CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Hubungan Salman Khan & Shah Rukh Khan Semakin Pulih

12-11-2014 02:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11036| Komen: 11

Hubungan Salman Khan & Shah Rukh Khan Semakin Pulih



HUBUNGAN pelakon Bollywood Salman Khan dan Shah Rukh Khan yang selama ini dingin dikhabarkan semakin pulih sejak Hari Raya Aidilfitri lalu.

Khabar angin terbaharu tersebar apabila Salman dikatakan telah menjemput Raja Bollywood itu ke pesta perkahwinan adiknya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menurut Indian Express, khabar tersebut benar kerana majlis perkahwinan itu akan dibuat secara besar-besaran dengan menjemput beberapa orang kenamaan termasuklah Shah Rukh Khan.

"Tetamu undangan terdiri daripada aktor, ahli politik, atlet dan ahli perniagaan terkenal.  Selain itu, Salman Khan juga mengirimkan undangan kepada Shah Rukh Khan," ujar sumber terdekat keluarga itu.

Majlis perkahwinan adik Salman, Arpita Khan akan berlangsung pada 18 November ini di Istana Royal Falaknuma, Hyderabad.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 11-11-2014 12:48 AM
Tingat citer Karan Arjun... berlakon jd adik beradik.
Dengan Aamir Khan pon derang bergaduh kan. keturunan Khan nih tak sebulu ke ape
Quote chinta89 11-11-2014 08:16 AM
akhirnya berbaik2 jugak diorang nih
Quote mijaa 11-11-2014 09:14 AM
tak tau pulak diorang ni gaduh. bagus la kalau da berdamai
Quote ninja boy 11-11-2014 10:15 AM
kalau diorg gabung 1 film mmg bagus, kalau 3 org gabung 1 film lagi bagus
Quote siti_kus 11-11-2014 02:42 PM
dulu bestfriend gaduh sbb jeles kn masing2. elok la klu dh baik.
Quote lynnyana 11-11-2014 05:24 PM
GADO BENDA REMEH JER..

Ceritanya, punca mereka ni gado sebab Salman offer Shahrukh berlakon dalam filem dia yang bertajuk 'Mr and Mrs Khanna'. Last-last Shahrukh tolak offer tu sebab dia dah terima offer lain time tu. Tu yang Salman kecewa sangat dan hangin satu badan. Tapi Shahrukh dikabarkan dah minta maaf kat Salman. Alaaa, small matter lah abang. Ini macam kes budak-budak jer. Jangan gado-gado maaa...


Quote devilito2 13-11-2014 08:54 AM
xbaik gado2....  
Quote Mary_jane 18-11-2014 08:10 PM
Baguslah kalau dh baik.
Quote yatt_takez 18-11-2014 08:31 PM
wedding adik salman baru2 neh



Quote yatt_takez 18-11-2014 08:35 PM
versi bideo
[youtube]qfZyxKiQ3hc#t=19[/youtube]
Quote pakletop 24-11-2014 11:17 PM
Naik haji sesama no...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.037629 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top