CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri Dipaksa Jalan Itik Sampai Ke Balai!

4-11-2014 03:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6811| Komen: 23

Pencuri Dipaksa Jalan Itik Sampai Ke Balai!


TUMPAT - Bukan sahaja berputih mata tidak berjaya mencuri motosikal tetapi seorang remaja juga terpaksa berjalan itik beberapa kilometer ke balai polis.

Remaja berusia 18 tahun itu ditangkap ketika cuba mencuri motosikal yang diletakkan di dalam garaj di Kampung Palekbang, di sini, kira-kira jam 6 pagi, semalam.

Dalam kejadian itu, remaja terbabit dipercayai diberkas penduduk kampung, namun seorang lagi rakannya berjaya meloloskan diri.

Menurut sumber, remaja itu diserahkan kepada Balai Polis Palekbang oleh penduduk kampung kira-kira jam 7.20 pagi bersama dengan sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Kejadian ini disedari oleh isteri pemilik motosikal berkenaan yang terdengar bunyi rantai kunci kenderaan tersebut ditarik.

“Sebaik sahaja membuka pintu, dia melihat dua lelaki berada dalam garaj menyimpan motosikal. Mereka terkejut dan melarikan diri ke arah kereta mereka,” katanya.
         
Bagaimanapun, enjin kereta suspek gagal dihidupkan menyebabkan remaja terbabit terpaksa meninggalkannya di tempat kejadian.

Kejadian itu menjadi bualan hangat di laman sosial Facebook selepas dimuat naik orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan.  Rakaman berdurasi 50 saat itu menunjukkan suspek dengan tangan diikat dipaksa berjalan itik selepas ditangkap ketika cuba mencuri motosikal di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Superintenden Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 4-11-2014 11:17 AM
mcm di china yg hampir dibogelkan
Quote chinta89 4-11-2014 11:25 AM
video mana video?
Quote tobby 4-11-2014 11:27 AM
untung besar la x kena belasah ramai2.
Quote Artemesiaa 4-11-2014 11:31 AM
Mesti comel je kena denda berjalan itik bak itik pulang petang.  Kalau ada videonya tentu lebih menarik.
Quote namirulmukminin 4-11-2014 11:43 AM
STONER posted on 4-11-2014 11:31 AM
abg ada video dik tp tk tau nk tempek sini.. cam lembu dik ummah buat kt pencuri tu. ikat leher ng ...

Mana ko tau dia syiah?
Quote kejoraria 4-11-2014 11:56 AM
patut suh dia jalan mcm ketam...bior derita sikit
Quote namirulmukminin 4-11-2014 11:58 AM
STONER posted on 4-11-2014 11:54 AM
mana kau tau dia sunni?

Agama rsmi Malaysia kan Sunni Mazhab Syafie... Yang lain2 semua harommm kat mesia ni... sesat.... Bukan aku kata... Jamil yang kata...
Quote miss_jay 4-11-2014 12:54 PM
hmmmmm..

kesiannyaaa..

tapi salah tetap salah.
Quote haryatie 4-11-2014 12:58 PM
mesti kelakar jerk rupa nya..
Quote HOHA 4-11-2014 01:06 PM
kesian pulak aku tengok.. kalau ye pon kasi la budu sebotol kat mamat tu.. buat lepas gian.
Quote Al-Patih 4-11-2014 04:28 PM
nasab dia..keno tahun ni...tahu depang...tak adok tangan dah...
Quote BotakChinPeng 4-11-2014 05:55 PM
Molek sokmo
Quote clarizsa 4-11-2014 06:24 PM
padan muka... mmg patut diajar cmni...

pemuda tu ptut bersyukur bapak dia x libas dgn kabel brek motosikal pulak...
Quote BotakChinPeng 4-11-2014 07:04 PM
Bagus lah.
Quote Orix 4-11-2014 07:07 PM
haih.. manusia2.. mcam2..
Quote Vellfire 4-11-2014 10:50 PM
Hmm kan dah kena
Quote zorrro_03 4-11-2014 11:20 PM
Sepatutnya tali tu ikat pada lori then jalan 50kmj. Baru cerdik pencuri tu.  
Quote xAthenax 4-11-2014 11:27 PM
selayaknya
Quote BotakChinPeng 4-11-2014 11:42 PM
Nasib baik tak kena sakai

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.109084 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top