CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Dayang Nurfaizah Tak Anggap Dirinya Bersifat Eksklusif

6-11-2014 11:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9612| Komen: 56

Dayang Nurfaizah Tak Anggap Dirinya Bersifat Eksklusif

AKSI Dayang Nufaizah ketika konsertnya di DFP.

KUALA LUMPUR: Lima belas tahun yang benar-benar mematangkan Dayang Nurfaizah. Malah lebih bermakna, usia pembabitan seninya itu diraikan dalam persembahan konsert di Dewan Filharmonik Petronas malam Isnin lalu bersama peminat tersayang.

Mendendangkan rangkaian lebih 22 lagu termasuk medley yang kebanyakannya pilihan peminat, Dayang yang anggun dengan persalinan Michael Ong dan Rizalman ternyata gah di liganya yang tersendiri.

"Terima kasih kepada peminat yang terus menyokong untuk Dayang terus ke depan. 15 tahun ini cukup mendewasakan Dayang. Dayang memiliki album sulung pada usia 18 tahun. Album itu dirakamkan pada usia 15 tahun. Terima kasih DFP atas peluang keemasan ini," katanya membuka bicara kepada BH Online.

Biar perlu menunggu lama untuk hadir dengan konsert solo, penyanyi lagu Hakikat Cinta dan Seandainya Masih Ada Cinta itu percaya setiap penyanyi mendambakan peluang yang sama tetapi ia berbalik kepada soal peluang, tuah dan rezeki.

"Dayang hanya mampu bersabar dan berusaha mempamerkan bakat yang ada supaya orang di luar sana nampak serta sedar kehadiran kita. Alhamdulillah rezeki itu Dayang percaya akan datang. Cuma soal lambat atau cepat saja.

"Dulu di awalan kerjaya, Dayang pernah terdetik mungkin selepas muncul dengan album sulung, saya akan hilang begitu saja. Tapi siapa sangka survival Dayang berterus dan hingga saat ini sudah mampu memiliki sembilan album. Dayang bersyukur dengan semua ini," katanya yang menggabungkan gaya fesyen dan keampuhan vokal untuk konsert di DFP itu.

Di akhir perbualan, Dayang turut ditanya apakah beliau dilihat seperti mewujudkan kelas eksklusif dalam kembara seninya, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu menafikan wujud terma sedemikian.

"Dayang tidak rasa muzik yang dipersembahkan ini untuk golongan tertentu saja. Bagi Dayang muzik ini universal. Ia berbalik kepada citarasa manusia sama ada suka atau tidak," katanya yang bakal beraksi di pentas separuh akhir Muzik Muzik ke-29 di TV3 mempertaruhkan lagu Di Pintu Syurga ciptaan Tam Spider dan lirik Rudy Imran.

Turut hadir menyaksikan persembahan beliau malam tadi ialah Datuk Sheila Majid, Ajai, Nurul Wahab, Misha Omar dan Fazli Zainal.

11

Bagus
1

Marah
8

Terkejut
11

Sedih
6

Lawak

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 4-11-2014 08:51 PM
tok t yg diva pn tak penah meng eksklusipkan diri  so far sheila majid, anuar zain, jamal abdillah, zainal abidin je yg mengeksklusipkan diri sndiri.
Quote amiraira 4-11-2014 09:29 PM
La ...ade lagi ke retis ni
Quote sepitsiput 4-11-2014 09:37 PM
Ok. Next pls konsert solo misha, nora dan liza hanim plak
Quote sepitsiput 4-11-2014 09:41 PM
amiraira posted on 4-11-2014 09:29 PM
La ...ade lagi ke retis ni

Ada lg... infact... konsert sheols kt DFP tu full house sold out 2 bulan sblm konsert.
Quote DianaSaksen 4-11-2014 09:50 PM
i like dayang tak kontroversi berlebihan
Quote September14 4-11-2014 09:52 PM
Dayang ni mcm ada class dia yg tersendiri, wlupun x popular tp exklusif.. Nora, misha, liza hnim, sarah, rem sptutnya leh jd mcm dia...
Quote ally9970 4-11-2014 09:52 PM
setuju!!!...mmg dia tak eksklusif pown...
Quote enchikfitz 4-11-2014 09:53 PM
Antara the best female singer in Malaysia. Cuma dia kena pandai pilih lagu utk naikkan nama dia balik. Lagu2 baru dia kali ni boleh masuk compared dgn zaman lagu dia dgn Audi Mok.
Quote amiraira 4-11-2014 09:58 PM
sepitsiput posted on 4-11-2014 09:41 PM
Ada lg... infact... konsert sheols kt DFP tu full house sold out 2 bulan sblm konsert.

