Pesona Juhi Chawla WANITA jelita ini mula menguasai skrin Bollywood pada pertengahan 1980-an setelah menjadi Ratu India pada 1984. Karakternya yang sangat ceria ditambah pula dengan lesung pipit membuatkannya kelihatan lebih menawan sewaktu tersenyum. Dek personalitinya itu, maka tidak hairanlah apabila Juhi Chawla sering diberi kepercayaan untuk membawakan peranan heroin, sama ada melibatkan watak air mata atau gila-gila. Lihat saja penampilan isteri Jay Mehta ini menerusi pelbagai filemnya seperti Oayamat Se Oayamat Tak (1984), Kannada (1988), Pratibandh (1990), Bol Radha Bold an Hum Hain Rahi Pyar Ke (1992), Ram Jaane (1995), Yes Boss (1997), Deewana Mastana (1997), Isha (1997) dan Duplicate (1998). Tidak cukup dengan itu, Juhi masih lagi memainkan peranan sama menerusi filemnya yang lain seperti Phir Bhi Dil Hai Hindustani (2000), One 2 Ka 4 (2001), Paheli (2005), Om Shanti Om (2007), Krazzy4 (2008), Bhoothnath (2008), Kismat Konnection (2008), Luck By Chance (2009), I Am (2010) dan Bombay Talkies (2013). Malah, penampilan yang cemerlang dalam setiap filemnya, membolehkan dia memenangi beberapa anugerah seperti Filmfare Best Actress Award dan Filmfare Best Movie Award. Setelah selesa memegang watak ‘baik-baik’, Juhi akhirnya nekad mencabar diri untuk menjayakan watak antagonis pertamanya menerusi filem Gulaab Gang, pada awal tahun ini. Kata Juhi, dia pernah meminta penulis skrip filem berkenaan merombak semula jalan cerita kerana tidak yakin akan kemampuan dirinya. "Pada mulanya, saya memang tidak selesa untuk membawakan watak antagonis. "Tapi, selepas beberapa sesi latihan, saya mula yakin dan suka akan watak antagonis dan apabila melihat hasilnya saya terkejut kerana mampu melakukannya," katanya kepada Zee News. Setelah beberapa lama berlakon, Juhi yang juga seorang pengacara akhirnya muncul sebagai penerbit apabila menubuhkan syarikat produksi Dreamz Unlimited (kini dikenali sebagai Red Chillies Entertainment) bersama-sama rakan karibnya, Shah Rukh Khan dan Aziz Mirza. Setakat ini, syarikat produksi mereka telah menerbitkan filem Phir Bhi Dil Hai Hindustani (2000), Asoka (2001) dan Chalte Chalte (2003). Beralih ke Hollywood? Dalam perkembangan lain, anak kelahiran Ambala, Haryana, India itu bakal tampil dalam filem Hollywood, The Hundred- Foot Journey. Filem arahan Lasse Hallstrom itu adalah adaptasi daripada novel berjudul sama tulisan Richard C Morias dan mempertaruhkan bakat lakonan Juhi, Helen Mirren, Manish Dayal, Om Puri dan Charlotte Le Bon. Biarpun hanya tampil dalam dua adegan, namun Juhi sangat berbangga apabila dipilih membintangi filem ini. Begitu pun, dia tidak merasakan filem ini adalah pengenalannya kepada dunia lakonan di Hollywood. "Saya hanya bertindak sebagai 'cameo'. Ini bukanlah langkah untuk saya ke Hollywood. "Saya ada dalam babak pengenalan tersebut hanya untuk tempoh dua minit,” katanya pada PTI. The Hundred-Foot Journey mengisahkan satu keluarga India yang telah berpindah ke selatan Perancis untuk membuka sebuah restoran India berhadapan dengan lokasi restoran Perancis mewah sehingga mencetuskan persaingan di antara dua restoran tersebut. Apakah yang terjadi? Nantikannya di pawagam pada 28 Ogos ini.
|
cemp posted on 25-11-2014 04:51 PM
oo yeke..nampak chawla gak ingat adek dia hihi..ntah ape nama dia..tp ade berlakon ngan salman khan ...
tepisket.. posted on 25-11-2014 06:10 PM
Itu bhumika chawla. Itu tamil mari.. lawakan dagu dia y mnarik tu
kakprik posted on 23-11-2014 06:50 AM
dia kahwin dengan salah seorang orang yg terkaya di india..jutawan yg ada syarikat simen ker apa ...
siti_kus posted on 26-11-2014 11:24 AM
masa muda hensem jgk laki dia. aku pernah tgk koffee with karan, karan tanya apa yg dia nak tukar ...
cemp posted on 26-11-2014 09:39 AM
ooo bukn adek badek ye..
a'ah dagu lekuk..bibir belah..
tamil ka ingat hindustani hehe//
ADVERTISEMENT