View: 5675|Reply: 39
|
[Tempatan]
Adik beradik bergaduh kerana harta pusaka
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Gara-gara perselisihan faham keluarga mengenai hak milik rumah pusaka, tiga beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan bergaduh dan melakukan kekecohan di tempat awam, minggu lalu.
Yap Chin Sieong, 54, dan Yap Chin Lai, 49, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dan masing-masing didenda RM1,000 atau penjara dua bulan manakala adik perempuan mereka, Yap Sie Swee, 47, memohon supaya dibicarakan.
Ketiga-tiganya didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di Jinjang Utara Tambahan, Sentul, di sini pada pukul 10.45 pagi, 23 November lalu.
Mengikut fakta kes, Chin Sieong dan Chin Lai datang ke rumah pusaka milik ibu mereka yang telah meninggal dunia untuk upacara sembahyang namun Sie Swee yang menetap di situ tidak membenarkan mereka masuk kerana sebelum ini pernah berlaku pertengkaran mengenai hak milik rumah tersebut.
Disebabkan itu, mereka bertengkar di hadapan rumah sebelum Chin Sieong membawa sebilah parang manakala Chin Lai memanjat pagar rumah itu untuk mengugut keluarga Sie Swee.
Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi mengendalikan pendakwaan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, peguam Lim Chi Chau yang mewakili Chin Sieong dan Chin Lai memohon hukuman kedua-dua anak guamnya diringankan kerana mereka yang bekerja sebagai pemandu lori dan buruh mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM1,500 dan perlu menanggung keluarga.
Joy Jothi turut mencadangkan ikat jamin RM4,000 kepada Sie Swee namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah itu dikurangkan kerana dia tidak bekerja dan hanya mengharapkan wang daripada anak-anak.
Majistret Nurul’Ain Abdul Rahim membenarkan Sie Swee diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Di­sember ini, sebutan semula kes.
|
|
|
|
|
|
|
|
harga rumah makin naik dan tak mampu beli..
sbb tu sanggup berparang bagai dengan adik beradik sbb nak dpt uma..
|
|
|
|
|
|
|
|
bab reta ni memang boleh buat orang bergaduh, tak kiralah adik beradik ke apa. Aku dah cakap awal awal ngan mak dan adik adik,...rumah keluarga dan tanah yang ada tu bagilah kat adik adik lain...aku tak nak sebab dah ada 2 biji rumah sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 27-11-2014 09:55 AM
ingatkan mulayu.....
hah..aku pun ingat mulayu tadi..sbb bab2 gadoh pasal reta ni mmg mulayu je yg aku tau...
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang boleh bergaduh keluarga pasal harta pusaka ni kalu perangai tamak nak harta hak orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes terpencil ni..biasnya ummah cina cekap dlm pembahagian reta. |
|
|
|
|
|
|
|
makneng posted on 27-11-2014 10:03 AM
hah..aku pun ingat mulayu tadi..sbb bab2 gadoh pasal reta ni mmg mulayu je yg aku tau...
bukan ke cina dalam sebuah rumah duduk ramai2..2,3 family
|
|
|
|
|
|
|
|
Jinjang sangat perangai korg.. Sesuai la dipergunakan ayat jinjang itu |
|
|
|
|
|
|
|
famri7 posted on 27-11-2014 10:09 AM
Kes terpencil ni..biasnya ummah cina cekap dlm pembahagian reta.
See betina mulut puaka anti melayu.bila cina bergaduh tak de kutuk |
|
|
|
|
|
|
|
kt area Jinjang ramai sgt org cina dok situ... |
|
|
|
|
|
|
|
jinjang
tingat citer p ramlee masam2 manis |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap posted on 27-11-2014 10:54 AM
See betina mulut puaka anti melayu.bila cina bergaduh tak de kutuk
Betina ke kak? ingat jantan tadi. Gamaknya dia cina, itu sebab kutuk melayu.
(aku pun selalu kutuk melayu gak, tapi aku melayu. Sape lagi nak kutuk bangsa sendiri kalu bukan bangsa dia. kehkehkeh.)
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita orang cina
takyah lah masuk sokabar
masyarakat tidak akan terkejut
sbb tiap2 hari macam2 benda pelik berlaku
kat China dari orang cina ni
termasuk makan janin sendiri
kerling pun takde beze
gilah India
mcm2 ada
tapi kat sini melaram habis. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab rete pusaka ni sama je mana2 bangsa pun mesti nak berebut nak2 kalau masing2 pun susah. |
|
|
|
|
|
|
|
mak_wa95 posted on 27-11-2014 10:23 AM
bukan ke cina dalam sebuah rumah duduk ramai2..2,3 family
cara tu mungkin kuno bagi bukit2/jinjang2 yg urban nih
|
|
|
|
|
|
|
|
ini semua salah sekolah vernakular. jika mereka masuk sek. kebangsaan tentu bersatupadu tak akan gaduh gaduh antara adik beradik. |
|
|
|
|
|
|
|
makneng posted on 27-11-2014 12:00 PM
cara tu mungkin kuno bagi bukit2/jinjang2 yg urban nih
bergaduh pun xpe, daripada amalkan hidup yg dikatakan cara kuno... |
|
|
|
|
|
|
|
adik pompuan bongsu ni mesti duduk dengan mak dan jaga mak sampai mati..
dah mak mati,abang2 nak berebut harta pula..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|