CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Kandung Daniel & Rahish Rahi Dicari!

2-12-2014 01:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3293| Komen: 17

Ibu Kandung Daniel & Rahish Rahi Dicari!


SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu kandung dua kanak-kanak yang ditinggalkan di Wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pegawai Kebajikan Masyarakat Subang Jaya. Raja Norul Fazilla Raja Halim berkata, bayi pramatang itu dilahirkan pada 24 Ogos lalu di HKL, dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) sebelum  ibu kandungnya melarikan diri pada 27 Ogos setelah pihak HKL mendapati pasport miliknya tidak sah.

"Sehingga kini, ibu bayi berkenaan tidak dapat dikesan dan dihubungi. Siasatan alamat ibu kandung bayi berkenaan di Apartment Jati, USJ 1 Subang Jaya didapati palsu,” katanya.
Bayi itu kini berusia dua bulan dan diberi nama Rakish Rani.

Kanak-kanak ini dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 11 September lalu untuk mendapatkan perintah jagaan sementara di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras, sementara siasatan dijalankan bagi mengesan waris atau saudara.

“Kes kanak-kanak ini akan dibawa semula ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tetap pada 4 Disember ini,” katanya.

Sementara itu, HKL juga sedang mengesan seorang lagi ibu kandung bagi kanak-kanak yang diserahkan kepada penjaga dikenali Foo Sik Wei pada Januari lalu.

Ibu kandung bayi berkenaan telah menyerahkan bayi dilahirkan itu pada 26 Jun 2013 pada penjaga, dengan tiada sijil kelahiran.

“Kanak-kanak tidak didaftarkan kelahiran dan sehingga kini masih tidak ada sijil kelahiran. Selepas menyerahkan kanak-kanak kepada pengadu, ibu kandung menghilangkan diri.

“Ibu kandung dimaklumkan warganegara Filipina dan seorang pelajar sebuah kolej di ibu kota.

"Pengadu datang untuk dapatkan hak penjagaan ke atas kanak-kanak dan menguruskan sijil kelahirannya,” katanya.

Kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Deinioel Foo Yong Han, berusia setahun.

Beliau berkata, kanak-kanak ini telah dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 9 Oktober lalu mengikut peruntukkan permohonan Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kaank  2001.

“Mahkamah membenarkan permohonan Perintah Jagaan Sementara Seksyen 19(2) AKK 2001 dibawah Orang Yang Layak Dan Sesuai iaitu Foo Sik Wei  bagi pelindung menjalankan siasatan penuh,” katanya.

JKM meminta kerjasama orang ramai bantu mengesan waris kanak-kanak ini dan menyalurkan maklumat dengan menghubungi talian Pejabat Kebajikan Masyarakat Subang Jaya, 03-56343095.

10

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsav 2-12-2014 10:46 AM
comel anak2 nie..
Quote izabellemylia 2-12-2014 11:00 AM
sian anak2 ni.... semoga cepat lah jumpa maknya..mesti dorg rindu...
Quote rosasa 2-12-2014 11:05 AM
comelnya.... maknya tak rasa rindu ke
Quote prettyuglybabe 2-12-2014 11:22 AM
bagi je la orang-orang yang beratur nak anak angkat tu
terbela jugak nasib mereka
Quote zach2008 2-12-2014 11:28 AM
Kalau ikut pemahaman aku sepintas lalu :
1. Sorang bayi pra-matang ditinggalkan ibu setelah pihak hospital mendapati pasport dia palsu.
2. Anak pinoy.

Kalau ummah ehem2... dalam tong sampah la jawabnya
Quote GhostWalking 2-12-2014 11:31 AM
daniel tu dah besar kedaung dah aku rasa mak dia dah selamat balik philippine dah pun
Quote chinta89 2-12-2014 12:12 PM
comelnya Daniel... pinoy!

besar nanti kompem hensem
Quote ajunara 2-12-2014 12:35 PM
atleast dia tinggal baby 2 bernyawa lg dari sesetengah org yg tinggal baby 2 x bernyawa.
Quote musangcomel 2-12-2014 12:40 PM
bg je la kat org buat anak angkat
tindakan ibu2 tu tinggalkan anak2 diorg je dah menunjukkan diorg taknak bela budak tu
tp at least diorg tak buuh or buang dlm tong sampah
syukur sgt diorg tinggalkan kat hospital, terbela sket
sihat comel budaknya
Quote Parit.Hilton 2-12-2014 01:04 PM
setahu aku, kalau keluar berita cari waris budak ni, sebab nak bawak kes ke mahkamah.

kalau takde waris yg tampil, memang JKM akan jaga.
Quote spiderman80 2-12-2014 01:09 PM
chinta89 posted on 2-12-2014 12:12 PM
comelnya Daniel... pinoy!

besar nanti kompem hensem

Teori sis salah hokay? Biasanya budak kecil yang cantik bila besar nanti tak akan menjadi cantik dan sebaliknya.
Masa kecil dulu saya hodoh, tapi dah besar panjang baru nampak kehenseman diri saya.
Quote amiraira 2-12-2014 01:43 PM
Kalau  x nk .....
bg Mira jaga pn ok
Quote chinta89 2-12-2014 05:24 PM
spiderman80 posted on 2-12-2014 01:09 PM
Teori sis salah hokay? Biasanya budak kecil yang cantik bila besar nanti tak akan menjadi cantik d ...

nt kte tgk 10 tahun akan dtg
Quote Modngengade 2-12-2014 05:27 PM
comelnya...i nak.....naperlah ibu kandungnya tinggalkan....
Quote Modngengade 2-12-2014 05:32 PM
spiderman80 posted on 2-12-2014 01:09 PM
Teori sis salah hokay? Biasanya budak kecil yang cantik bila besar nanti tak akan menjadi cantik d ...

betul tu....masa kecik2 abam spider nmpk mcm budak down syndrom jer kan

Quote spiderman80 2-12-2014 05:39 PM
Modngengade posted on 2-12-2014 05:32 PM
betul tu....masa kecik2 abam spider nmpk mcm budak down syndrom jer kan

Cilakak betul awak, sayang.
Quote Modngengade 2-12-2014 05:41 PM
spiderman80 posted on 2-12-2014 05:39 PM
Cilakak betul awak, sayang.

hahaha....gurau pun tak boleh abam ni....

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.050313 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top