Oleh Fyruz Tak dinafikan kemeja jeans ini bukan suatu idea yang baru. Sudah lama bertapak di Malaysia, namun seiring dengan peredaran zaman, kemeja jean ini kembali mencuri imej anda dijalanan. Bagaimana menggayakan kemeja jeans ini agar nampak lebih berseri? Lebih memukau dan lebih INTRENDD?? LadyLista berkongsi idea bagi mereka tampil lebih berani dengan kemeja jenis denim ini.
Kemeja Jeans ‘straight-cut’ Remaja sekarang memang gila dengan potongan ‘straight-cut’ ini. Ramai penggemar menggayakan kemeja ini ala-ala kardigan dengan mengenakan baju T di dalam. Apabila menggayakan dengan seluar yang sesuai, anda akan kelihatan lebih santai namun bergaya. Kemeja Jeans Blouse Ternyata gaya ini digemari muslimah yang sentiasa mementingkan gaya. Oleh kerana kemeja jenis ini bersifat labuh dan menutup punggung, semestinya sangat ayu apabila dikenakan dengan skirt labuh ataupun dengan seluar. Kemeja Jean Blazer Bagi yang ingin ke majlis namun ingin mengekalkan imej ranggi. Kemeja jeans jenis blazer ini mampu membuatkan anda bergaya dengan cara anda. Kemeja Jean tanpa lengan Bagi mereka yang tidak gemar mengikut peraturan. Kemeja tanpa lengan ini mampu menyerlahkan imej anda yang berani itu. Sangat INTRED jika digayakan dengan skirt labuh untuk imej santai. Bagi yang berhijab, kemeja jenis ini juga sesuai digayakan sebagai kardigan. Kemeja Jeans Lace Bagi wanita, kita tidak dapat lari dengan penggunaan lace bagi mengindahkan denim yang dipakai. Selain memberi kelainan kepada si pemakai, ia juga memberikan sentuhan lebih lembut kepada si pemakai. -CARI Infonet.
|
4
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
6
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT