Burger King Kini Milik Penuh Bumiputera
Susulan penjualan restoran sajian segera (QSR) dalam portfolio Burger King yang meliputi Malaysia dan Singapura, EKUINAS memeterai satu perjanjian penjualan saham dengan konsortium Bumiputera yang diterajui oleh Brahim's Holdings Bhd (Brahim's) hari ini. Langkah penjualan itu adalah berikutan penstrukturan semula secara komprehensif portfolio makanan dan minuman (F&B) Ekuinas. Ekuinas dalam kenyataannya hari ini berkata konsortium berkenaan dipilih berdasarkan merit selepas proses penjualan yang menyeluruh dilaksanakan, yang telah menarik minat empat pihak tempatan dan antarabangsa. Konsortium yang diterajui Brahim's, jelas Ekuinas, mengemukakan tawaran terbaik dan paling kompetitif dari segi harga, sumber kewangan, keupayaan operasi dan kemampanan objektif sosial, termasuk pemilikan Bumiputera. Katanya, pemilihan itu juga dibuat selepas konsortium berkenaan menerima sokongan dan kelulusan pihak BK Asiapac Pte Ltd, iaitu pemegang francaisor global Burger King di rantau Asia Pasifik. "Pelupusan ini mencatat kadar pulangan dalaman kasar (IRR) negatif sebanyak 21 peratus dan jumlah pelaburan diterima balik sebanyak 0.64 kali ganda modal yang dilabur menerusi dua dana," kata Ekuinas menerusi kenyataan itu. Ekuinas memiliki 95 peratus ekuiti dalam Burger King Malaysia dan mengambil alih kepentingan 100 peratus dalam Burger King Singapura secara progresif pada tahun 2011 dan 2012. Mengikut kenyataan itu, keputusan untuk menyusun semula portfolio F&B dibuat selepas menjalankan kajian terperinci mengenai portfolio F&B Ekuinas dan mengambil kira bahawa perniagaan QSR memerlukan pelaburan kewangan tambahan serta keupayaan operasi untuk mengembangkan lagi rangkaian cawangan bagi mencapai keuntungan. "Pelaksanaan penstrukturan semula portfolio akan membolehkan Ekuinas dan syarikat F&B (miliknya), Integrated Food Group Sdn Bhd (IFG) memberi tumpuan khusus serta mengembangkan segmen restoran makanan kasual dan francais manisan dan minuman di bawah pelbagai jenama seperti Tony Roma's, Manhattan Fish Market dan Coolblog," katanya. Mengulas perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif EKUINAS, Datuk Abdul Rahman Ahmad, berkata pihaknya gembira kerana setelah lima tahun beroperasi, aktiviti penjualan kepentingan kini berjalan dengan lancar dan berupaya merealisasikan pulangan. "Pelaksanaan penstrukturan semula bagi portfolio F&B Ekuinas akan membolehkan kami mengembangkan lagi perniagaan restoran makanan kasual kami iaitu Tony Roma's, Manhattan Fish Market dan jenama yang baru sahaja dilancarkan iaitu New York Steak Shack serta memberi tumpuan kepada pengembangan rangkaian CoolBlog," katanya. Secara terkumpul, jenama restoran makanan kasual dan francais manisan dan minuman di bawah IFG mempunyai perolehan bergabung sebanyak RM280.1 juta dan kini mempunyai 443 cawangan di Malaysia dan seluruh rantau ini. Semua jenama berkenaan mencatatkan keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) sebanyak RM26 juta dan keuntungan selepas cukai sebanyak RM9.8 juta bagi tahun berakhir 31 Disember 2013. Dengan pengumuman aktiviti pelupusan itu, Ekuinas akan mengumpul pendapatan berjumlah RM640.4 juta selepas prosesnya dimuktamadkan dan dijangka terus mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi tahun semasa.
|
TuntungReturn posted on 27-11-2014 12:15 AM
aku suke makan hot dog 1901..mmg sedap dan puas makan,syg die ade kt bandar2 besar,..patot sosej tu ...
slavehunter posted on 27-11-2014 12:50 AM
Tula i pun suka 1901...dulu ada kt klia pastu hilang dah...sedap hotdog tu..
oggy posted on 27-11-2014 01:01 AM
Saya pun.. especially yang ada relish tu..
Sedapnyaa...
ADVERTISEMENT