Lama.x dgo cite dia
Ingat dh x de dlm dunia hiburan ni...
Quote nashrudean 4-11-2014 10:24 PM
she is good..so good....
Quote JDT 4-11-2014 10:38 PM
Suka dayang...xde kontroversi sebab tu tak byk keluar majalah..
Quote iezanini 4-11-2014 10:48 PM
Pernah nmpak dia bawak mak pak and anak sedara dia jogging kat taman tun.. Almost x perasan sbb die kat luar nampak biasa cam rakyat marhaen jugak. Xnmpak retis. Cantik juga without makeup. Takda lah gelap sgt. Tp kalau makeup nmpak she kulit gelap.
Quote silampumeja 4-11-2014 10:54 PM
Seingat aku, dayang ni clean kan... Xde gossip liar except pasal kerjaya n stiap kali lagu kluar mmg best.. Bila kata2 ni kluar dari mulut aku papa aku pon mengiyakan... Hahaaa
Quote cruisekeanu 4-11-2014 10:56 PM
Dayang ini untung buat konsert sahaja sebab konsert dia memang penuh
suara dia memang gemersik dan dia pandai layan kerenah paminat dia semasa konsert
mula-mula kawan-kawan ajak gi konsert dia saya tak nak
tetapi lepas sekali datang, baru sy perasan kenapa peminat dia ni ramai
kebanyakannya jenis orang berpendidikan dan berduit juga le
rata-rata yang saya tengok ... suara dia memang mendayu-dayu dan gemersik
suara dia tak berubah dan pandai bawa pelbagai jenis lagu
dayang ni sebenarnya cantik moleh ... but kalau masuk akhbar lain je tengok
Macam ning baizura le kot. Jumpa live .... ning tu cantik rupanya
Quote scrocth 4-11-2014 11:05 PM
enchikfitz posted on 4-11-2014 09:53 PM
Antara the best female singer in Malaysia. Cuma dia kena pandai pilih lagu utk naikkan nama dia bali ...

Rasanya hampir semua album dayang aku beli. Album Sayang & Cahaya dulu adalah album dayang yg paling xbest bagi aku. Xsure kenapa tp xda strong singles langsung wpn ada 12 tracks suma. Paling suka album Dayang Sayang Kamu (2004) & Kasih (penghujung 2005). Seingat iols, dayang jadi hilang identiti bila msk OIAM, Paul Moss ngn Syafinaz nak dia jadi somebody else padahal dia dh bina A&R yang cemerlang dalam citarasa muzik dia. Album Dayang 2007 still bole digest sbb ada lagu mcm Tiba-Tiba (ciptaan Amer Munawer), Cerita Cinta Dayang (Cover Version utk lagu omputeh xingt tajuk). Tapi untuk Dayang survive dlm mass market ni, akhirnya dia akur kena kluar dgn single2 bernuansa pop melayu jgk macam bisikan rinduku dan dipintu syurga.

Quote enchikfitz 4-11-2014 11:27 PM
scrocth posted on 4-11-2014 03:05 PM
Rasanya hampir semua album dayang aku beli. Album Sayang & Cahaya dulu adalah album dayang yg pali ...

Rasa2nya Dayang 2007 dan Sayang & Cahaya ni album paling fop bagi aku. Sebab dua2 album ni takde lagu2 yg hit dan diingati sampai sekarang. Sayang sebab Dayang ni bakat dia besar, tapi akhirnya dah kembali ke pangkal jalan

Moga2 lagu2 pop melayu yg dia bawak kali ni kekal selamanya.  Ramai yg tak suka lagu2 Dayang yg urban tu. Sorry to say
Quote fry_paranoid 4-11-2014 11:55 PM
Suara dayang unik.. lownote, highnote mmg xder mslh bg dia suara ala2 husky dyg ni jrg jmp mmg sdp sgt d dgr.. dr segi bakat akcely dyg bole sama level dgn tokti cuma dyg ni kurang dr segi rupa n sll tampil seksi.. cb dia krgkan seksi itu xpon pakai tudung mst betamba2 peminat
Quote CrowneGlory 4-11-2014 11:59 PM
So far lagu2 dia not bad... Gossip pun xde... Bagus la...
Quote LembingDayanti 5-11-2014 12:01 AM
dayang tak kan kemana mana selagi manager dia tak tukar hahahahhaha

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.090291 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top