CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Ribut Berhenti Dengar Azan’

30-10-2014 11:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5990| Komen: 12

‘Ribut Berhenti Dengar Azan’

Ledang: “Oleh kerana terlalu takut, anak saya melaungkan azan sebelum ribut reda dengan tiba-tiba,” kata Rahmah Rahmat, 51, mangsa ribut yang menyebabkan 15 rumah di Kampung Teluk Rimba, Bukit Kangkar, di sini, rosak dalam kejadian Isnin lalu.

Rahmah berkata, kejadian  jam 3 petang itu menyebabkan bumbung rumah bergegar sebelum tercabut dan diterbangkan angin kencang yang melanda.

“Saya bersyukur semuanya selamat. Ribut yang melanda menyebabkan bumbung rumah bergoncang  tiga kali sebelum bumbung tercabut.

“Bagaimanapun, sebaik anak kedua saya Alif Senin, 29, melaungkan azan ribut terus berhenti,” katanya.

Ribut turut menyebabkan bumbung 15 rumah rosak akibat diterbangkan angin dengan jumlah kerugian dianggarkan  RM100,000.

Bumbung tiga daripada 15 rumah terbabit terjejas teruk menyebabkan tiga keluarga membabitkan lebih 10 penghuni  dipindahkan ke surau kampung buat sementara waktu.

Rahmah berkata, sejak tinggal di kampung itu lebih lima tahun lalu, ia  kejadian ribut pertama kali berlaku yang disifatkan sebagai pengalaman paling menakutkan pernah dilalui.

“Ketika kejadian saya dan tiga anak berada di ruang tamu dan apabila rumah dipukul ribut bumbung rumah bergoncang tiga kali sebelum diterbangkan. Kami bersembunyi di dapur bagi mengelak terkena runtuhan bumbung yang patah.

“Walaupun angin kencang mulai reda, rumah kami dipenuhi air hujan menyebabkan perabot dan beberapa barangan elektrik rosak,” kata ibu kepada enam anak itu.

Menurutnya, walaupun sedih kerana kejadian itu berlaku menjelang majlis perkahwinan anak ketiganya, Norhidayah, 25, pada 6 Disember ini, mereka tetap bersyukur kerana ahli keluarga terselamat.

anggota tentera membaik pulih bumbung mangsa ribut di Kampung Teluk Rimba, semalam.


11

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
10

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 30-10-2014 07:45 AM
huntung laaaa org2 kg jugak. dapat usha abg sado baiki atap.
Quote fifie_olin 30-10-2014 07:49 AM
byk kali aku prasan bila ujan tgh lebat...masuk je waktu azan ...ujn jd reda...trus renyai
kalo dgr ribut petir bagai...istighfar je byk kali...
Quote brownstone 30-10-2014 08:10 AM
nasib ribut tak berlaku di kg baru cina, estet india, atau jinjang...sape nak laung azan??
Quote mrsav 30-10-2014 08:12 AM
fifie_olin posted on 30-10-2014 07:49 AM
byk kali aku prasan bila ujan tgh lebat...masuk je waktu azan ...ujn jd reda...trus renyai
kalo dgr ...

betul tu..klo tgh ujan ribut bile azan je makin reda..
Quote kucen_miang 30-10-2014 08:21 AM
dah tak menahan baca tajuk akak ghost ni.
Quote shamsadis 30-10-2014 08:36 AM
Tang mana yg sado
Quote makneng 30-10-2014 08:51 AM
ok aku masuk benang ni semata2 nak tgk abg sojar berbadan sado je..
Quote amyainsamad 30-10-2014 08:55 AM
sado sgt abg askar tu.....
Quote rospinki 30-10-2014 08:56 AM
abg sado..nan hadoo

bole la dia usha2 awek kpg..
Quote cfa 30-10-2014 08:58 AM
badan sado ni apa benda weh...? perkataan baru ke?
Quote tomet05 31-10-2014 11:53 PM
kampung gue nih ..
Quote sekngucing 1-11-2014 03:34 AM
apa kaitan azan dgn bencana alam???

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.088453 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top