Bunuh Kekasih Isteri.Suami Di Penjara 8 Tahun Shah Alam: Akibat membunuh lelaki yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya, seorang bekas perunding marin dijatuhi hukuman penjara lapan tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.
Hakim Datuk Wan Arfah Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Shahrunizam Salleh, 44, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Shahrunizam didakwa menyebabkan kematian Asli Hamid, 44, dengan menembaknya di tepi Jalan Pekaka 8/70A, Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, antara 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 4 Januari tahun lalu. Tertuduh sebelum ini dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati.
Mengikut fakta kes, tertuduh dan isterinya mengenali mangsa sebagai Ustaz Lee atau Atok selepas dia mengubati bapa tertuduh di Kedah. SHAHRUNIZAM dibawa masuk ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. |
mak_wa95 posted on 9-11-2014 07:01 AM
ada baca kat mana tah..bomoh tu rogol isterinya..
depa suami isteri mencari bomoh tu..jumpa ter ...
Al-Patih posted on 9-11-2014 11:47 AM
kalu betui lantak lah...tapi....sisuami banyak rugi.....sobab...dari dalam...tak dapek jago maruah ...
famri7 posted on 9-11-2014 01:38 PM
Sejak diwahyukan undang2 baru dlm tangan,ummah meleis senang2 buat hukuman sendiri, mengatasi undang ...
famri7 posted on 9-11-2014 01:38 PM
Sejak diwahyukan undang2 baru dlm tangan,ummah meleis senang2 buat hukuman sendiri, mengatasi undang ...
mak_wa95 posted on 9-11-2014 01:35 PM
undang2 di tangan sendiri..terima la hukuman dunia,,,
tapi kalau dah bunuh orang kenapa 8tahun ...
ADVERTISEMENT