CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Drama! Justin Bieber 'Unfollow' Selena Gomez Di Instagram

21-11-2014 06:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10210| Komen: 8

Drama! Justin Bieber 'Unfollow' Selena Gomez Di Instagram



LOS ANGELES, 17 NOV 2014: Bila agaknya hubungan sekejap ada sekejap tidak ada di antara Selena Gomez dengan Justin Bieber akan berakhir? Nampaknya, ia tidak akan mungkin berakhir sampai bila-bila.


Terbaru, Justin Bieber dilaporkan sudah tidak mengikuti akaun Instagram Selena Gomez, kurang daripada seminggu selepas bintang pop berusia 22 tahun itu membuat pendedahan tentang hubungannya yang asyik sambung-putus-sambung semula-putus balik bersama Justin Bieber.

Pendedahan itu dibuat dalam satu wawancara bersama Ryan Seacrest selepas dia muncul dengan single baru, The Heart Wants What It Wants pada minggu lepas.

Lagu itu mengisahkan tentang hubungannya yang seperti ibarat rollercoaster bersama Justin Bieber. Malah, lagu itu turut mendedahkan apa sebenarnya yang dirasainya Selena terhadap hubungan tersebut.


Menerusi lagu itu, sesiapa pun akan dapat membuat kesimpulan bahawa baik Justin mahu pun Selena, mereka akan saling mencintai antara satu sama lain.

Tapi entah kenapa, hubungan mereka tidak menjadi, lebih-lebih lagi selepas Selena secara terbuka telah menceritakan tentang status hubungan mereka kepada umum.

"Saya akan selalu sokong dia. Saya rasa saya akan selalu berbuat demikian. Saya sedih bila dia sedih, saya gembira bila dia gembira.

"Saya tidak mahu apa-apa yang buruk terjadi pada dia. Kerana ia membuatkan saya terluka," kata Selena dalam program, On Air With Ryan Seacrest pada minggu lalu.

Justin Bieber, walaupun memgambil keputusan untuk berdiam diri daripada memberikan apa-apa reaksi terhadap kenyataan bekas kekasihnya, dia telah memuatnaik status yang menjadi tanya tanya di akaun Instagram.

Status tersebut berbunyi: "Sometimes love isn't a feeling but a choice," captioning the post, "It's easy to love when you feel it, but love when it's hard to love."

Status tersebut telah dimuatnaik oleh Justin kira-kira 2 hari selepas Selena Gomez muncul di dalam program Ryan Seacrest tersebut.

Pada waktu yang sama, kalangan peminat pula telah menyedari bahawa Justin juga sudah tidak mengikuti lagi akaun Instagram Selena Gomez pada Rabu lalu. Begitu juga dengan Selena terhadap Justin.

Justin terus mencetuskan kontroversi apabila memuatnaik video Instagram bersama Kendall Jenner pada hari yang sama dan rata-rata peminat menganggap keakraban Justin bersama model tersebut adalah salah satu punca hubungannya bersama Selena retak.

Justin sememangnya rapat dengan hampir kesemua keluarga Kardashian, malah Kris Jenner dilaporkan menjalainkan hubungan cinta dengan salah seorang team anggota yang selalu mengikuti Justin mengadakan konsert jelajah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amiraira 21-11-2014 07:06 PM
Puppy luv
Quote andromeda84623 22-11-2014 02:12 AM
Obsess betul fan2 JB and SG ni
Sampai tahap bole tau bila JB unfollow SG
Ni mesti ari2 tgk IG to see whether they are following each other on IG or not
Quote setokinpurple 23-11-2014 01:20 PM
Dasyat stalk sampai follow x follow
Quote lenny1985 25-11-2014 12:45 PM
orang kaya n handoseme memang mcam ni.....
Quote mijaa 25-11-2014 02:10 PM
tak rembes langsung si jb neh
Quote lalalabukon 30-11-2014 10:52 PM
meluat betul i ngan JB ni.. haruk.. sengal.. boboy.. tak boleh jd man lgsg

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.063913 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top