Kutipan Zakat Masih Belum Cukup
Bantuan zakat merupakan bantuan bersifat sementara pemangkin yang menjadi asas kepada mereka untuk terus maju, keluar daripada kepompong asnaf. Asnaf zakat tidak wajar mendambakan bantuan zakat sepanjang hayat mereka tanpa berusaha untuk keluar dari kesusahan dialami.
Ramai yang mempersoalkan golongan berada turut mendapat bantuan zakat sama ada berbentuk bantuan biasiswa mahupun sekali gus. Kita mempunyai lapan asnaf di mana salah satunya asnaf yang berada di bawah Fisabilillah iaitu berjuang di jalan ALLAH. Pada hari ini, tafsiran berjuang di jalan ALLAH itu bukan sahaja merujuk kepada mereka yang berjihad dan berperang misalnya tetapi mereka yang menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi di dalam negara mahupun luar negara. Pelajar ini yang dikategorikan sebagai asnaf fisabilillah bukannya ibu bapa mereka. Nabi Muhammad SAW juga ada membuat pengecualian, bahawa zakat masih boleh diberikan kepada orang kaya jika mereka memerlukan zakat, sesuai dengan keadaan diri mereka. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad dapat dijadikan sandaran yang mafhumnya; 'Zakat tidak dihalalkan bagi orang kaya kecuali lima golongan ini iaitu satu amil; dua orang yang memberi zakat dengan hartanya sendiri yakni mualaf; tiga orang yang ikut berperang di jalan ALLAH SWT; empat orang yang berhutang dan lima orang miskin yang menerima zakat daripada seorang kaya. Bolehkah nyatakan jenis bantuan zakat yang diagihkan oleh JZNK dan jumlah penerima sehingga hari ini?
JZNK mempunyai 63 jenis bantuan di mana asnaf fakir mempunyai enam skim bantuan iaitu kewangan fakir bulanan, makanan fakir bulanan, pusat penempatan warga tua, binaan pusat warga tua serta lain-lain bantuan fakir (luar jangka) manakala bagi asnaf miskin pula, 23 skim bantuan diwujudkan meliputi bantuan kewangan miskin bulanan, makanan bulanan, bantuan tahunan, bantuan penuntut miskin Sekolah Agama Nidzomi, pakaian seragam, baik pulih rumah, bina rumah, jaya diri, musibah alam, rawatan bulanan serta banyak lagi.
Bagi asnaf fisabilillah pula, terdapat bantuan binaan masjid, surau dan sekolah agama, bantuan kepada guru agama, bantuan melanjutkan pengajian, bantuan yuran peperiksaan maahad tahfiz, asrama maahad tahfiz, pengurusan masjid serta banyak lagi. Untuk lebih banyak skim bantuan yang disediakan sehingga hari ini saja, seramai 127,261 orang termasuk pusat agihan sudah diberikan. Masyarakat umumnya mengetahui zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat harta merupakan penyumbang utama peningkatan atau merosotnya jumlah kutipan zakat bagi sesebuah institusi. Zakat manakah penyumbang utama peningkatan jumlah zakat? Tidak dapat dinafikan bahawa zakat harta menjadi komponen utama peningkatan kutipan zakat. Di JZNK sendiri khasnya zakat pendapatan, zakat perniagaan dan zakat padi serta zakat wang simpanan antara zakat yang paling mendapat sambutan. Dari carta yang diperoleh, sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan zakat yang dikutip datangnya dari zakat pendapatan manakala 22 peratus dari zakat perniagaan, sembilan peratus zakat wang simpanan, lima peratus zakat padi dan selebihnya lain-lain zakat seperti zakat emas dan perak dan sebagainya. |
bellaa posted on 26-11-2014 03:49 PM
owhh.. kutipan zakat masih x mencukupi.
patotlah ramai miskin tegar di luar sana..
kentel posted on 26-11-2014 03:57 PM
patut la makin ramai dan bertambah orang miskin tegar....jibby tarik subsidi
haji_one posted on 26-11-2014 04:03 PM
Saya lebih suka menyampaikan duit zakat saya secara persendirian kepada asnaf asnaf yang saya kenali ...
kiLogram88 posted on 26-11-2014 04:46 PM
saya pulak lebih suka beri sendiri pada org miskin yang saya mmg kenal
5997 posted on 26-11-2014 04:31 PM
smlm baru balik dr baitulmal wilayah...masa tunggu kawan tu berborak dgn sorang brother ni...
dia c ...
kentel posted on 26-11-2014 04:51 PM
patut la hutang negara meningkat, sebab jibby bagi elaun shopping dekat kak mah
ADVERTISEMENT