Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut langgar besi penghadang jalan KUANTAN 1 Nov. - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys 650cc maut selepas motosikalnya terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 15 Jalan Kuantan-Pintasan dekat Sungai Karang di sini, awal pagi tadi. Mohd Rosmainie Radzi, 33, pekerja di bahagian penyelenggaraan Hotel Megaview Kuantan di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata, nahas pada 4 pagi itu berlaku semasa mangsa yang berasal dari Bandar Jengka sedang dalam perjalanan dari Pelabuhan Kuantan menghala ke bandar Kuantan. "Mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan sebelum merempuh besi penghadang menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa memiliki lesen memandu sah dan memakai topi keledar semasa kejadian. Katanya, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.
|
2
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
perang_candu posted on 2-11-2014 12:36 AM
Versys ni memang la bukan superbike.. tapi skill dan tunggangan harus lah serupa superbike.. Ini gar ...
sidewinder posted on 1-11-2014 06:08 PM
takziah.......pembetulan Kawasaki Versys 650cc bkn dlm kategori superbike harap maklum
otai_g posted on 2-11-2014 12:00 AM
superbike eksiden riuh 1 malaysia.
tp moto kapcai eksiden tara papa....
Santeira posted on 2-11-2014 09:51 AM
Abg aku dah jual moto dia, tukar dgn kete. Lega sikit aku. Kalau dak, tiap kali aku tgk berita eksid ...
honeybee1802 posted on 2-11-2014 10:04 AM
Semlm pun naik senak perut aku ngk mat rempit superbike merempit kat karak tu....adoiii....kalo jd ...
ADVERTISEMENT