CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik Beradik Bergaduh Kerana Harta Pusaka

27-11-2014 12:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8981| Komen: 39

Adik Beradik Bergaduh Kerana Harta Pusaka


KUALA LUMPUR 26 Nov. – Gara-gara perselisihan faham keluarga mengenai hak milik rumah pusaka, tiga beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan bergaduh dan melakukan kekecohan di tempat awam, minggu lalu.

Yap Chin Sieong, 54, dan Yap Chin Lai, 49, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan masing-masing didenda RM1,000 atau penjara dua bulan manakala adik perempuan mereka, Yap Sie Swee, 47, memohon supaya dibicarakan.

Ketiga-tiganya didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Jinjang Utara Tambahan, Sentul, di sini pada pukul 10.45 pagi, 23 November lalu.

Mengikut fakta kes, Chin Sieong dan Chin Lai datang ke rumah pusaka milik ibu mereka yang telah meninggal dunia untuk upacara sembahyang namun Sie Swee yang menetap di situ tidak membenarkan mereka masuk kerana sebelum ini pernah berlaku pertengkaran mengenai hak milik rumah tersebut.

Disebabkan itu, mereka bertengkar di hadapan rumah sebelum Chin Sieong membawa sebilah parang manakala Chin Lai memanjat pagar rumah itu untuk mengugut keluarga Sie Swee.

Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Lim Chi Chau yang mewakili Chin Sieong dan Chin Lai memohon hukuman kedua-dua anak guamnya diringankan kerana mereka yang bekerja sebagai pemandu lori dan buruh mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM1,500 dan perlu menanggung keluarga.

Joy Jothi turut mencadangkan ikat jamin RM4,000 kepada Sie Swee namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah itu dikurangkan kerana dia tidak bekerja dan hanya mengharapkan wang daripada anak-anak.

Majistret Nurul’Ain Abdul Rahim membenarkan Sie Swee diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Di-sember ini, sebutan semula kes.

6

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kanan_kiri 27-11-2014 09:52 AM
harga rumah makin naik dan tak mampu beli..
sbb tu sanggup berparang bagai dengan adik beradik sbb nak dpt uma..
Quote Cik_Andak 27-11-2014 09:55 AM
ingatkan mulayu.....
Quote sapp73 27-11-2014 09:56 AM
bab reta ni memang boleh buat orang bergaduh, tak kiralah adik beradik ke apa. Aku dah cakap awal awal ngan mak dan adik adik,...rumah keluarga dan tanah yang ada tu bagilah kat adik adik lain...aku tak nak sebab dah ada 2 biji rumah sendiri
Quote makneng 27-11-2014 10:03 AM
Cik_Andak posted on 27-11-2014 09:55 AM
ingatkan mulayu.....

hah..aku pun ingat mulayu tadi..sbb bab2 gadoh pasal reta ni mmg mulayu je yg aku tau...
Quote lostfaith 27-11-2014 10:08 AM
Memang boleh bergaduh keluarga pasal harta pusaka ni kalu perangai tamak nak harta hak orang lain.
Quote famri7 27-11-2014 10:09 AM
Kes terpencil ni..biasnya ummah cina cekap dlm pembahagian reta.
Quote spiderman80 27-11-2014 10:15 AM
Cina Jinjang, lain dari yang lain.
Quote mak_wa95 27-11-2014 10:23 AM
makneng posted on 27-11-2014 10:03 AM
hah..aku pun ingat mulayu tadi..sbb bab2 gadoh pasal reta ni mmg mulayu je yg aku tau...

bukan ke cina dalam sebuah rumah duduk ramai2..2,3 family


















Quote CrowneGlory 27-11-2014 10:28 AM
Jinjang sangat perangai korg.. Sesuai la dipergunakan ayat jinjang itu
Quote CiliPadiSedap 27-11-2014 10:54 AM
famri7 posted on 27-11-2014 10:09 AM
Kes terpencil ni..biasnya ummah cina cekap dlm pembahagian reta.

See betina mulut puaka anti melayu.bila cina bergaduh tak de kutuk
Quote liyamariska 27-11-2014 11:11 AM
kt area Jinjang ramai sgt org cina dok situ...
Quote supernaturalee 27-11-2014 11:13 AM
jinjang

tingat citer p ramlee masam2 manis
Quote xoxopac08 27-11-2014 11:32 AM
CiliPadiSedap posted on 27-11-2014 10:54 AM
See betina mulut puaka anti melayu.bila cina bergaduh tak de kutuk

Betina ke kak? ingat jantan tadi. Gamaknya dia cina, itu sebab kutuk melayu.




(aku pun selalu kutuk melayu gak, tapi aku melayu. Sape lagi nak kutuk bangsa sendiri kalu bukan bangsa dia. kehkehkeh.)

Quote PerKasa 27-11-2014 11:39 AM
cerita orang cina
takyah lah masuk sokabar

masyarakat tidak akan terkejut

sbb tiap2 hari macam2 benda pelik berlaku

kat China dari orang cina ni

termasuk makan janin sendiri

kerling pun takde beze

gilah India

mcm2 ada

tapi kat sini melaram habis.
Quote Artemesiaa 27-11-2014 11:48 AM
Bab rete pusaka ni sama je mana2 bangsa pun mesti nak berebut nak2 kalau masing2 pun susah.
Quote makneng 27-11-2014 12:00 PM
mak_wa95 posted on 27-11-2014 10:23 AM
bukan ke cina dalam sebuah rumah duduk ramai2..2,3 family

cara tu mungkin kuno bagi bukit2/jinjang2 yg urban nih
Quote v(T.T)v 27-11-2014 12:05 PM
ini semua salah sekolah vernakular. jika mereka masuk sek. kebangsaan tentu bersatupadu tak akan gaduh gaduh antara adik beradik.
Quote mak_wa95 27-11-2014 12:13 PM
makneng posted on 27-11-2014 12:00 PM
cara tu mungkin kuno bagi bukit2/jinjang2 yg urban nih

bergaduh pun xpe, daripada amalkan hidup yg dikatakan cara kuno...
Quote mak_wa95 27-11-2014 12:18 PM
adik pompuan bongsu ni mesti duduk dengan mak dan jaga mak sampai mati..
dah mak mati,abang2 nak berebut harta pula..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.120170 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top