CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rompin : Jenuh angkut air 4 kilometer

29-5-2013 02:30 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6282| Komen: 43

Description: ROMPIN - Penduduk Felda Selancar 2, 3 dan 4 berang sekali gus mengadakan protes di tepi Sungai Selancar, di sini kerana terputus bekalan air tanpa notis atau makluman sejak minggu lalu hingga menjejas ...
Jenuh angkut air 4 kilometer
29 Mei 2013                                    
                                                                                                                                                        
                                                                Norliza Selamat, 36, menunjukkan pinggan mangkuk kotor di kedai makan milik suaminya, Sabri yang tidak dapat dicuci kerana tiada air.                                                               
                                                                                                                    
                                                                Penduduk Felda Selancar 2, 3, 4 dan 5 menunjukkan tanda protes di tepi Sungai Selancar yang menjadi lokasi untuk mereka mandi.                                                               
                                                                                                                    
                                                                                                                                    SABRI                                                               

ROMPIN - Penduduk Felda Selancar 2, 3 dan 4 berang sekali gus mengadakan protes di tepi Sungai Selancar, di sini kerana terputus bekalan air tanpa notis atau makluman sejak minggu lalu hingga menjejaskan rutin harian mereka.
       
Lebih menyedihkan apabila masalah yang berlaku sejak November 2012 itu masih tiada penyelesaian sehingga kini.
       
Peneroka Felda Selancar 2, Rosmi Dollah, 58, berkata, kini masalah air sudah berlarutan selama lima hari sekali gus menyebabkan penduduk terpaksa mendapatkan sumber air untuk mandi dari Sungai Selancar kira-kira empat kilometer (km) dari sini.
       
Penduduk berisiko terkena jangkitan kuman
       
Menurutnya, masalah air yang berlarutan ini amat menyusahkan penduduk kerana mereka perlu mendapatkan sumber air di lokasi yang jauh serta diragui tahap kebersihannya.
       
“Bagi air untuk minum dan memasak pula, kami dapatkan dari perigi di ladang milik seorang peneroka di sini.
       
“Bila-bila masa sahaja kami berisiko terkena jangkitan kuman kerana terpaksa guna air yang kurang bersih tetapi nak buat macam mana, ini sahaja cara untuk kami dapatkan bekalan air,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
       
Katanya, aduan sudah dikemukakan kepada pihak Pengurusan Air Pahang (Paip), bagaimanapun sehingga kini masih tiada lori tangki air dihantar ke sini bagi membantu penduduk mendapatkan bekalan air.
       
“Kami ada nampak kakitangan Paip datang ke sini tetapi mereka tidak maklumkan apa-apa kepada penduduk dan masalah ini juga tidak pernah selesai sehingga kini.
       
“Pihak Paip hanya hantar lori tangki air di Felda Selancar 5 sahaja, tetapi penduduk di Felda Selancar 2, 3 dan 4 tidak terima bekalan tersebut,” katanya.
       
Tinjauan Sinar Harian mendapati Sungai Selancar kini bagai sebuah lokasi pesta air apabila masyarakat di sini ke sungai untuk mandi dan membasuh pakaian.
       
Perniagaan terjejas
       
Penduduk Felda Selancar 3, Sabri Saad, 41, berkata, operasi perniagaannya terpaksa ditutup dalam masa terdekat berikutan tiada bekalan air.
       
“Saya rasa betul-betul susah untuk berniaga bila tiada bekalan air seperti ini dan pendapatan perniagaan saya terjejas sejak minggu lepas.
       
“Inilah satu-satunya mata pencarian saya untuk tanggung perbelanjaan keluarga. Sekarang kedai saya masih beroperasi kerana ada baki air tangki simpanan, tetapi mungkin esok saya terpaksa tutup kedai,” katanya.
       
Paip pecah punca utama
       
Pengurus Paip Rompin, Rumisham Mohd Razali, 30, berkata, masalah bekalan air berpunca daripada tangki di Perwira Jaya, dekat sini kerana saluran paip 4.5 meter pecah pada 24 Mei lalu dan telah pun siap dibaiki keesokan harinya.
       
