Lelaki Maut Dibelasah Dengan Topi Keledar Di Ampang Jaya
Lelaki itu yang dikenali sebagai S. Kanagaretnam, 56, mati akibat cedera parah di kepala dipercayai dipukul dengan topi keledar dalam kejadian kira-kira 1 pagi ini, menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad. Beliau berkata mangsa dipercayai dipukul oleh sekumpulan lelaki di lokasi kejadian pertama, iaitu di tepi jalan berhadapan dengan sebuah kedai motosikal di Jalan Permai E, Kampung Tasik Permai, Ampang. "Berdasarkan maklumat daripada saksi kejadian, mangsa diserang lima lelaki di lokasi kejadian pertama, dan seorang daripada mereka bertindak memukul mangsa sementara empat lagi bertindak memerhatikan keadaan sekeliling," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Katanya saksi melihat seorang lelaki memukul mangsa menggunakan topi keledar dan kesemua suspek menaiki tiga motosikal iaitu satu daripadanya sebuah motosikal jenis Honda EX5. Khairuldin berkata mangsa dipercayai meninggalkan lokasi kejadian selepas dipukul, namun mati dalam keadaan terbaring di tepi lampu isyarat akibat hentakan kuat di kepalanya. Bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya hanya dimaklumkan mengenai kejadian maut itu daripada Hospital Ampang, katanya. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras untuk dibedah siasat, tambahnya. Beliau berkata hasil siasatan awal di lokasi kejadian pertama, pihaknya menemui serpihan visor topi keledar yang disyaki milik mangsa, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
|
melinda_kerr posted on 2-11-2014 08:33 AM
Sorry ya takde niat nk racist. Why Indian slalu dikaitkan dgn imej yg menakutkn interm of crimes? K ...

mommymonster82 posted on 2-11-2014 11:09 PM
Jadi jiran pon jiran yg teruk.. Mmg x amn hidup klu berjiran dgn bangsa ni..Gaduh dgn org kelilin ...
melinda_kerr posted on 2-11-2014 11:49 PM
My neighbour OK. I rs ikut kasta jugakla in dgn education. Sbb klau yg educated jauh beza lah dgn ...
koliba posted on 2-11-2014 11:52 PM
Tiada niat racist gak, penangan kari juga membuatkan badan mereka meruap ruap bau busuk
ADVERTISEMENT