CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyamun Putus Tangan Dilibas Parang Oleh Tuan Rumah

17-11-2014 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6370| Komen: 33

Description: "Bagaimanapun Mangsa Lelaki Myanmar Itu Melawan Dan Berjaya Mengambil Parang Dan Terus Melibas Ke Arah Suspek Mengakibatkan Seorang Daripada Suspek Terkena Libasan Parang Dan Putus Tangan Kanan Di B ...
SEREMBAN: Seorang penjenayah putus tangan kanan akibat dilibas dengan parang oleh mangsanya dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Sikamat Utama, Sikamat di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian pada 3.30 pagi itu, sekumpulan empat lelaki (suspek) memecah masuk rumah sepasang suami isteri warga Myanmar dan pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR).

"Suspek memecah masuk melalui tingkap di ruang tamu sebelum menendang pintu bilik menyebabkan mangsa berusia awal 40-an dan isterinya berusia 30-an terkejut. Dua daripada suspek lelaki kemudian terus serbu kedua-dua mangsa di atas katil dan mangsa lelaki telah ditumbuk bertubi-tubi dan dipukul.

Gambar hiasan


"Bagaimanapun mangsa lelaki Myanmar itu melawan dan berjaya mengambil parang dan terus melibas ke arah suspek mengakibatkan seorang daripada suspek terkena libasan parang dan putus tangan kanan di bahagian pergelangan tangannya.

"Berikutan itu kesemua suspek melarikan diri keluar ikut pintu hadapan rumah," katanya di sini, hari ini.

Katanya polis yang menjalankan pemeriksaan dan siasatan menemui suspek berumur 26 tahun yang cedera putus tangan kanan di dalam semak kira-kira 50 meter dari rumah mangsa manakala tiga lagi suspek melarikan diri dengan sebuah van putih.

Muhamad Zaki berkata lelaki terbabit yang juga memiliki kad UNHCR kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

Katanya polis merampas sebilah parang sepanjang 50cm dengan kesan darah dan turut menjumpai dua utas rantai leher, sepasang subang, dan wang tunai RM50 di tempat kejadian.

"Kerugian dianggarkan RM5,000. Polis juga akan menyiasat dari semua sudut jika ada motif lain," katanya.            

2

Bagus
11

Marah
8

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 16-11-2014 08:22 AM
Akak kt rumah simpan c4 dalam bra, simpan parang dalam penyapu lidi, pagar rumah dengan garam dan bawang putih. Ilmu silat akak baru taraf grand master. Buah pukul mata kucing:lol
Quote khairina07 16-11-2014 08:26 AM
Bagus mcmni...hambek ko!!!
Quote ultra78 16-11-2014 08:32 AM
Alhamdulillah. Aku mmg suka kalau penjenayah yg pecah rumah orang dihukum sebegini. Kalau mati terus lagi elok
Quote edmundo 16-11-2014 08:53 AM
Hukum hudud beraya dilaksanakan.
Quote kelana36 16-11-2014 08:58 AM
bagus tindakan mangsa.. bagi pengajaran pada penjahat yang lain..
kalau tak ada tindakan sendiri, asyik pasrah n report polis jer.. sampai kesudah last last kes senyap sepi..
Quote manehnya 16-11-2014 09:00 AM
Aku kataa... padan mukaaa lou
Quote imthegirl 16-11-2014 09:09 AM
Kawan kawan pecah rumah kawan sendiri ke apa ni.

Tajam betul parang tu sekali libas putus terus. Padab muka.
Quote miznora 16-11-2014 09:09 AM
Kan dh mendapat.. hisshh elok2 ada tgn lepas ni dh xde tgn pulakk
Quote Esmiria 16-11-2014 09:30 AM
Hah.padan muka.
Quote FanTasyCreaTioN 16-11-2014 09:33 AM
padan muka. lagi bagus kalo dua2 tangan putus
Quote chinta89 16-11-2014 09:34 AM
huyoohhh.. putus tangan terus!
Quote sapeka 16-11-2014 09:51 AM
dapat anugerah sebijik
haaa..ambikk
Quote Mulan 16-11-2014 09:56 AM
Padddaaaaannnn muka penyamun
Quote poison_paradise 16-11-2014 10:11 AM
Bagus org mnyanmar tu simpan parang.. Penyamun org melayu ke? Hahaha ...mrasa kudung
Quote cammie1711 16-11-2014 10:17 AM
Dah la tgn putus, kawan lak tinggal cam tu je..padannnn muke kauu
Quote soslaili 16-11-2014 10:34 AM
kerja pemalas.. tau nak mencuri je.
sedang elok le dipotong tangan ko tu .
Quote hanamunir 16-11-2014 10:56 AM
mendapat la penyamun tu..
da putus tangan, buat rugi aje..
Quote tobby 16-11-2014 11:33 AM
respek tuan rumah.
Quote koliba 16-11-2014 11:35 AM
kalau boleh lain kali potong kepala terus,

hidup pun menyusahkan org, lebih baik mampus sahaja

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.055596 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top