Menurutnya, memandangkan saluran paip air kosong, maka air yang disalurkan lambat sampai ke kawasan yang terjejas.
       
“Berlainan pula bagi kawasan Felda Selancar 5 kerana kawasan ini agak tinggi jadi tekanan air tidak kuat untuk disalurkan,” katanya.
       
Katanya, Felda meluluskan peruntukan untuk membina pam penggalak untuk menguatkan tekanan air.
       
“Projek tersebut masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap sebulan lagi,” katanya.

3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 29-5-2013 01:02 PM
Katanya, Felda meluluskan peruntukan untuk membina pam penggalak untuk menguatkan tekanan air.


jenama pump tu ...viagra kot ...
Quote melia_star 29-5-2013 01:06 PM
dah berzaman kan problem ni kt Pahang....kawasan Felda ni baru kene je ker....bertabahlah dan redho ajerlah.......
Quote cak! 29-5-2013 01:07 PM
melia_star posted on 29-5-2013 01:06 PM
dah berzaman kan problem ni kt Pahang....kawasan Felda ni baru kene je ker....bertabahlah dan redho  ...

hadap la kan pilih Bend dulu kini selamanya
Quote gujiwa 29-5-2013 01:13 PM
lama sangat tuh dari november.. raw material ssh dapat ke.. huhuhu
Quote PEPPERMAN 29-5-2013 01:18 PM
walaupun mereka takda air, tp mereka ada BN. Bersyukurlah
Quote wafeenaulia 29-5-2013 01:22 PM
Takde air takpa bn ttp bersama kami bg brim sekali dpt tampung setahun hahaha
Quote kaknab 29-5-2013 01:30 PM
bersobarlah..nnti2 ada la air tu.. kerja-kerja sedang dijalankan.
Quote hyie 29-5-2013 01:41 PM
masyarakat di zimbabwe, uganda, dan papua new guinea lebih susah...bersyukurlah
Quote little_sis 29-5-2013 01:46 PM
wow sejak dr bulan 11 last year.. lama tu weehhh.. aku xde air 3 ari dah serba x kena hidupku...
Quote pakweneelofa 29-5-2013 02:24 PM
air kat pahang habis sbb jarjis guna mandi wajib... anyway pahang kan ditadbir dap...lantak la..


Quote azharuchan 29-5-2013 02:45 PM
Pengurusan Air Pahang (Paip)
Paip sahaja yg ada..air tadak...
Quote prettyuglybabe 29-5-2013 02:46 PM
macam tak percaya je. ingatkan kat selangor tadi
Quote spamalot 29-5-2013 02:52 PM
Kasihan org kelantan Ini lah padahnya bila undi pas.
Quote sitihawa 29-5-2013 02:55 PM
cak! posted on 29-5-2013 01:07 PM
hadap la kan pilih Bend dulu kini selamanya

wakakakakak
aku pun nak bagi benda yg sama gak
nasib kau dah bagi dulu

puak2 felda tak kisah
tak dak air ka, apa ka, janji undi umno/BN


Quote Muntz 29-5-2013 02:56 PM
Kerajaan pimpinan DAP nie mmg tak habis2 nak menindas org Melayu.
Quote sitihawa 29-5-2013 02:57 PM
prettyuglybabe posted on 29-5-2013 02:46 PM
macam tak percaya je. ingatkan kat selangor tadi

hishhhhhhhhhhhh bukan kat selangor la, tapi kelantan
Quote sitihawa 29-5-2013 02:57 PM
apa lagi warga felda mahu?
Quote setia00 29-5-2013 03:01 PM
4 km ? jauhnya....
Quote setia00 29-5-2013 03:02 PM
spamalot posted on 29-5-2013 02:52 PM
Kasihan org kelantan  Ini lah padahnya bila undi pas.

rompin bukan dekat pahang ke ?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.353522 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top