CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Resah Anak Umur 12 Tahun 2 Minggu Tak Balik Rumah

27-11-2014 03:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4500| Komen: 13

Ibu Resah Anak Umur 12 Tahun 2 Minggu Tak Balik Rumah

Noraizah menunjukkan gambar Shahrin yang tidak pulang ke rumah hampir dua minggu lalu bersama poster mengenai kehilangan anak kelimanya. 


JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal terlalu bimbang terhadap keselamatan anak lelakinya yang masih gagal pulang ke rumah mereka di Flat Taman Desa Mutiara hampir dua minggu lalu selepas keluar bersama dua rakannya.

Menurut, Noraizah Abdul Rahim, 40 anak kelimanya dari enam beradik itu, Mohd Shahrin Firdaus Mohd Hila 12, meminta izin untuk keluar sebentar pada 14 November lalu, kira-kira jam 11.00 pagi dan berjanji akan pulang semula secepat mungkin.

Mohd Shahrin Firdaus atau dipanggil Shahrin telah meminta izin dengan ibunya untuk keluar bersama dua rakan karibnya  iaitu Aiman Al-Amin Abdullah, 13, dan  Mohd Syazwan Mohd Fadzil yang tinggal di blok bersebelahan dengan kediaman mereka.

“Sebelum keluar rumah Shahrin sempat minta izin dan saya pesan supaya dia pulang cepat. Ketika itu saya langsung tak terfikir perkara ini berlaku kerana dia keluar dengan rakan-rakan.

“Apabila dia masih tidak pulang bila hari sudah malam, saya jadi risau,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Noraizah berkata,  khuatir sesuatu perkara yang buruk menimpa anaknya itu, dia mengambil keputusan membuat laporan polis pada keesokan harinya selepas kejadian di Balai Polis Bandar Dato’ Onn, di sini selepas usaha mencari Shahrin tidak berhasil.

“Saya tidak putus berdoa supaya mereka berada dalam keadaan selamat, saya amat risau kerana ketika meninggalkan rumah Shahrin keluar sehelai sepinggang.

“Kami terus mencarinya di rumah rakan-rakannya dan turut edar serta tampal poster mengenai kehilangan Shahrin dan rakannya itu. Dua hari selepas Shahrin hilang, abangnya (Mohd Redzuan) terserempak ketiga-tiga mereka di Taman Daya, sedang berjalan kaki.

“Disebabkan abangnya hanya menunggang motosikal bersama seorang rakan, dia menahan sebuah teksi untuk menghantar Shahrin, Aiman dan Syazwan ke rumah dan mengikuti dari belakang.

“Bagaimanapun,  belum sempat abangnya sampai, dia ternampak Shahrin dan rakan-rakannya turun dari teksi dan terus melarikan diri semula dan tidak pulang ke rumah. Redzuan cuba mengejar tetapi tidak berjaya dan hingga ke hari ini (semalam) Shahrin masih gagal ditemui, “katanya.

Kali terakhir Shahrin kelihatan memakai baju- T lambang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan seluar pendek hitam paras lutut.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan menerima laporan polis berhubung kehilangan tiga remaja terbabit.



Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namirulmukminin 27-11-2014 08:17 AM
Kali terakhir Shahrin kelihatan memakai baju- T lambang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan seluar pendek hitam paras lutut.

Kihkihkihkih...
Quote mak_wa95 27-11-2014 08:19 AM
nak bebas la tu,rasa diri besar dah..

orang dok bergembira dengan keputusan UPSR,ko seronok melarikan diri
Quote ad_hoc79 27-11-2014 08:22 AM
tiga orang lari dari rumah.... nak cuba hidup sendiri ke camana ek
Quote fifie_olin 27-11-2014 08:57 AM
umo br 12thn ade ati nk lari dr umh...mkn minum mcm mana gaknya...aku rs x lm lg blk la tu kot....kot la kan...
memasing igt dh bsr pjg dh...ssh kan ati famili je
Quote Badut.Sarkas 27-11-2014 08:59 AM
biar la dia makcik.. maybe bulu zakar nya dah tumbuh cam lalang dan perasan diri dah dewasa..
Quote haryatie 27-11-2014 09:04 AM
baru 12 tahun da pndai nak lari dr rumah
apa masalahnya..
syok sgt ker hidup sendiri
Quote tinkiwinki 27-11-2014 09:11 AM
12 tahun da pandai lari rumah? 20 tahun sok taktau ler pulak.
Quote kanan_kiri 27-11-2014 12:08 PM
knp ni adik oi..
abg da jumpa, kau larikan diri pulak
tak kesian kt mak pak ke..
Quote asher 27-11-2014 12:19 PM
sket hari lagi menyesal lah tu..vongoks..
Quote Artemesiaa 27-11-2014 12:36 PM
Duit dah habis nanti pandai le dia balik
Quote Mary_jane 27-11-2014 02:13 PM
dia ternampak Shahrin dan rakan-rakannya turun dari teksi dan terus melarikan diri semula dan tidak pulang ke rumah. Redzuan cuba mengejar tetapi tidak berjaya dan hingga ke hari ini (semalam) Shahrin masih gagal ditemui


Kau dh knapa dik ala2 rambo nk bdikari sgt? Xkesian ke kt mak tu? Jgnlah tjebak dgn masalah sosial plak.
Quote ice_sky92 27-11-2014 02:18 PM
Lari sebab taknak sunat ka?
Quote pooh~key 27-11-2014 02:23 PM
dah jumpa nanti ketuk kepala sekor2.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 3.141515 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top