CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik MUKA Lihat artikel

[OH TIDAK] Mulut bau longkang

26-11-2014 03:44 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3310| Komen: 0|Location: sumber asli



Mulut merupakan aset terbesar wanita selepas muka. Jika mulut berbau sedap, orang disekeliling pun selesa sahaja mendekat. Tetapi jika mulut kita berbau longkang, minta maaf lah, tiada siapa yang berani bercakap dengan kita. Kadang kala, kita sendiri sukar menentukan jika kita mengalami masalah bau mulut ini, dan budaya melayu yang sememangnya menjaga adat dan adab, jarang sekali kita berterus terang jika rakan-rakan bermulut busuk ini. Sudahnya mula la, kita menjauhi mereka.


Sebagai wanita, amat penting menjaga bau mulut ini, kerana mulut ini sebahagian daripada kebersihan diri kita. Masalah bau mulut ini juga sebenarnya salah satu masalah psikologi yang akan membuatkan 'mangsa' berasa rendah diri. Elok lah kita mengambil langkah berjaga-jaga. Cegah sebelum parah. Nak tahu mulut kita berbau atau tidak, senang sahaja, tengok kita makan apa, jika kita baru sahaja menyantap durian, masakan kita jangka mulut kita berbau strawberi??... Oleh itu, penting pemilihan makanan yang betul.

Bahkan Amalan bersugi atau memberus gigi adalah amalan sunnah Nabi Muhammad saw dan hukumnya sunat. Walaupun hanya amalan sekecil dan semudah memberus gigi daripada sisi makanan tetapi inilah amalan sunnah yang Rasullulah saw galakan kepada umatnya.

Rasullulah saw bersabda : "Sekiranya tidak menjadi keberatan untuk umatku atau manusia ,nescaya aku perintahkan mereka semua mengosok gigi setiap kali mereka menunaikan solat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada entri kali ini, LadyLista akan berkongsi tips yang mampu mengurangkan masalah bau mulut anda :

1) Rempah Ratus

- Antara rempah ratus untuk menghilangkan mulut berbau yang biasa digunakan adalah seperti kayu manis, cengkih atau daun mint. Mengunyah rempah untuk menghilangkan bau mulut adalah cara yang lebih baik daripada mengunyah gula gula mint. Tetapi rasanya agak kurang sedap berbanding gula-gula mint.

2) Baking Soda

- Selain untuk menghilangkan jerawat , baking soda dapat digunakan untuk menghilangkan bau mulut. Caranya cukup menaburkannya di berus gigi, tambahkan sedikit air dan gosokkan ke gigi Anda. Akhiri dengan kumur- kumur hingga bersih

3) Air Garam

– Kumur-kumur dengan campuran air dengan garam juga dapat menghilangkan mulut berbau dari dalam. Air garam juga dapat digunakan untuk mengatasi sakit tekak.

4) Lemon

- Cara menggunakan lemon untuk menghilangkan mulut berbau adalah perah lemon tersebut bersama dengan air garam. Seterusnya, anda berkumur dengan air campuran tadi

5) Minyak TEA TREE

- Caranya adalah dengan menambahkan 2 atau 3 titis tea tree oil ke berus gigi dan gosok pada gigi anda.

6) Rajin Gosok Gigi

- Mengosok gigi juga dapat menghilangkan bau mulut. Hal ini kerana hilangnya sisa-sisa makanan yang busuk di celah-celah gigi

7) Makan Daun Sirih

- Selain menguatkan gigi, orang yang makan daun sirih dan menjadikannya amalan seharian akan dapat terhindar daripada mulut berbau. Namun orang yang memakan daun sirih ni gigi mereka akan menjadi merah dan sedikit kekuningan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.019839 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top