CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

JOM CUBA~Panjangkan rambut dengan bahan di dapur

27-11-2014 10:04 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4188| Komen: 0

Syoknya melihat wanita yang berambut panjang itu, ayu sahaja. Sihat pula tu. Jelesnya... Nak rambut seperti perempuan itu mungkin bertahun lah ya tunggu. Agaknya berapa lama lah perempuan itu menjaga rambut sehebat itu.


Semakin usia meningkat, proses pertumbuhan rambut juga semakin perlahan seiring dengan meningkatnya usia. Antara faktor lain yang mengganggu pertumbuhan rambut adalah ketidakseimbangan hormon, penggunaan bahan kimia yang berlebihan, rambut yang sering terdedah kepada cahaya matahari dan banyak lagi. Walaupun lambakan produk di pasaran untuk memanjangkan rambut dengan cepat, namun semua bahan tersebut tidak terlepas mengandungi bahan kimia yang tinggi kandungan yang boleh membunuh sel akar rambut.

Ramai yang tidak mengetahui, sebenarnya bahan-bahan dirumah khususnya di dapur adalah antara bahan asli yang boleh memanjangkan rambut. Tak percaya?? Mari cuba.




 

 

1. Teh Hijau

Teh hijau ini memang kita semua sedia maklum mempunyai bahan antioksida yang tinggi. Pendek kata sangat sesuai untuk badan kita. Teh hijau ini boleh kita jadikan seperti perapi rambut. Caranya ambil ampas teh hijau tersebut dan lumur pada kulit kepala yang basah. Seeloknya anda menggunakan selepas mandi, ketika rambut masih basah. Biarkan selama 20 minit dan bilas. 


 

2. Minyak Zaiton

Nutrisi di dalam minyak zaiton sememangnya dapat membantu melancarkan pertumbuhan rambut.Caranya mudah, mungkin ada diantara anda semua biasa melakukannya. Sebelum tidur, sapukan 5 ke 4 titis  minyak zaiton dan di bilas keesokkan harinya.


 


3. Santan

Enak digunakan dalam masakan dan juga pada rambut anda. Caranya perapkan rambut anda bersama santan. Balut kepala anda dengan tuala yang panas. Seeloknya rendam tuala tersebut dengan air panas. Kemudian, biarkan selama 15 - 20 minit dan bilas. Lakukan seminggu sekali dan anda akan dapat hasil bukan sahaja memanjangkan rambut malah menyihatkan rambut anda.

 

4. Telur

Telur juga satu alternatif yang harus dicuba. Setiap rumah sudah pasti ada telur. Caranya ambil 3 biji telur. Asingkan putih telur. Kacau putih telur tersebut sehingga sebati dan sapukan pada rambut dan bilas. Namun bagi sesetengah wanita cara ini mungkin bukan pilihan kerana telur ini bersifat hanyir. Paling penting, bilas rambut dengan shampoo agar hilang bau telur di rambut anda. 


11

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.026919 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top