CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Limpahan sampah merimaskan (BERSIHKAN)

30-5-2013 03:51 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 5753| Komen: 12




KULIM - Tempat pembuangan sampah haram bukan satu perkara baru dan permasalahan itu harus ditangani untuk memastikan keadaan di kawasan taman perumahan kelihatan lebih bersih.

Antara kawasan yang sering berhadapan dengan masalah itu adalah kawasan Karangan, Mahang, Sidam, Padang Serai dan beberapa kawasan lain.

Penduduk taman perumahan tidak mempunyai pilihan lain, selain melonggokkan sampah di tepi jalan atau di sekitar tong sampah yang sudah penuh.

Selain masalah lalat dan persekitaran yang kotor, penduduk juga terpaksa menghidu bau busuk.

Juruteknik, Shamsul Nizam berkata, permasalahan sampah berpunca daripada pihak terlibat membuat penyelenggaraan tidak mengikut jadual.

“Jika ini berlaku, keadaan akan menjadi serius kerana apabila tong sampah penuh, penduduk akan membuang sampah di sekeliling tong sampah. Selain itu, tong sampah yang disediakan juga terlalu kecil sehingga mengakibatkan limpahan sampah.

“Saya berharap pihak terlibat dapat menyediakan kemudahan tong sampah yang lebih besar memandangkan penduduk akan membuang sampah setiap hari,” katanya.

Seorang pengusaha bas, Mohd Fauzi Abd Rahman berkata, kemudahan tong sampah sememangnya menjadi masalah utama di kawasan Taman Desa Aman.

“Akibatnya, ramai dalam kalangan penduduk terpaksa meletakkan sampah di tepi jalan. Permasalahan ini sudah dimaklumkan kepada pihak berkenaan sejak beberapa tahun lalu, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini dari terus berlarutan.

“Kami penduduk Taman Desa Aman meminta supaya Majlis Perbandaran Kulim Kedah dapat menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, selain tidak mempunyai tempat pembuangan sampah yang khusus, kutipan sampah dari rumah ke rumah juga tidak mengikut jadual.

“Sekiranya pihak terlibat gagal membuat penyelenggaraan dengan baik, sampah akan bertambah. Saya harap pihak terlibat melaksanakan tugas mereka untuk memastikan kawasan taman perumahan kami hari ini bersih

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oni313 30-5-2013 11:54 AM
tmpat buang sisa sampah haram ni benda biasa klau gi taman perumahan atau kwsan industri, hometown aku, local council bersihkan dlu tmpat buang sampah haram ni, then diorg tanam pokok lidah buaya n buat pagar keliling tu, trus solve problem, takde org buang sampah dah....tapi ada 1-2 tempat tu, still ada jugak org yg tak paham, pegi patahkan pagar tu, then buang sampah cam biasa
Quote little_sis 30-5-2013 11:57 AM
masa kecik2 aku selalu perati... kalo ada papan tanda yg ditulis 'dilarang buang sampah di sini, denda RMxx' gitu, mesti kat keliling tiang papan tanda tu yg byk sampah berplastik2..  
Quote phongsakorn 30-5-2013 11:58 AM
kalau sampah terbiar macam ni boleh jadi bau yang busuk bau sampah..
Quote cmf_rambutan 30-5-2013 12:03 PM
antara sebab2 makin banyak antu kat sana... sbb nih la... sampah banyak
Quote sitihawa 30-5-2013 12:06 PM
mana lagi busuk sampah sarap ke sampah masyarakat?


Quote redz85 30-5-2013 12:07 PM
tak kan habis cerita sampah kat malaysia ni..
Quote neotoxin 30-5-2013 12:11 PM
patut pontianak suka dok kulim
Quote berun 30-5-2013 12:53 PM
cmf_rambutan posted on 30-5-2013 12:03 PM
antara sebab2 makin banyak antu kat sana... sbb nih la... sampah banyak

bnyk kulit rmbutan kan...
Quote worldonfire 30-5-2013 12:58 PM
akak ingat kat selangor tadi?
Quote cmf_rambutan 30-5-2013 12:58 PM
berun posted on 30-5-2013 12:53 PM
bnyk kulit rmbutan kan...

kulit buah bulu2 ni antu takot....
Quote DARSITA 30-5-2013 12:58 PM
MAjlis perbandaran boleh charge penduduk situ bayaran khidmat pelupusan - satu rumah charge 150 setahun. seminggu dtg dua kali. Letak lah recycle bin jugak.

Penduduk pulak segala isi ikan or benda benda yang cepat busuk simpan dlm fridge. Kalau hari Isnin lori sampah dtg, buang benda benda ini pada hari Isnin. Masalahnya orang kita segala perut ikan, ayam etc dicampak dlm tong sampah - manalah tak berbau busuk.

Aiseey benda benda mcm ni tak kan lah pentadbir majlis tak terfikir.
Quote sapp73 30-5-2013 01:08 PM
sampah ni pun kalau dibersihkan,  2/3 hari kemudian akan ada balik...letak lah papan tanda apapun...orang ramai tak peduli

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.036162 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top