CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Beramai-Ramai Pemilik Pasaraya Rugi Teruk

7-1-2015 06:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10729| Komen: 92

Description: Pengurus Cowboy Temerloh, Teoh Hong Kean Berkata, Barangan Yang Dilarikan Bukan Makanan Sebaliknya Peralatan Elektrik, Mesin-Mesin Pertukangan Dan Semua Barangan Berharga Yang Dijual Di Pasar Raya Itu ...
Curi Beramai-Ramai Pemilik Pasaraya Rugi Teruk

Pekerja pasar raya Cowboy Temerloh membersihkan premis tersebut selepas air mulai surut dua hari lalu


TEMERLOH – Pemilik pasar raya Cowboy di sini, kecewa dengan tindakan segelintir mangsa banjir yang melarikan barangan berharga sehingga menambahkan lagi kerugian syarikat sepanjang tempoh banjir baru-baru ini.

Pengurus Cowboy Temerloh, Teoh Hong Kean berkata, barangan yang dilarikan bukan makanan sebaliknya peralatan elektrik, mesin-mesin pertukangan dan semua barangan berharga yang dijual di pasar raya itu.

Menurutnya, memang ada barangan makanan yang dilarikan tetapi lebih banyak barangan lain yang jauh lebih berharga seperti periuk nasi elektrik bersaiz besar, mesin-mesin dan peralatan elektrik.

“Kejadian ini berlaku sejak hari pertama pasar raya kami dinaiki air sedalam 0.6 meter hingga paras air sedalam tiga meter.

“Mereka menggunakan bot memecah pintu masuk utama semua yang terlibat berebut-rebut melarikan harta kami.

“Pernah satu hari saya cuba larang tetapi mereka halau saya pulang dan mendakwa pemilik pasar raya membenarkan tindakan mereka itu,” katanya.

Hong Kean berkata, kejadian disedari pada Sabtu minggu lalu ketika dia bersama anaknya mengharungi air untuk melihat keadaan di pasar raya miliknya.

Menurutnya, ketika itu sudah berduyun-duyun mangsa banjir yang keluar masuk melarikan barangan berharga milik pasar rayanya.

“Saya hubungi polis tempatan hingga ke Bukit Aman namun kecewa kerana polis juga gagal mengawal pencuri yang memecah masuk premis saya tidak kira waktu siang atau malam,” katanya.

Beliau berkata, dia tidak dapat menilai kerugian dialami akibat banjir dan perbuatan memecah masuk premisnya tetapi barangan yang ada di premisnya sebelum banjir lebih daripada RM1 juta.

Menurutnya, kerosakan disebabkan banjir sekitar 70 peratus ditambah dengan kerugian akibat barangan dilarikan pencuri bermakna pihaknya rugi 100 peratus.

“Yang tinggal sekarang barangan yang ditempatkan di bahagian atas tetapi kebanyakan barangan itu kurang laku, ini banjir terburuk dan kejadian paling teruk dialami sejak premis ini dibuka 10 tahun lalu.

“Saya sudah buat laporan polis mengenai kejadian ini dan mempunyai bukti rakaman video pencuri melarikan barangan milik syarikat kami,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nh83 7-1-2015 02:15 PM
Dah dilanda musibah pun masih x sedar & insaf makhluk2x yg mencurik nih..adeii
Quote tumpanglalu74 7-1-2015 02:18 PM
Pakai barang curi ni.
Quote jofizo 7-1-2015 02:19 PM
pandai plak pilih, curik makanan haram sebab jadi darah daging, curi barang boleh......

semoga xde org islam yg buat keje nih......
Quote PEPPERMAN 7-1-2015 02:19 PM
kasihan..
even polis pun sibuk bantu mangsa banjir hingga tak sempat bantu beliau
Quote pasuoren 7-1-2015 02:20 PM
orang yang terdesak boleh bertindak di luar kawalan..
Quote Modngengade 7-1-2015 02:21 PM
akak syak..mereka cuba menyelamatkan perkakasan elektrik tersebut daripada tenggelam...
Quote voiletiris 7-1-2015 02:21 PM
kalau curi mknanan takpa lah juga memang dah maklum memerlukan nya.tapi brg eletrik?mana nak cucuk.guna ?
Quote Knowlee 7-1-2015 02:22 PM
nh83 replied at 7-1-2015 02:15 PM
Dah dilanda musibah pun masih x sedar & insaf makhluk2x yg mencurik nih..adeii

Kan??? I was thinking the same.
Quote mamasaffiya 7-1-2015 02:23 PM
mengambil kesempatan dalam kesempitan
Quote jofizo 7-1-2015 02:24 PM
voiletiris posted on 7-1-2015 02:21 PM
kalau curi mknanan takpa lah juga memang dah maklum memerlukan nya.tapi brg eletrik?mana nak cucuk.g ...

makanan haram jadi darah daging..... brg letrik leh simpan ganti brg rosak banjir.... tunggu letrik ada boleh pakai......
Quote bellaa 7-1-2015 02:31 PM
bongok punya mangsa banjir.

ambik kesempatan pada kesulitan yg dialami.
Quote honeybee1802 7-1-2015 02:33 PM
Eiiiii....ntah mcm mana kalo dajal muncul...terang2 rmai dah pengikut diaaaa
Quote ifanonline 7-1-2015 02:34 PM
when there is no law, u will see the truth of human behavior...sebab tu bangsa cina semua ade pistol, nak tembak melayu...when the time comes...so melayu kena ade pistol gak ler...
Quote kumbang7 7-1-2015 02:36 PM
harapnya yg mencuri tu bukan berbangsa melayu...
Quote krustykrab 7-1-2015 02:39 PM
ambik kesempatan punya makhluk
Quote scorpionkiki 7-1-2015 02:51 PM
Looting ni basic insurance tak bayar pampasan
Quote atai 7-1-2015 02:53 PM
aku suspek ramai orang islam yang merembat ni..malunya..
Quote scorpionkiki 7-1-2015 03:02 PM
kumbang7 replied at 7-1-2015 02:36 PM
harapnya yg mencuri tu bukan berbangsa melayu...

Temerluh saper punya...pas ker umno?
Quote kakigebang 7-1-2015 03:16 PM
orang mcm ni pon ada .. aku rasa tokey  apek ni redha je kalau roti ke cikedis ke yg kene cikun, tapi ape jadah curik tools dgn brg letrik time banjir2 ni .. dasar pencurik btull laa...

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.063142 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top