CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanam Sejuta Pokok Pulihkan Alam Sekitar Cameron Highlands

17-11-2014 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7249| Komen: 29

Tanam Sejuta Pokok Pulihkan Alam Sekitar Cameron Highlands


CAMERON HIGHLANDS - Program penanaman sejuta pokok di seluruh Cameron Highlands terutama di kawasan hutan terosot akan dilaksanakan bagi mengurangkan kesan hakisan dan tanah runtuh.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel berkata, penanaman itu akan dimulakan secara berperingkat-peringkat sehingga tiga tahun akan datang dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka).

"Kita akan berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi menggerakkan program itu.

"Kita tidak mahu lagi pembinaan bangunan tinggi dan terlalu banyak kondominium serta hotel," katanya kepada pemberita selepas bertemu NGO bagi membincangkan isu alam sekitar Cameron Highlands di sini hari ini.

Katanya, kementerian juga mahu memperoleh 11 lot tanah di pinggir Sungai Bertam, Ringlet di sini yang kini milik persendirian melalui Akta Pengambilan Tanah 1960.

Beliau berkata, pengambilan tanah itu bertujuan bagi melaksanakan kerja-kerja pelebaran dan pendalaman sungai itu memandangkan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM40 juta bagi tujuan tersebut. 

17

Bagus
15

Marah
22

Terkejut
21

Sedih
18

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote znuyul 16-11-2014 10:36 PM
cameron da xsejuk lgi...
Quote NAT_11 16-11-2014 10:41 PM
Aku dengar kat news tadi, orang-orang yang duduk kat
tepu-tepi sungei Bertam tu tak maw pindah. Kalau diaorang
tak maw pindah, biarkanlah diaorang dibawak arus lumpur.
Ada aku kisah.
Quote TanSriJess 16-11-2014 10:42 PM
mengikut sejarah

malaysia terkenal dengan peribahasa

hangat hangat taik ayam
Quote NAT_11 16-11-2014 10:49 PM
TanSriJess posted on 16-11-2014 10:42 PM
mengikut sejarah

malaysia terkenal dengan peribahasa

Ada aku kisah...............????
Biarkan sajok tanah runtuh jadik padang jarak padang
tekukur, sumenya ditenggelami lumpur. Strawberry import
dari Mesir lebih murah. Aku beli 3 kotak besar, baru Rm20.....
Quote Al-Patih 17-11-2014 07:28 AM
Katanya, kementerian juga mahu memperoleh 11 lot tanah di pinggir Sungai Bertam, Ringlet di sini yang kini milik persendirian melalui Akta Pengambilan Tanah 1960.

bayar pasai ambik tanah persendirian...untung betui...tuang punya tanah...
Quote gaara_X 17-11-2014 07:51 AM
Malaysia......bukan nak amik pendekatan awal....dah ternadah baru nak kelam kabut...
Quote penglipur 17-11-2014 08:08 AM
dah smpai kena banjir lumpur baru nak hegeh2 ltk penguat kuasa, tanam pokok bagai..
sebelum ni  buat2 tak nampak je dgn pendatang asing nye, tarah bukit nye..

takpolah..better late than never..huhuhuu
Quote kluangman 17-11-2014 08:29 AM
TanSriJess posted on 16-11-2014 10:42 PM
mengikut sejarah

malaysia terkenal dengan peribahasa

Satu lagi peribahasa.
Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
Quote epis 17-11-2014 08:32 AM
Kawasan memang dah semula jadi berpokok... skg dah hilang baru rase menyesal.. huhuhu...
Quote tinkiwinki 17-11-2014 09:20 AM
znuyul posted on 16-11-2014 10:36 PM
cameron da xsejuk lgi...

tula. tak sejuk dah. takpayah pakai sweater pun takpe skang ni.
Quote kecimpret 17-11-2014 09:24 AM
dah botak hutan baru laa menggelupo nak tanam sana sini..nape x mencegah seblum merawat?
Quote brownstone 17-11-2014 09:31 AM
sejuta katanya...apakah ini umpama kempen mendapatkan sejuta tandatangan?...selalunya target tak tercapai
Quote fifie_olin 17-11-2014 09:42 AM
ms sibuk dok menebang tu x terpikir kan banjir seme...bila dh jd br tehegeh2...
x dpt la nk gi cameron lg
Quote cmf_premierleag 17-11-2014 09:42 AM
alang2 nak tanam pokok tu, tanamlah skali pokok ketum, gahara tu sume
bleh la buat industri pemprosesan dadah terbesar di donia
Quote bambimo 17-11-2014 09:45 AM
wah..ni peluang buat duit..
company nk fight utk tender tana pokok...huhuhu
Quote Esmiria 17-11-2014 09:46 AM
cameron kan kna banjir?
Quote aechae 17-11-2014 10:04 AM
nk tanam 8juta pokok pn, mcm la sama dgn pokok yg memang asal tegak kt ctu pegang tnh sume tu....amek masa berpuluh or ratus thn tau nk jd kwsn bntuk muka bumi dr segi geografi nya, ekosistemnya mcm asal kat ctu....

igt lah segala hasil  keja manusia ni, x sama dgn hasl kejadian dr Allah..
Quote Al-Patih 17-11-2014 10:15 AM
Datuk Palanivel ..MP Cameron Highland....sajo diam pasai tempat tu kono botak...lopeh tu buek pojek....dengan alasan...
bagi mengurangkan kesan hakisan dan tanah runtuh.

Baaaaik....
Quote CiliPadiSedap 17-11-2014 12:11 PM
aechae posted on 17-11-2014 10:04 AM
nk tanam 8juta pokok pn, mcm la sama dgn pokok yg memang asal tegak kt ctu pegang tnh sume tu....ame ...

Pandainya ustazah. Akak baru balik dari kilang texas kt keramat mnggu lepas.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.464259 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top