Mufti Kelantan
selar tindakan bogelkan remaja
KOTA BHARU 5 Nov. – Mufti Kelantan, Mohammad Shukri Mohammad menyelar tindakan penduduk membogelkan seorang remaja berusia 15 tahun yang dipercayai cuba mencuri sebuah motosikal di Masjid Pauh Lima, Bachok, semalam. Beliau berkata, ajaran Islam menegah umatnya menelanjangkan keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan. “Kita tak boleh ambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata. “Jadi tindakan diambil itu sa-ngat tidak sesuai dan jauh daripada konsep Islam yang syumul,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Mohamad Shukri memberitahu, seseorang dianggap berdosa jika mengenakan hukuman dengan cara salah. “Sebagai umat yang patuh, kita berpegang kepada akhlak Islam dan ini perlu sentiasa dipupuk dalam diri termasuk dalam setiap tindakan yang kita ambil.
“Orang mencuri, dia memang salah, tapi kita yang menahannya tidak boleh juga melakukan kesalahan. Telanjangkan dia, itu sudah dikira bersalah. “Nasihat saya, orang ramai perlu merujuk pihak berkuasa sebelum mengambil tindakan yang boleh memudaratkan diri sendiri,” tegasnya. Sementara itu, penceramah bebas, Datuk Shamsuri Shafie menyifatkan tin--dakan tersebut cukup memalukan kerana mendedahkan aurat pesalah tanpa seurat benang di perkarangan masjid. Katanya, aurat perlu dijaga dalam apa jua keadaan sekalipun dan tindakan itu seolah-olah tidak menghormati kesucian masjid sebagai rumah Allah. “Tidak salah jika ingin memberi pengajaran atau teladan tetapi biar guna akal dan bukannya menggunakan nafsu amarah semata,” ujarnya. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=838632&extra=page%3D1
|
8
Bagus |
10
Marah |
13
Terkejut |
9
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT