??

Dierang kan PANTANG benda2 free dierang sukaaaaaa.......
Quote zulka 2-12-2014 04:05 PM
sepiITUindah posted on 2-12-2014 04:00 PM
macam ayam ditabur padi

macam ikan ditabur dedak...

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.079807 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top