Kesempitan hidup, susukan anak air gula Anak-anak Norazlina masing-masing bersama botol susu yang diisi air gula buat minuman mereka. KOTA BHARU - Akibat kesempitan hidup, seorang ibu tunggal terpaksa memberi dua anaknya yang berusia lima dan tiga tahun minum air kosong dicampur dengan gula. Ibu tunggal terbabit, Norazlina Razid, 35, berkata, dia sudah tiada pilihan lain kerana tidak mempunyai wang untuk membeli susu dua anaknya itu dan terpaksa memberi mereka minum air gula bagi mendapatkan tenaga. Wanita berkenaan baru kematian suami April lalu dan menjaga dua anaknya itu bersendirian selepas keluar dari rumah sewanya sejak dua minggu lalu. Norazlina turut mempunyai seorang lagi anak yang berusia 11 tahun dan masih bersekolah. Katanya, selepas kematian suami, hidupnya dirundung malang apabila tidak mempunyai wang untuk menjelaskan sewa bulanan sehingga terpaksa keluar dari rumah tinggal yang disewa selepas pemiliknya datang merobohkan rumah itu. Sejak itu, dia bersama tiga anaknya itu hidup merempat dan tidur di mana sahaja yang difikirkan boleh dijadikan tempat tidur. Norazlina berkata, dia mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun jumlah RM300 tersebut tidak mencukupi bagi menampung perberlanjaan seharian mereka sekeluarga. “Bulan ini saya sudah ambil duit itu dan digunakan untuk belanja makan anak-anak serta semuanya sudah habis. Sekarang hanya ada RM5 di dalam poket dan saya perlu mengemis selepas ini untuk dapatkan duit bagi membeli makanan anak-anak," katanya.
|
14
Bagus |
15
Marah |
12
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Loxlaxman posted on 5-11-2014 08:37 AM
Lox sedih .. tapi sedih aje Lox rasa tak guna...kita kena tolong anak2 tu ... kesian kat depa ... an ...
FanTasyCreaTioN posted on 5-11-2014 08:35 AM
pembuangan sisa2 makanan bertimbun2 kat Malaysia ni
kesian masih ada yang merempat tak cukup makan
...
haryatie posted on 5-11-2014 08:31 AM
sampai mcam tu sekali susahnya hidup
xde makbapak sendiri/mertua ker ..utk tumpang buat sementara w ...
Suchi posted on 5-11-2014 08:46 AM
utk ibu2 tunggal ni kena cari kije di mana blh bawak ank sekali sbb dorang xde duit nk upah pengas ...
FanTasyCreaTioN posted on 5-11-2014 08:54 AM
ha`ah
sebab tu kita sarankan akak tu mohon kerja sebagai pembantu rumah / live in pengasuh
asyriqa posted on 5-11-2014 08:41 AM
apa kata abang lox jadikan budak2 tu anak tiri... insha allah lagi murah rezeki abang lox lepas ni ...
ADVERTISEMENT